Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, December 18, 2009

Hijrah dan perjuangan

Bismillahiwalhamdulillah....sola tuwas salam 'ala saidina Muhammad wa ashabihi kullukum ajma'in....Kullukum raa'in wakullukum mas'uulun 'ala ra'yatihi....wama khalaqal ins wal jin illa liya'budu ilallah, rabbal 'alamin wal maliki yaumiddin.....

TIDAK dinamakan hijrah jika masih menyokong toghut, malah tidak dinamakan muslim yang mukminin jika masih menyokong undang2 yang melindungi kezaliman. ramai yg dapat diperhatikan mereka yang inginkan Islam, tapi bila dibacakan ayat2 Allah...mereka berpaling, mengintai2 mana satu ayat yg betul dengan kehendak mereka barulah mereka ikut. tebalnya sikap ragu2 kepada Al-quran padahal permulaan bacaan Allah sudah sebut....."zaalikal kitaabulaa raibafiihi, hudan lilmuttaqiin...."

apakah kita ingat kita lebih bijak dari Allah? apakah kita ingat kita lebih hebat dari Allah? sudah pasti jawapan mulut mengatakan tidak, tapi cuba tengok perlakuan kita, orang di sekeliling kita...mengaku beragama Islam, tapi cuma ambil sedikit sahaja ajaran dari Al-quran, sedang yang lain ditinggalkan...udkhulu fis silmi kaaafah!!! bohong kata mereka....puu anfusakum wa ahlikum naara!!! aku sembahyang, mana boleh kau kata aku masuk neraka...rasulullah s.a.w pengsan, menangis dan tidak berkata2 dgn sahabat selama 3 hari kerana sikap kitalah! sikap yg baginda nampak akan menempah neraka.....Allahu rabbi!

sikap bodoh sombong....jahil murokkab....berlagak pandai tapi tidak tahu bahawa kita sesat....sesat dalam terang! bukan nak terima teguran, tapi siapa yang menegur dicaci maki dan dipulaukan....kita ingat kita sembahyang sudah lepas? kita ingat kita puasa sudah lepas? pergi haji sudah lepas?.....ingatan yang tak betul!!! berapa ramai yang sembahyang tapi masuk neraka?.....siapa kata? Allah kata..."fawailullil musolliin, allaziinahum ansolaa tihim saahun....."

masya-Allah...kita ingat kita tidak akan disoal, kita ingat kita akan terlepas dengan menjaga solat sahaja....rupanya tidak, segala tindakan kita akan disoal, amal perbuatan kita akan disoal, itu bukan kata2 politikus! tapi kata2 Allah! sedarkah bahwa selama ini kita sedang melobi dosa yang teramat banyak? dosa kerana tidak menyokong ayatullah! dalam Al-quran, orang yang mencuri kena apa? orang minum arak kena apa? pembunuh kena apa? semua itu ada dalam Al-quran! bukan kata2 pemimpin politik! duduk dan bacalah....ayat dan terjemahannya sekali, kemudian fikir.....betapa jauh kita terpesong!

ada pula kata2..."itu al-Quran 1400 tahun dahulu.....cakap pasal unta, bukit bukau tanah gersang...." astghfirullah...wa astghfirullaha 'alaihi....sebab itu kena duduk dan baca dulu, tengok terjemahan satu2 sebab kita orang 'ajam....lepas tu kalau keluar kata2 "ek eh...ye lah! oooo.... macam tu!...." dari mulut dia, saya nasihatkan supaya dia hantukkan kepala ke dinding 14 kali sebab sbelum ini dia meragui al-Quran...

al-Quran itu hidup, tidak pernah ketinggalan zaman....macam mana tahu? bila kita baca, dia bercerita sekitar hidup kita, malah lebih jauh lagi.....ombak lautan yang berlapis2, pertemuan dua lautan yang tidak bercampur, susun atur rezeki semua benda, merancang kehidupan dan kematian....tempat kita bukan di bumi, tempat kita di syurga, sebab di situlah asal kejadian kita, kenapa diturunkan ke bumi? sebab disuruh kita menyembah Dia....kerana kesukaannya begitu, kurangkah kuasa-Nya kalau kita tidak sembah Dia? tidak sekali2....bahkan kitalah yang rugi, masuklah ke dalam neraka kerana orang ini telah berasimilasi dengan syaitan! kalau bumi ini tempat manusia, maka manusia tidak akan dimatikan....dan bumi ini tidaklah sempit

wafii anfusikum afala tubsiruun.........


Sunday, December 13, 2009

Esok 14 haribulan!!!

Esok genap 2 bulan dia pergi meninggalkan kami semua, tuhan saja yang tahu betapa kami semua merinduinya, tapi apakan daya.....rindu sebagai seorang hamba yang tidak layak merungut apa2 terhadap tuannya. Esok aku akan lakukan sesuatu.....sesuatu yang menyatakan bahawa kami tidak pernah berdiam diri......sesuatu yang menceritakan yang kami bergerak dalam diam......sesuatu yang membuktikan kami mara setapak lagi untuk mencari keadilan!

Terkadang terfikir juga dibenak ini, manusia jenis apakah yang sehingga sekarang satu maklumat hatta aduan polispun masih belum dibuat dari pihak mereka, susah sangatkah hantar wakil untuk membuat pengakuan? mana pergi tuan punya 'mesin pembunuh' itu? yang pandu....yang berlagak itu adiknya.....bukan tuan empunya kereta! akal apakah yang kamu orang sedang mainkan sekarang? muslihat apa yang kamu sedang runding dengan peguam setan kamu itu?

Wednesday, December 9, 2009

Patah Tidak Akan Tumbuh, Hilang Tidak Akan Berganti

Melihat anak saudaraku termenung, seolah-olah aku memahami apa yang ingin disampaikannya. Foto ini diambil sehari sebelum raya haji tempoh hari. Kata2 bidalan "patah tumbuh hilang berganti" tidak pernah dan tidak akan terpakai dalam kamus hidupnya. Sebab yang patah itu bukan dahan, yang hilang itu bukan emas permata. Tidak ada pujukan untuk mengubat hati yang patah, tidak ada ganti yang boleh mengambil tempat Umminya.

Sudah suratan dia terpaksa berpisah dengan Umminya dalam usia begini. Perpisahan yang kekal abadi. Nyawa insan tersayang diragut oleh manusia berperangai binatang. Yang menganggap nyawa orang lain seperti cebisan sampah di tepi jalan. Manusia yang ego dan sombong....juga dari keluarga yang tidak pernah mengakui kesilapan diri. Si bapa yang kepala angin dan si abang yang tidak berhati perut, adakah semua benda di dunia ini boleh dibeli dengan wang ringgit?

Seberapa banyak manapun harga ganti, tidak pula mereka sanggup gantikan jumlah itu untuk satu nyawa dari keluarga mereka!.....apa yang wajar digelar mereka ini? Keluarga Banjingan? Keluarga Setan?.......gelarlah sesuka hati yang selayaknya untuk mereka, yang pasti perlakuan keluarga itu tidak sama atas apa yang telah mereka buat terhadap Umminya!

Saturday, December 5, 2009

Hudud dan Qisas di Malaysia? Jauh panggang dari api

Semalam penulis sempat berbual2 dengan Prof Madya Dr. Hashim, on the way hantar beliau ke airport selepas habis sesi pertemuan yang terakhir sebelum final exam 2 minggu lagi. Topik yang agak berat, sesuai dengan subjek Fiqh Jenayah yang beliau tutorkan. Penyelia kepada student2 master untuk buat PHD seperti Dr. Ahmad Muhammad Husni......seronok berdamping dengan orang2 hebat ni, terasa diri begitu kerdil dan dhaif dengan perbezaan ilmu yang cukup jauh. Jika begitu perasaan terhadap makhluk, maka lebih2 ta'jub lagilah kepada Sang Khaalid.....subhanallah...

Hasil perbualan, (dengan izin) dapatlah penulis rumuskan bahawa 'Hala tuju Undang2 Syariah di Malaysia, ibarat jauh panggang dari api'.....manakan tidak, hasil kajian yang beliau buat, hanya 30% sahaja umat Islam di Malaysia menjaga solat mereka.....bayangkanlah jika perkara fardiyyah sebegitu tidak dijaga, mustahil untuk menegakkan undang2 syariah yang lebih global yang menuntut setiap juzuk dalam masyarakat memahaminya secara mendalam. walaupun nampak seperti ada kebangkitan kesedaran Islam seperti bertambahnya gadis memakai tudung, tapi bukti secara ilmiah menyatakan sebaliknya, ramai perempuan bertudung melakukan maksiat, ramai yang ditangkap khalwat atau mengandung anak luar nikah, jadi ukuran sebegitu tidak boleh diguna pakai kerana ia hanyalah adat atau fesyen semata2.

Menceritakan kisah Al-marhumah, dia turut bersimpati dan menyatakan jika menurut Syariah, anak-anak arwah lebih terbela. Malah ada banyak tesis student master bawah seliaannya membuat pendedahan bahawa nasib mangsa2 kemalangan jalanraya di Malaysia kini tidak mendapat pembelaan secara adil, bayangkan anak yang kehilangan ibubapa dalam kemalangan dengan lori tidak dapat apa2 habuan, hanya pemandu lori dipenjara 2 tahun setengah kerana didakwa cuai.....adilkah undang2 yang ada sekarang? undang2 berpaksikan Lord Reid?

Beliau bersetuju dengan pendapat penulis bahawa undang2 yang ada sekarang tidak dapat mengekang jenayah, beliau memasukkan unsur perlaksanaan atau penguatkuasaan yang longgar sebagai satu faktor tiadanya keadilan, beliaupun hairan....macam2 cara orang nak tolak undang2 Islam....dari pak2 menteri, bini2 menteri, hinggalah orang awam tapi dalam masa yang sama mendakwa undang2 yang ada sekarang tidak berapa adil.....mereka lebih kesiankan penjenayah, tapi tidak tengok orang yang jadi mangsa.

Perbualan kami berakhir dengan pesan beliau supaya jangan mudah luntur dalam perjuangan itu walaupun nampak seperti satu 'dongengan'.......sebab sudah terbukti suatu masa dahulu Undang2 Syariah mencipta kehebatan dalam sebuah negara, dan sesuatu yang menyemarakkan harapan penulis......dia berjanji akan meng'highlight'kan kes ini dalam forum, seminar dan konferens kebangsaan yg beliau sertai......alhamdulillah

Friday, November 20, 2009

YA ALLAH, TENANGKANLAH JIWA INI....

Aku suka pinjam kata-kata dari blog cikgu Adham :

"Jika kejahatan dibalas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji".....

Marah aku diharuskan syarak, membalaspun kukira diharuskan syarak, dan aku rasa cukup mampu untuk itu.......tapi aku takut jadi toghut! kerana toghut itu zalim dan zalim itu di dasar neraka!!!

BERSABARLAH WAHAI DIRI YANG TERPUJI...!!!! kerana musuh itu bukan sebenarnya musuh, nafsu amarah dan syaitan yang sebenar2 musuh! Dendam ini dibaja disimbahi minyak oleh syaitan iblis laknatullah......

Mengapa aku tidak setabah Muhammad? diancam disakiti dihina oleh Thooifiin....jibril yang sudah sedia untuk menghempaskan gunung jika Muhammad kata jadi? Tapi kalimat mulia juga yang keluar dari bibir........"maafkanlah mereka, mereka masih jahil....."Ya Allah, engkau berilah hidayah dan petunjukMu kepada mereka Ya Allah", seru Muhammad tanpa sekelumit dendam, kenapa aku tidak sehebat itu?

Kehilangan yang tak hilang

Bagai ombak yang membadai pantai di musim tengkujuh
datang dan datang lagi, tenangnya cuma seketika
situbuh berdiam namun minda bercerita
pendengarnya hati yang setia, sekali-sekala dikongsi dengan anak yang belum
mengerti tutur bicara, yang saban masa bertanya soalan yang sama,
Abi......di mana Ummi?

Yang hilang hanya jasad, yang hilang hanya bayang,
yang hilang hanya kelibat, yang hilang hanya firasat.
namun nama tetap terpahat, semangat tetap mengetap,
jasa tetap meresap, keringat tetap dilihat,
itulah kehilangan yang tak hilang.



Wednesday, November 18, 2009

Aku dan senjata


Ketahui cara peluru bekerja.....laras senjata 8 alur kekanan, apabila triger ditarik, pengetuk berkerja 0.25 saat untuk meletuskan peluru, memutarkan kepala tembaga 1/2.5 cm itu 200 hingga 300 rpm, 990 meter sesaat...jarak membunuh M16...1050 meter dan jarak membunuh GPMG lebih 3000 meter. Sasaran pada target....kepala, dada dan bawah ketiak untuk kesan maksimum. Putaran peluru akan mengurangkan geseran angin, apabila memasuki badan target, kepala tembaga itu akan melintang dan berputar, bergerak dalam bentuk zig-zag dalam masa yang sama, kerana itu lubang masuk cuma 0.8 cm, tetapi lubang keluar boleh memuatkan kepala bayi. Segala organ akan hancur berkecai dalam tempoh 0.75 saat, memutus dan merosakkan aliran darah, melemahkan sistem kardiovaskular dan akhirnya 'target down' atau berjaya dibunuh.

kesan yang berlainan jika menggunakan styer, magnum, revolver atau letupan grenade. Tidak termasuk senjata bantuan yang memerlukan lebih dari 2 orang untuk menembak......TTS, taktik dan teknik membunuh, serangan terbuka, hendap, sabotaj dan lain2 lagi.......itulah yang sempat aku belajar dalam RAW. walaupun tugas utama aku skarang ini mengajar, tapi tak bermakna aku tak boleh ambil bahagian apabila peperangan berlaku. Harus diingat, negara kita tak semestinya selalu aman, merdeka tu satu hal, nak pertahankan merdeka tu satu hal lagi.....korang tgk la negara sbelah-menyebelah, asyik nak cari gaduh jer.....tapi w/macam manapun M'sia ni sangat2 penyabar.....teeettt....malas nak citer panjang, kang pegawai cari aku lak!

Tuesday, November 17, 2009

Bukan meratapi, sekadar memperingati.....

Semalam, pengumuman aidiladha.....kebiasaannya waktu2 beginilah Khaulah melihat Ummi sibuk menyiapkan persediaan raya. Raya Haji di Kelantan selalunya lebih hebat berbanding raya puasa, tak tahulah mengapa...mungkin tempoh takbir yang agak lama menghidupkan suasana raya, atau lambang hebatnya lambaian Ka'bah sebagai simbol kejayaan yang sebenar. Khaulah dan 'Afaf mesti dipastikan pakaian apa yang perlu dipakai untuk balik beraya ke kampung nanti. kadang2 akan mengajak Abi ke kedai berhampiran untuk membeli barang2 keperluan yang belum ada. Pilunya hati bila memikirkan Abi terpaksa urus seorang diri persiapan anak2nya. Namun apa yang pasti, Aidiladha pertama ini akan disambut ala kadar sahaja, atau mungkin tidak disambut langsung.....sekadar pergi solat sunat berjemaah dan ziarah kubur arwah sahaja.

Ayah Teh, Mak Nik dan Achikpun dah ambik keputusan tidak akan beraya ke mana2, sekadar ambil yang sunat sahaja dan berkumpul bersama ahli keluarga. Walimatul urus 24 hb ni pun rasanya tidak semeriah mana, hari itu tepat pada hari yang ke-40 pemergian. Malamnya akan dibuat majlis tahlil. Dari awal lagi kami sudah merancang berkumpul semua adik-beradik, tapi sekarang satu ruang sudah tidak terisi, dia hanya wujud dalam minda kami sahaja. Raya kami hanya akan bermakna jika dapat mengembirakan anak2 arwah, atau sekadar menceriakan sedikit kesepian Abi Khaulah dan 'Afaf.

Balik dari KL, aku lihat gambar arwah dalam pakaian konvonya masih tergantung di dinding, bila aku minta diturunkan, takut akan menambah kesedihan si Abi bila balik beraya nanti, ayah tidak izinkan, nampak sangat ayah belum menerima hakikat anaknya sudah tiada, malah dua tiga hari selepas pemergian, dia pernah menengking 'mat rempit' di pasar kerana menganggap perangai jenis merekalah yang telah membunuh anaknya.....sayu pula hati aku bila melihat ayah berkeadaan begitu, walhal dialah orang yang paling tabah aku tengok, setitikpun air matanya tidak jatuh semasa jenazah tiba ke rumah.......tapi sekarang baru kami tahu hakikatnya.


YA ALLAH, DARIMU KAMI DATANG DAN KEPADAMU JUALAH KAMI KEMBALI...YA ALLAH, TETAPKANLAH HATI2 KAMI DALAM MENGHADAPI SEGALA UJIAN DAN DUGAANMU YA ALLAH...PERMUDAHKAN DAN BANTULAH DIRI KAMI DALAM SEGALA URUSAN DAN PERJALAN HIDUP KAMI...ENGKAULAH SAHAJA YANG TAHU KEMAMPUAN KAMI SEMUA...

YA ALLAH...AMPUNKAN DAN LIMPAHKANLAH MAGHFIRAHMU KEPADA ALLAHYARHAMAH NAZIRAH...TEMPATKANNYA BERSAMA GOLONGAN SOLEHAH...YA ALLAH..JADIKANLAH KAMI SEMUA UMMATMU YANG REDHA DAN BERSYUKUR DENGAN NIKMAT DAN CUBAAN YANG ENGKAU BERIKAN...JADIKANLAH KAMI SEMUA INSAN YANG BERTAQWA DAN MEMBUAT SESUATU PERKARA DENGAN LANDASAN IMAN DAN BUKANNYA EMOSI MENJADI KEPALA SEGALA PERBUATAN DAN LIMPAHKANLAH RAHMAT DAN KURNIA BUAT KAMI SEMUA YANG HINA LAGI DHAIF INI...YA ALLAH..HANYALAH DIKAU TEMPAT KAMI SEMUA MEMINTA PERTOLONGAN DAN MEMOHON PETUNJUK..PERKENANKANLAH DOA KAMI INI YA ALLAH...YA ALLAH..YA ALLAH..YA ARHAMARRAHIMIN...AMIN YA ROBBAL A'LAMIN....




Monday, November 16, 2009

Entri berbaur politik???

Pulak dah....ada pulak komen offline yang aku terima cakap entri aku dah nak masuk bab politik. Aku kata, mana ada.....ada ke aku sebut nama mana2 parti ker? rasanya tak de.....inilah kalangan orang yang 'tak reti bahasa'.......liberal dan sekular dah nak masuk jarum! nak ajak berbahas tentang agama tapi nak guna logik akal semata2.....kalo aku kata dia pengikut ajaran Haji Kahar atau Ayah Pin, dia melenting! gelap dalam terang.....golongan yang bermuka2! Dakwa mereka Islam, tapi bila ditanya di manakah Islamnya mereka?......tergapai2 tak tahu nak jawab apa. Itu baru aku yang dhaif ni tanya....belum munkar nakir dalam kubur!

Lepas tu aku tanya lagi mana dahulu Islam atau politik? masa permulaan Islam, pada zaman 'Sirr' tu dah ada politik ke? 9-10 tahun mula2 nabi di Mekah dah ada politik ke? politik tu apa? Islam tu apa? bagi aku dua2 tu maudu' yang berbeza....semua manusia boleh bercakap tentang Islam lebih2 lagi mereka yang mengaku diri mereka Islam, tapi politik adalah hak individu.....hak untuk memilih pemimpin mereka.....Islamlah yang membentuk politik, bukan sebaliknya. Jadi tak salah bagi sesiapa sahaja bercakap tentang Islam.

Kadang2 musuh utama kita bukan kafir, yahudi, nasrani laknatullah.....tapi musuh utama kita bila kita nak kembalikan Syari'ah yang sebenar ialah dari kalangan kita juga. Ego, ta'sub, taklid atau ikutan yang membabi buta, cari yang sesuai dengan akal dan nafsu mereka......ada gelaran untuk kumpulan ini dalam Al-Quran, tapi aku malas ulas takut tersilap menghukum dan aku pula jadi zalim, Astghafirullahal 'azim...

tak perlu bawa falsafah2 atau alasan2 bombastik yang menyukarkan orang awam nak faham. cukuplah beri andai2an yang simple sahaja. Alasan kemajuan tak boleh pakai la bai! maju atau mundur tu bukan disebabkan berpegang kepada syari'ah! ia disebabkan ilmu! tolonglah encik Bai baca buku sejarah sikit....jangan asyik nak merempit men'drift' langgar orang merata-riti, aku tengok negara je yang maju....engkau duk tang tu jer la.....pinjam singgit ngan member nak beli air kotak, motor tak de minyak rembat minyak motor sebelah....maju ke tu? ak ar...ye la, maju kepala hangguk engko! ni.....sebelum menolak atau menerima apa2, rujuk2lah Al-Quran, tapi kalau sibuk hingga mengalahkan orang yg sedang menghadapi sakaratul maut, makna Al-fatihah pun bertukar2....lebih baiklah diam dan ikut pandangan alim ulama....sami'naa wa ato'naa, janganlah jadi orang yang 'bodoh sombong' hingga menutup kebenaran, kerana kejahilan anda akhirnya akan memudharatkan kami.......sebab itu kami berkesah! sekian.....

p/s: bahasa aku mungkin kasar, tapi aku nak sesuaikan dengan mad'u yang hitam pekat hatinya, yang tak boleh ikut cara lembut2....dakwa anut Islam, tapi bila sebut Islam, berseringai giginya, mjeling nak tcabut mata, macam jijik kuno sangat Islam tu......sampai skarang pun masih macam tu juga....tbelah bumi langitpun aku rasa mcm tu gak la.....ya Allah, Engkau bukakanlah pintu hati mereka, ampunkanlah dosa2 mereka....amiin.

Sunday, November 15, 2009

Rukun Iman yang ke-enam

Beriman kepada qada' dan qadar. Qada'-Nya ialah ajal telah sampai....qadar-Nya ialah cara atau asbab yang menyebabkan roh tercabut dari badan. setiap kematian itu mesti bersebab, itulah qadar Allah ke atas manusia. "Adakah dikira beriman seseorang itu sebelum mereka diuji?"......terima kasih ya Allah, atas ujian-Mu ini telah menginsafkan lagi kami bahawa hanya Engkau sahaja berhak secara mutlak ke atas diri kami. Tidak layak langsung untuk kami persoalkan, seluruh hidup kami adalah milik-Mu, Engkau bebas menjemput kami bila dan di mana...dalam tidur atau jaga, dalam hina atau bermaruah......

Atas ujian-Mu ini menyedarkan kami akan erti kasih mengasihi orang terdekat., ibubapa adik-beradik rakan-taulan......sayangi mereka selagi ada....atas ujian ini juga menguatkan ikatan kami untuk bersatu menentang ketidak adilan....atas keluarga kami, keluarga jiran2 kami dan seluruh saudara seagama kami, andai termampu! bunyinya seperti mustahil......tetapi banyak kejayaan mengubah sejarah bermula dari mimpi.....biarlah kita tidur bantal lain2....tapi mimpi kita sama.......mimpi untuk menegakkan agama Allah.....hanya Islam, Agama kebenaran dan keadilan! ALLAHUAKBAR!!!


p/s: Anda semua boleh persenda saya tapi jangan jangan persenda agama Allah dan undang2 Allah.......tengoklah sekarang, kadar jenayah negara kita tak pernah berkurang......makin pelik dan dahsyat adalah! selagi manusia mencari selain undang2 samawi.....selagi itu hidup jadi tunggang-langgang, orang dah tak hormat kepada undang2......kepada penguasa apatah lagi!!!

Thursday, November 12, 2009

Genap sebulan

Dua hari lagi genaplah sebulan arwah meninggalkan kami semua. Amat besar rasanya kehilangan dia, hingga di saat ini amat payah untuk dilupakan, seperti cerita yang diulang tayang tanpa henti. Berapa lamakah lagi kami harus terseksa dengan kehilangan beliau.........hanya masa yang akan menentukan. Sabtu ini, aku tidak berkesempatan untuk menukilkan apa2 kerana aku tidak berada di hadapan pc ini untuk memahat ingatan. Aku terpaksa ke KL atas urusan konvokesyen isteri namun, kesempatan ini kuambil untuk menyatakan bahawa, kehilangan beliau amat menjerihkan kami, kami trauma sehingga sekarang......

Tuesday, November 10, 2009

JUBA: Sniper Baghdad

Allahu Akbar, lukaku berteriak kesakitan
Aku telah bersumpah wahai Negeriku
bersumpah untuk membalas dendam

Allahu Akbar, lukaku berteriak kesakitan
Aku telah bersumpah wahai Negeriku
bersumpah untuk membalas dendam

Tegar seperti helang, tidak takut marabahaya
matanya bagaikan kilat dan tangannya bagaikan hujan
membidik penjajah mengiringinya ke neraka
itulah pekerjaan Sniper Baghdad

bertakbir dan mengarahkan senjatanya
muslim yang pemberani dan bertauhid
bertakbir dan mengarahkan senjatanya
muslim yang pemberani dan bertauhid
maju berjalan tanpa ragu dia adalah tentera Muhammad

berdiam menunggu kesempatan
seperti singa yang memangsa korban
membalas dendam bagi tentera kafir
memberinya peluru yang membunuh
dia melihat berjuang menegakkan Islam adalah jalan keluar
dia juga kafir pada taghut dan Amerika



Di jalan Allah Mujahid maju melangkah
menganggap aib ketika diam melihat kezaliman
Sniper berangkat membawa senjata untuk melindungi kehormatan
melemparkan api dan percikan api ke arah musuh
bertakbir dan mengarahkan senjatanya
muslim yang pemberani dan bertauhid


Monday, November 9, 2009

Tenangkan hati dengan mendengar rakaman kuliah agama Ust Azhar Idrus

"Orang yang sebenar2 sibuk itu ialah orang yang di saat berhadapan dengan sakaratul maut"......tergian2 di telinga ini, betapa aku anggap aku sibuk, sbenarnya bukanlah sibuk sangatpun.

Sunday, November 8, 2009

Aku yang berempati

Jarak yang jauh menyukarkan aku menziarahi anak2 sedara aku dan Abinya. Telefon dan mesejpun jarang2 diutus. bukan apa, aku tidak mahu menambahkan beban menjawab telefon dan membalas mesej sedang dia perlu tumpuan untuk mengurus anak2 kecil, rumah, dan kerja-kerjanya. tambahan pula kawasannya dilanda banjir sekarang, mesti lagi sukar pergerakan mereka. Tahun lepas, walaupun tidak sampai masuk ke dalam, tapi air mencecah anak tangga, rumah2 dan kedai di sekitar ada yang tenggelam. sukarnya bila nak bayangkan keluar rumah membawa dua anak kecil, bila dua2 meragam, nak memandupun tak dapat. Khaulah baru 2 tahun, apa sangatlah yang boleh diharap dengan budak 2 tahun? nak suruh jaga adik? nak suruh itu ini? dia sendiripun nak kena jaga......

Aku pula menghampiri
final exam pjj, baru semalam habis presentation subjek gerko utk sem ni, tajuk pertolongan cemas......presentation yang penuh emosi......aku bayangkan sedang berada di tempat kejadian, tunjuk demo dengan sepenuh hati, aku kongsi cerita kes adik aku dengan audien hingga ada yang menitiskan air mata, tepukan yang hebat.....aku bukan minta simpati, tapi berharap agar kami semua boleh menghulurkan bantuan jika berlaku kes-kes cemas seperti itu. apa yang aku pesan kat diorang....."ingat, hari ini kita selamatkan orang....esok orang mungkin akan selamatkan kita pula, tuhan tu maha adil"........"tapi kalau kita cuma perhatikan sahaja dan sibuk merakam gambar dengan hp.....tunggulah disaat kita bertukar tempat dengan mangsa, dan kita akan merasa betapa pahitnya orang buat begitu dekat kita"....

Thursday, November 5, 2009

Bilalah undang2 syariah nak tertegak!

Ramai yang berkata...."serahkan sahaja kepada pihak yang berkuasa"..........aku cuma tersenyum sumbing.....macamlah aku ni buta undang2, pihak berkuasa guna undang2 apa? Boleh berlaku adil ke? bukankah undang2 tu tinggalan penjajah? penjajah tu jahat, bila dia buat undang2, dah tentu untuk menjaga diri mereka.....dengan kata lain, undang2 mereka ialah untuk melindungi jenayah mereka....tapi ye lah, sudah tabiat orang kita, apa yang ditinggalkan penjajah, semuanya boleh pakai, sebab akan datang senang nak jadi penjenayah.....takut benar dengan penjajah, macam orang tak ada 'batu'.....bila kita suruh tegakkan undang2 Islam....macam2 alasan.....lapuklah, zalimlah......tak sesuailah....payah kalau dah jenis buta sejarah, atau kalau tahupun, buat2 tak nampak.......maklumlah, sifak munafik tu tebal sungguh dalam hati.

Undang2 syariah(qisas)......adalah hak mangsa dan wali mangsa. bunuh dibalas bunuh....luka dibalas luka......lebam dibalas lebam.....buta dibalas buta....cacat dibalas cacat......nampak macam zalim, tapi cuba dulu dilaksana.......kita tengok.......Ah.!...undang2 manusia.......cuma denda, saman, penjara.....yang hanya menyebelahi pihak berkuasa, yang untung....hanya pihak berkuasa.....macamlah pihak berkuasa pula yang jadi mangsa........adakah ini mampu membawa keadilan? jawabnya....jauh sekali! yang jahat tetapi banyak duit akan berjoget beraya.....yang berkedudukan tak terasa apa2.......rasa tidak puas hati makin bercambah, natijahnya.....sengketa diselesaikan ikut keputusan sendiri, mata pisau dan peluru pistol........jenayah semakin meningkat!

nak cakap apa lagi? nak sebat kartika tu pun banyak yang larang......bukti bahawa negara ini penuh dengan orang munafik, orang munafik dan orang kafir yang boleh mempengaruhi penguasa. Mahkamah Syariah macam mahkamah second class.....orang tak hormat langsung, kene tolak ke sana ke mari.......anehnya yang mengaku Islam ramai!......skali aku teringat, umat Islam akhir zaman seperti 'buih di laut lepas'....banyak, tapi tak ada kekuatan langsung......adakah aku sudah berada di zaman 'buih di lautan' itu?.....malang nasib......

jadi aku nak yang macam mana?....senang je, aku nakkan qisas......itu aje!


Sunday, November 1, 2009

Memori itu ingatan

Ingatan......suatu nikmat pemberian Allah s.w.t, manusia tidak akan hidup atau maju tanpa ingatan. Ingatan boleh membahagiakan.....ingatan juga boleh mendukacitakan......ingatan juga boleh menyeksakan! Alangkah baiknya jika ingatan itu dapat dicabut buat seketika untuk masa ini.....

Saturday, October 31, 2009

LAPAN BULAN!!!???

L.A.P.A.N B.U.L.A.N........yup 8 bulan masa yang diberi oleh pendakwaraya untuk membawa kes ini ke mahkamah! 8 bulan.....kalau perempuan yang lekat perut, dah hampir nak bersalin! dalam masa 8 bulan, macam2 penderitaan anak2 saudara aku tanggung.....perlu dijelaskan, Abinya hanya guru kontrak, tinggal menyewa.....'Afaf dan Khaulah perlu susu, perlu nestum dan pempers! memang bapa2 dan ibu2 saudara serta kawan2 Abi x kan biarkan Abi merempat.....tapi mana tanggungjawab keluarga 'pembunuh jalanan itu'? jangan kerana dia, orang lain kene tanggung!

Aku hairan, macam mana masa selama itu yang diperlukan.......sedang bukti dah jelas, saksi dah cukup! nak tunggu apa lagi? nak tunggu bukti2 dah tercemar? nak tunggu saksi2 dah jadi 'blur' nak ingat peristiwa tu? sudahnya yang salah akan terlepas gitu ajer.....

Mat Sudan yang bunuh anak kekasih dia dah jatuh hukum.......majikan yang bunuh indon tu pun dah putus kes.......tak sampai 2 minggu! Apa? nyawa rakyat Malaysia kita ni low standard ke? ada double standard ke dalam mahkamah kita? kes yang masuk tv didahulukan......kes yang melibatkan negara luar kena ambil serius!

Wahai sang pendakwaraya....please! give me some explaination!

Hanya Sekelumit Rasa....

Sesiapa jua berhak bercakap, pendapat orang masing2.....ada yang setuju, ada yang tidak, ada yang menyokong, ada yang tidak.......Ini Hidup Kami.....blog ini adalah luahan hati keluarga kami......keluarga yang belum bersedia dengan kehilangan.....ditambah pula dia menjadi mangsa kepada manusia yang gagal dididik...... seperti yg diberitahu, kami bukan mencari2 kesalahan orang, ibarat kawan jangan ditolak, musuh jangan dicari.....tapi musuh datang tanpa ada tempat untuk kami melarikan diri......DAN INILAH TINDAK BALAS KAMI!

Apa yang dipaparkan cuma sekelumit sahaja.....penderitaan mangsa didunia offline lebih dahsyat daripada ini, anda yang menyokong....teruskan bersama kami, anda yang tidak.....silakan ke blog2 lain yang lebih menarik, kami juga ada alasan untuk berkongsi cerita di sini....motif kami ialah supaya anda dapat mengukur sejauh mana penderitaan keluarga mangsa 'pembunuh di jalanan' ini......kalau ada kekuatan dan peluang, kita sama2 berjuang untuk menghapuskan keadaan ini.......TAKBIIIRRR...!!!!

Friday, October 30, 2009

Membina bahagia di bawah runtuhan semangat....

Demi Khaulah dan 'Afaf, Abi terpaksa juga tersenyum...terpaksa juga mengagah mengacah....Khaulah rindukan gurau senda sewaktu mereka berkumpul bersama. 'Afaf juga tumpang tersenyum walau tidak mengerti apa2.....sesuatu yang amat sukar untuk Abi lakukan di saat ini, tapi Abi terpaksa juga. Terpaksa membahagiakan anak2 walau hakikat diri sendiri menderita.

Tengah hari semalam adalah merupakan Jumaat yang pertama buat mereka bertiga di rumah itu. kalau minggu lepas, anak2 masih di Pasir Puteh.....Kak Ila, Kak Jah, Adik Za dan Nurul ada bertamu....tapi kali ini hanya mereka bertiga.....kalau sebelum ini, pada hari Jumaat (hari cuti minggu bagi negeri Kelantan) Ummilah yang paling sibuk,.....memasak, membasuh, menggosok baju dan melayan kerenah 'Afaf dan Khaulah. Selepas solat Jumaat mereka berkumpul untuk makan tengah hari bersama. Ummi juga yang mengejar Khaulah ke sana ke mari kerana tidak mahu makan nasi, tapi kini semuanya tinggal kenangan....kenangan yang tidak boleh dirasai oleh sesiapa kecuali Abi.

Semalam Abi cuba untuk menurunkan pakaian Ummi yang tergantung di dalam almari....kerana pada pendapat Abi selagi pakaian itu ada, selagi itu kesedihan mengambil ruang......sesuatu yang tidak elok untuk Khaulah dan 'Afaf...sesuatu yang boleh menyebabkan mereka berdua terabai, mungkin Ummi juga tidak mahu hal itu berterusan......Khaulah lihat Abi hanya menurunkan satu atau dua pakaian sahaja.....selepas itu Abi berhenti, khaulah lihat air mata Abi berlinangan....bagi Abi, Ummi mungkin menganggap Abi dah tak sayangkan Ummi lagi.....semua barang2 Ummi ingin dibungkus kemas.....seperti mana Ummi dibungkus dengan kain kapan dan didakap tanah kuburan.......demi Allah, Abi masih sayangkan Ummi seperti sebelum ini!

p/s....jangankan kata Adik ipar aku, aku sendiripun tak sanggup nak delete nombor telefon arwah.....itu baru nombor telefon! huhuhu....




Thursday, October 29, 2009

Ben Sedqi mendapat alamat geruh

Pukul 2.00 ptg, 14 Oktober itu.....seperti biasa berada di dalam kelas tahun 3Bestari, sedang mengajar, 5 minit terakhir duduk di meja untuk menyemak lembaran kerja murid. 2.35 ptg masa tamat.....kelas 3 Arif pula menanti. Di saat utk bangun dari meja itu, lutut terlanggar tiang .....serentak lembaran kerja murid terhambur ke atas lantai. Kebas rasanya lutut, hampir 30 saat duduk membongkok. Lembaran kerja cepat2 dikutip murid. Terdetik jauh di dalam hati, sesuatu yang kurang enak.......btul2 tak sedap hati. tapi sepantas mana ia datang, sepantas itu juga ia dibuang......mungkin sekadar perasaan, sebab sehari dua ni hati sentiasa berdebar2....mungkin badan yang penat atau otak yang letih.

3.35 ptg, rehat. Tapi tidak berselera untuk ke kantin, ntah kenapa rasa tidak sedap hati menjadi2.....cuba capai hp, nak tanya apa yg berlaku di kampung, tapi tak tahu macam mana nak mula, takut keluarga di kampung syak yang bukan2 pula. akhirnya aku cuba sms adik Ila, suruh dia ke pajabat daerah untuk ambil dokumen urusan yang baru selesai....sbenarnya bukan itu tujuan aku, sekadar nak tahu jawapan yang macam mana aku akan terima.

(tiiitt....tiiiiittt.....: mesej sampai) " takdan lagi nak g pejabat, nak g tgk zie eksiden"
itulah mesej balas yg aku terima. ooo.....aku teringat member aku...Zie Che' Leh....Ah....aku x syak apa2 sebab kalau Zie adikku, kenapa x telefon saja.......untuk lebih kepastian, aku mesej lagi...
"Zie Che' Leh ke?"
"Zie Che' Leh mendanya.....Zie kita ar"

Zaaaaaappppp.......bagai nak runtuh dada aku, terus aku tel adik aku tu, soalan diasak bertubi2: "bila? kat mana? teruk ke? eksiden dengan apa? naik kete dengan sapa? anak2 anak kat mana?"
"ntah x tau lagi.....baru dapat call dari abang long, dia suh siap cepat, nak ke Kota Bharu", jawapan yg sikitpun tidak memuaskan hati aku......terus aku skroll nama Zie dan dail.....
"nombor yg anda dail tidak dapat di......" tiiittt....aku cut off, cari lagi nama...Man.....
"Hello.....Man! Man.....Zie eksiden ker?"
"Ya abg Mie!" suara sebak
"teruk ker?"
"teruk abang mie....teruk!.....doktor masuk...doktor masuk.......tuuuuuutttt......." talian diputuskan"

baru naik rehat.......jam 3.55 ptg, hajat nak menukar baju mengajar ke baju PJ terpaksa ditangguh, aku panjat tangga ke pejabat, jumpa Guru Besar, kepadanya aku khabarkan berita tu serentak dengan hasrat nak minta cuti kecemasan......kemudian aku tel isteri kat rumah, suh dia packing apa2 yang patut....dalam hati dah serba tak kena......aku tahu di sana keadaan amat kritikal. Turun ke kantin tanpa menukar baju......budak2 masih di situ, kemas barang2......tapi hati masih tak puas sebab tak dapat dengar berita dari Zie, aku keluarkan lagi hp.......

"hello Man......."
"Hello abg Mie.....(suara adik ipar aku lain macam benar)"
"Zie macam mana?"
"Zie dah tak de abg Mie!........"

tak pasti bila aku matikan hp, yang aku tau aku masuk ke kereta dan menangis sepuas-puasnya. Orang lelaki memang jarang menangis, kalau dia menangis.....memang dia sedih yang amat sangat....dan pada hari itu aku memang sedih yang teramat sangat! kehilangan seorang adik yang aku sayang!

Petang itu aku drive kereta pulang ke kampung dengan perasaan yang terawang2.....terasa kehilangan, isteri setia menenagkan perasaan....Alhamdulillah, sampai juga ke kampung untuk menatap wajah terakhir adikku....

Wednesday, October 28, 2009

Memori semalam (versi Ben Sedqi)

Takku sangka perangai yang ditunjuk sehari sebelum raya sudah ada tanda2 yang dia akan pergi. Itulah kali terakhir kami berjumpa. Masih segar diingatan....bila dia turun dari kereta sekembalinya ke kampung dari Kota Bharu, sebelah seliparnya hilang.....puas mencari, baru dia ingat.....rupanya dia tertinggal semasa singgah solat di masjid. Ntah macam mana semasa masuk ke kereta, sebelah seliparnya tertinggal di luar. Disebabkan itu dia mati2 x nak beraya, bila disuruh beli yang lain....dia macam merajuk, walhal kedai dekat je.....x la jauh sangat, hingga aku tersebut kata2...."mung doh buang tebiat ker zie?"

Tapi selipar ganti tetap dibeli oleh suaminya. Namun merajuknya sampai sudah.....akhirnya selipar tu disimpan dalam kereta je. Sebab tu hati ini sebak sewaktu pergi ambil barang2 di kereta dekat balai polis tu, selipar yang diberi masih di simpan dalam kereta, masih baru......tidak ada tanda2 ia dipakai.......

Sempat berbalas2 mesej, bergurau senda adik-beradik dan lagi tak boleh lupa bila dia bercerita bahawa dia bermimpi, adik Za (adik sikit dari dia) yang nak kahwin 24 nov ni x jemputpun dia, tapi dia tetap balik sebab nak tengok orang ramai......rupa2nya memang betul zie kau balik juga, tapi bukan nak makan kenduri atau tengok orang ramai, tapi orang yang berkumpul khas untuk melihat kau, orang makan tahlil khas buat kau......sungguh takku sangka aku akan memangku adikku yang dah kaku.......mengucup dahinya yang dingin.....Zie sampai hati kau pergi dulu!

dan lagi hasrat kau nak sponsor kek atas 'par' untuk perkahwinan Za pada 9.56 pagi 14 Okt 2009, betul2 pada pagi kejadian tidak kesampaian.......mesejnya ada hingga kini, tidak sanggup untuk didelete......itulah mesej terakhir yang Kak Ila kau terima sebelum dimaklumkan engkau kemalangan tengah hari tu..........dan terasa seperti mimpi bila dimaklumkan yang kau sudah tiada.....meninggalkan kami semua. Sedikitpun tidak beri peluang untuk aku mohon ampun dan maaf......juga sekadar untuk mengucapkan selamat tinggal........sungguh aku terkilan hingga ke saat ini......

selamat tinggal Zie.......beradulah sepuasnya, insya-Allah kita akan dipertemukan dalam satu raudhah.....

Setiap Hari Adalah Seperti Semalam

perjalanan terakhir Ummi di sini..........(T-T)

Di sinilah lokasi kejadian malang tersebut. Kutan, Tumpat, Kelantan.......sisa2 hentaman masih kelihatan. tiang2 itu adalah saksi Ummi dibalut maut.......noktah perjalanan terakhir Ummi. Seperti baru semalam berlaku.....seperti baru semalam Ummi meninggalkan kami.....seolah2 baru semalam terasa kehangatan pelukan Ummi.......betapa kami rindu! Makin cuba dilawan....makin kuat pula ingatan bersama Ummi datang bertalu2. Abi juga seolah2 tidak mahu melangkah di dalam rumah.....setiap langkah adalah memori....setiap langkah adalah ingatan......siksanya ya Allah...

Kain baju Ummi masih bersangkutan, tudung Ummi, kain sarung Ummi, alat2 harian Ummi, malah kain sembahyang Ummi juga masih di situ......tidak berdaya untuk kami menyimpannya, walhal benda2 itu jugalah yang menyeksa kami, tapi kadang2 menjadi ubat. Sejak pemergian Ummi, Abi jarang ke dapur...semua barang2 'Afaf diangkut ke ruang tamu, bagi Abi untuk ke dapur itu amat menyeksakan.....melihat barang2 di dapur seolah2 melihat Ummi ada di mana2!

Kesian Khaulah.....selera makannya hilang. hanya minum susu dan sedikit roti atau biskut. biasanya Ummi yang suapkan dia nasi, tapi kini seleranya hilang bersama hilangnya Ummi. 'Afaf pula menambah kesengsaraan Abi, itu dan ini serba tak kena.......kesabaran Abi amat teruji.....ya Allah, hebatnya dugaan-Mu!

Ketakutan kami apabila ingin memejamkan mata......betapa tidak, wajah Ummi akan menerpa.....cerita2 sewaktu Ummi ada akan terputar secara tak sengaja......seperti disebut tadi, makin dicuba untuk dilupakan.....makin kuat pula dia mengasak.....akhirnya kami pasrah, sepasrah aliran air mata membasahi pipi Abi.....buat yang kesekian kalinya.....

Tuesday, October 27, 2009

Redhakah dengan kematian Nazirah?

Kenapa dipersoal?.......siapa kami untuk tidak meredhakan pemergiannya! kematian itu pasti, tiada siapa dapat menghalang! apabila sampai masa, tidak akan dipercepat atau dilewatkan walau sesaat. tidak ada sesiapa boleh menyangkal dan menghalang........kami redha! Namun yang dipersoalkan ialah......asbab kematiannya adalah bersangkutan dengan orang lain, anak remaja yang berdarah muda, yang gagal mengawal perangainya, yang melakukan sesuatu bukan dalam kawalannya! kami tidak kisah kalau 'budak pelesit' itu menjadikan pokok, tebing, tiang, longkang atau gaung sebagai lempias jiwa rempitnya.......dia sorang, biarlah! tapi masalahnya dia melibatkan orang lain........tanyalah siapa2 sahaja....adakah mereka sanggup anak kecil mereka, ibu mereka, bapa mereka, suami atau isteri mereka, adik-beradik mereka atau orang yang mereka sayang dilanggar oleh budak hingusan yang suka memandu laju?

Jangan kata langgar orang........langgar anak kucing atau anak kerapun kita akan jatuh kasihan kepada haiwan itu.......seiring dengan rasa geram kepada mat pelesit tadi........bayangkan anda berdiri di tepi jalan, tiba2 anda nampak kereta yang dipandu selaju 100-130km/j di kawasan yang sibuk, kereta dan motorsikal bersimpang-siur, memandu secara zig-zag, memotong dekat sesuka hati........dan apa yang anda takut rupanya terjadi......kereta tu telah melanggar sebuah daripada motor yang banyak itu tanpa belas kasihan, terus memecut lagi.....dan di hadapan dia melanggar pula orang lain!.......apakah penilaian anda terhadap pemandu itu?

Harus diingat....ini bukan PS games.....bukan PC games......bukan juga dalam filem, dalam games kita boleh undo, kita boleh reset, kita boleh pause dan rewind atau foward sesuka hati.......dalam games kita tidak akan hilang nyawa yang sebenar.......dalam filem kita ditipu dengan kamera trip.......paling tidak sukapun kita boleh tutup tv dan pergi bancuh milo, sebab hakikatnya kita tidak mati! tapi dalam dunia sebenar lain.......orang melintas di tepi jalan adalah benar......kanak2 yang bawa basikal di tepi jalan adalah benar.......kereta2 dan motor yang bergerak berselisih itu dipandu oleh orang hidup yang benar.......satu kesilapan yang maha besar jika tidak boleh beza antara realiti dan fantasi! itulah yang terjadi di sini.........bila yang bodoh diberi stereng. dan kotak besi....dia akan jadi sombong, angkuh dan 'gila'..........'gila' untuk memandu pada kelajuan membunuh! ye la....isteri belum ada, rumahtangga belum ada, anak kecil belum ada, kerjaya belum ada.......nak fikir panjang buat apa.......yang penting bagi dia......."rasa teruja".......rasa happy go lucky yang ntah hape kejadah! kita tengoklah pula siapa yang jadi mangsa selepas ini....




Today is The day......

Hari yang mencatat peristiwa hitam dalam hidup kami, hari yang tidak akan dilupa seumur hidup. Jangan kau kata kami telah lupakan hari ini....tidak sekali2. Dengan lafaz bismillaahi.....walloohi.......wabillaahi.....watalloohi......demi Khaulah dan demi 'Afaf.......kami mengulangi sumpah kami untuk membela nasib dua anak kecil ini, moga kami tidak dipersoal di hadapan Allah kelak....."KAMU DIBERI AMANAH, KENAPA KAMU TIDAK LAKSANAKANNYA!!!???" ataupun dipersoal oleh anak2 ini apabila dewasa kelak......."HAK KAMI TELAH DIRAMPAS, APAKAH TINDAKAN KAMU SEMUA???"........sekarang amanah kami adalah untuk membela nasib kedua anak ini. Agar kesedihan mereka sedikit terubat.....agar beban mereka sedikit terangkat......agar kerinduan mereka terhadap ummi mereka sedikit terpadam, kerana rindu itu amat menyakitkan disaat ini.

Ketika menghubungi Abi mereka, keadaan anak ini masih trauma.........murung, emosi terganggu, merasa kehilangan dan sering meracau dalam tidur........sanak saudara ada melawat, tapi 'Afaf seperti tidak mahu pergi dengan orang lain.......barangkali 'instinct'nya kuat mengatakan, kalau dia pergi dengan orang lain, kemungkinan dia akan kehilangan Abinya pula........."Ya Allah, engkau bantulah tenteramkan anak2 ini, engkau sisipkanlah sedikit ketenangan kepada suami arwah, tanpaMu kami tidak terdaya apa2......"

Saturday, October 24, 2009

Bukan Satu....tapi dua....

Bukan satu, tapi dua. Bukan seorang, tapi dua orang......dua orang Abi kena urus, dua orang Abi kena suap, dua orang Abi kena dodoi, dua orang Abi kena basuh jika berak atau kencing......kadang2 Abi tidak sempat nak mengurus diri sendiri. Khaulah tidak perasan, kadang2 baju Abi yang dipakai sebelah pagi, itu jugalah yang dipakai sehingga petang. Sebelum ini Ummi buat separuh, Abi buat separuh......sekarang segala2nya Abi yang kena buat. Kadang2 Abi tidak sempat makan, Abi mandipun tidak sempurna. 'budak pelesit' tu bukan saja mengambil Ummi dari kami, tapi menyentapnya sekali dengan kesempurnaan dalam rumah kami.......kebahagiaan dalam hidup kami. Segala2nya begitu sukar setelah ketiadaan Ummi. Abi seperti hilang sebelah tangan dan kaki.....tiada lagi insan yang boleh digantung harap.


'Afaf nak tidur berbuai, mungkin baginya terasa seperti didakap Ummi. Sehelai kain yang selalu Ummi guna untuk dipeluk, menghisap ibu jari seolah2 Ummi sedang memberinya susu. begitulah keinginannya setiap kali tidur, setiap hari....keinginan yang pastinya sama sekali tidak akan menjadi kenyataan. Buaiannya sentiasa perlu diayun, suara Abi berzikir wajib ada sebelum terlena, malah jika terbangun suara itu perlu didengarnya, seolah2 tidak mahu kehilangan Abi pula. Abi menangis, tapi bukan di mata.....air matanya sudah kering. Kering seperti pokok bunga cempaka di atas pusara Ummi pada hari yang ke-12.


Hari Kesebelas Selepas Pemergian


Ini adalah foto terbaru anak2 Allahyarhamah. diambil pada hari ke-11. Kedua2nya agak pucat dan lesu, lebih2 lagi sikecil......derita menanggung kerinduan yang tidak terungkap dengan kata2.

Kepulangan Yang Hampa


Jumaat 23 Okt 2009. 09.00 p.m: malam ini Abi membawa kami pulang ke rumah sewa di Pasir Pekan selepas 10 hari meninggalkannya. Sebelum ini Abi cuma menumpangkan kami di rumah kawan Abi kat Pasir Puteh, entah kenapa, cuma Abi sahaja yang tahu jawapannya, kami masih kecil untuk bertanya itu dan ini. Rasa rindu untuk pulang ke rumah. Sedari pagi hari Rabu, selepas Umi menghantar kami ke Taska, kami langsung tidak nampak muka Umi. Hari Rabu itu juga Umi membiarkan kami sehingga malam di Taska, cuma Abi sahaja datang jemput. Mata Abi merah....pun kami tidak pandai untuk bertanya itu dan ini. Yang pasti, kami rindu untuk berjumpa dengan Umi. Umi di mana Umi? Sampai hati Umi tidak jemput kami di Taska!

Malam itu juga kami dibawa berjalan dengan kereta.....jauh sekali, Abi bawa beg dan kelengkapan susu 'Afaf, tapi banyak yang Abi lupa, sampai bekas termos 'Afaf pun Abi Lupa. Kami tertidur hingga subuh. Bila terjaga, orang ramai......tapi Umi tidak ada, Khaulah cari Umi.....'Afaf pun cari Umi, habis setiap wajah Khaulah dan 'Afaf perhati, tapi wajah yang dicari tidak muncul2.......kami nak bertanya Abi, tapi kami tak pandai. Khaulah kesiankan 'Afaf, dia terus-terusan menangis......lapar. Tak nak susu botol.

Tapi hari ini Abi bawa kami balik ke rumah. Terasa rindu sangat2 untuk berjumpa Umi. Melihat pintu rumah, Khaulah sudah memanjangkan leher untuk mencari Umi. 'Afaf juga melihat kiri dan kanan.......ah, mungkin Umi berada di dalam rumah sedang melipat kain. Pintu dibuka, Khaulah meluru masuk....Ummmiiii..! mata liar mencari, tapi kelibat Umi tiada. meluru ke dalam bilik, Umi tiada. Barangkali di dapur....Umi tiada juga! bilik air....juga tiada! Ummiii......balik lah....Khaulah nakkan Umi.....'Afaf juga rindu Umii......mana Umi pergi? Umi tak kesian kami ke? Sampai hati Umi tinggalkan kami............


(malam itu Khaulah dan 'Afaf menangis sampai tertidur. Seperti malam2 sebelumnya, mereka bermimpi, di dalam mimpi mereka melihat Umi berada di atas puncak sebuah gunung. Khaulah, 'Afaf dan Abi juga berada di puncak yang tinggi. tapi tempat Umi berdiri amat jauh.......jauh sekali, nampak balam2, dia kaku berdiri.......tapi Khaulah pasti itu adalah Umi.......Khaulah menangis dalam tidur hingga terjaga, Abi terpaksa memujuk, adik juga tidak dapat tidur dengan sempurna.....)



Thursday, October 22, 2009

Kepayahan.....

Abi bukan setakat hilang Umi, tapi satu2nya kereta yang kami guna untuk ke sana-ke mari telah tiada...total lost! kereta yang belum habis bayar itu jika dapat klaim insuranpun hanya cukup2 untuk setle bank.....kami?...nothing! tiada apa2 cuma kepayahan, secara logiknya memang boleh klaim dari insuran kereta wira yang melanggar itu, tapi bila? tunggu kputusan kes.....1 bulan? 1 tahun?...sedang esok Abi perlu bekerja, Abi perlu ke mana2 membeli barang keperluan kami, Abi perlu membawa 'Afaf ke klinik sebab dia masih dalam tempoh lawatan.

Agak pelik, hingga ke hari ini tidak nampak kelibat wakil dari keluarga 'pembunuh' tu datang menunjukkan simpati atau meringankan sedikit beban kami, jauh sekali nak mohon maaf walau kemaafan itu sukar diberi di saat ini. Padahal bukan jauh manapun Pasir Pekan dengan Kuntan tu....Ah!....dasar keluarga 'sazali'....mungkin bagi mereka kami ini tidak ada nilai apa2, atau mereka tetap menyebelahi 'Sazali' mereka dan tetap berkata 'anakku Sazali tidak bersalah', segala2nya tak mustahil dalam negara yang banyak kezaliman ini...

Kenapa perlu kereta? sebab tempat Abi kerja jauh, kenapa perlu kereta? sebab sekarang musim hujan sudah bermula, Abi mungkin sanggup meredah hujan berbasah kuyup, tapi Abi sesekali takkan biar kami kehujanan, kami yang masih kecil ini mudah sahaja demam kerana daya tahan kami masih lemah, kesian 'Afaf.....dia baru saja nak kebah dari demam sebab rindukan susu ibunya, Dalam kepayahan, mujurlah ada Mak Nik, dia sanggup pinjamkan keretanya untuk membantu kami meneruskan hidup.......terima kasih Mak Nik dan Pak Nik!

Umiku Belum Mati.......

Biar orang semua cakap Umiku dah tak ada, Umiku dah mati.......tidak....Umiku belum mati, Umiku masih hidup, aku dapat rasakan dia ada dalam diri aku, aku dapat rasakan dia masih ada dalam diri ‘Afaf, aku dapat rasakan dia ada dalam diri Abi, selagi nyawanya tidak dituntut seadil2nya, selagi itu semangat Umi hidup dalam diri kami semua! Dalam diri adik2 Umi (Achik, Ayah Da dan Ayah Su) dalam diri Abang dan Kakak Umi (Mak Nik, Ayah Teh, Mak Ngah dan Ayah Long) dalam diri Ayah Wa dan Mak Wa ......malah dalam diri seluruh sahabat2 Umi, semangat Umi sentiasa hidup bersama mereka, selagi mana mereka bersama untuk mencari kebenaran dan keadilan......Ummiiiiiiii.....kami rindukanmuuuu.......!!!!



Antara Otak Dan Hati Yang Berdarah……



Sumber2 yang boleh dipercayai mengatakan engkau masih berada di dalam keadaan koma, dari Hospital Raja Perempuan Zainab II sekarang telah dipindahkan ke KB Medical Centre……sebuah hospital swasta untuk golongan yang agak elit atau yang dilindungi insuran. Wah seronoknya dapat layanan first class, khabarnya ada sedikit pendarahan dalam otakmu, walaupun diberi sedatif yang kuat tetap meracau2 dan meraung2 hingga doktor terpaksa mengikatmu pada katil.....

Kenapa dik? Adakah kamu sedang diperlihatkan dengan ‘pembunuhan’ yang kamu lakukan? Atau adakah kamu tidak dapat membedung kesedihan lantaran lebih dari satu jiwa yang terkorban gara2 perbuatan ‘bodoh’mu itu? Atau kamu sedang diasak bertubi2 oleh soalan daripada Umiku...............
KENAPA?!!......MENGAPA?!!........KEMBALIKAN NYAWAKUUUU!!!......”AKU NAK JUMPA SUAMI AKU.....AKU NAK JUMPA ANAK2 AKU!!!” KAU PEMBUNUHHH!


Ah.....kau cuma seorang sahaja yang berdarah di otak, sedang kami semua berdarah di hati, deritamu cuma kau seorang sahaja yang rasa, tapi derita kami menjalar keseluruh jiwa sanak saudara serta rakan taulan kami.........tidak!....sesekali tidak mungkin akan sama, hatta rohmu dicabut sekalipun, kau tidak akan terlepas, bapamu juga tidak terlepas, abangmu juga yang memberi kamu pinjam keretanya juga tidak terlepas.....semuanya ada bahagian dalam ‘pembunuhan’ ini........harus kamu semua sedar hakikat itu!

Wednesday, October 21, 2009

Jangan kau lupa pada hari ini....




Jangan kau lupa pada hari ini, hari yang sama, waktu yang sama, minggu lepas.....(14 oktober 2009)

1.50 ptg - Loceng akhir sekolah Umi berbunyi

2.00 ptg - Umi menghidupkan keretanya untuk pulang, dengannya membawa bungkusan laksa untuk Khaulah, dia tahu Khaulah sangat suka memakan laksa

2.05 ptg - memandu keluar dari SMU (A) As-sa'adah tanpa mengetahui bahawa perjalanan itu adalah yang terakhir buatnya di muka bumi ini

2.30 ptg - tiba di tempat kejadian, melihat sebuah kereta wira hitam meluru ke arahnya, cuba mengelak ke tepi, namun kelajuan kereta yang datang tidak sempat dielak!

rempuhan yang kuat secara 'face to sight' itu amat menyakitkan.....kereta Umi melambung 2 meter ke belakang, Umi tersepit, namun umi masih sedar, handphone cuba dicapainya untuk menelefon Abi, tapi kesakitan yang amat sangat menjalar ke seluruh anggota......handphone terlepas, apa yang umi mampu sebut hanyalah..."Allah...'Azim....sakit....Allah...'Azim....sakit....la ila ha'illallahhh"

orang ramai cuba membantu, namun tiada upaya mereka untuk menarik 'bungkusan' besi itu, hanya telefon bersimpang siur memanggil ambulan, polis dan bomba......selang beberapa minit ambulan tiba, namun kelewatan bomba amat dikesali.....polis sudah sedia mengawal lalu lintas

satu jam...ya...satu jam umi tersepit, diseksa oleh bungkusan besi itu

3.30 ptg - Umi dapat dikeluarkan lalu dibawa ke hospital

Umi bertarung untuk hidup! demi Abi...demi 'Afaf yang kepingin menyusu dan demi Khaulah yang meminta hari jadi keduanya di sambut 3 hari lagi, tapi Allah lebih mengetahui segala-galanya.......

4.25 ptg - Umi pergi buat selama-lamanya..........T-T

(Diagnose: patah lengan, tulang rusuk dan paha, pendarahan usus dan paru2....C.O.D: pendarahan pada jantung disebabkan hentakan yang kuat...)
PENAFIAN........

.....AWAS.....
Blog ini mungkin mengandungi entri2 berunsur provokatif, fakta2 sulit dan lain2. Blogmaster bertanggungjawab sepenuhnya ke atas blog ini TETAPI tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan harta dan nyawa atau ancaman undang2 jika entri2nya di'copy paste' oleh orang lain. Anda buat, anda tanggung! Blog ini juga bukan untuk berseronok2, tapi atas kesedaran bahawa kami TIDAK TAKUT kepada sebarang halangan untuk mencari keadilan........