Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, October 30, 2009

Membina bahagia di bawah runtuhan semangat....

Demi Khaulah dan 'Afaf, Abi terpaksa juga tersenyum...terpaksa juga mengagah mengacah....Khaulah rindukan gurau senda sewaktu mereka berkumpul bersama. 'Afaf juga tumpang tersenyum walau tidak mengerti apa2.....sesuatu yang amat sukar untuk Abi lakukan di saat ini, tapi Abi terpaksa juga. Terpaksa membahagiakan anak2 walau hakikat diri sendiri menderita.

Tengah hari semalam adalah merupakan Jumaat yang pertama buat mereka bertiga di rumah itu. kalau minggu lepas, anak2 masih di Pasir Puteh.....Kak Ila, Kak Jah, Adik Za dan Nurul ada bertamu....tapi kali ini hanya mereka bertiga.....kalau sebelum ini, pada hari Jumaat (hari cuti minggu bagi negeri Kelantan) Ummilah yang paling sibuk,.....memasak, membasuh, menggosok baju dan melayan kerenah 'Afaf dan Khaulah. Selepas solat Jumaat mereka berkumpul untuk makan tengah hari bersama. Ummi juga yang mengejar Khaulah ke sana ke mari kerana tidak mahu makan nasi, tapi kini semuanya tinggal kenangan....kenangan yang tidak boleh dirasai oleh sesiapa kecuali Abi.

Semalam Abi cuba untuk menurunkan pakaian Ummi yang tergantung di dalam almari....kerana pada pendapat Abi selagi pakaian itu ada, selagi itu kesedihan mengambil ruang......sesuatu yang tidak elok untuk Khaulah dan 'Afaf...sesuatu yang boleh menyebabkan mereka berdua terabai, mungkin Ummi juga tidak mahu hal itu berterusan......Khaulah lihat Abi hanya menurunkan satu atau dua pakaian sahaja.....selepas itu Abi berhenti, khaulah lihat air mata Abi berlinangan....bagi Abi, Ummi mungkin menganggap Abi dah tak sayangkan Ummi lagi.....semua barang2 Ummi ingin dibungkus kemas.....seperti mana Ummi dibungkus dengan kain kapan dan didakap tanah kuburan.......demi Allah, Abi masih sayangkan Ummi seperti sebelum ini!

p/s....jangankan kata Adik ipar aku, aku sendiripun tak sanggup nak delete nombor telefon arwah.....itu baru nombor telefon! huhuhu....




No comments:

PENAFIAN........

.....AWAS.....
Blog ini mungkin mengandungi entri2 berunsur provokatif, fakta2 sulit dan lain2. Blogmaster bertanggungjawab sepenuhnya ke atas blog ini TETAPI tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan harta dan nyawa atau ancaman undang2 jika entri2nya di'copy paste' oleh orang lain. Anda buat, anda tanggung! Blog ini juga bukan untuk berseronok2, tapi atas kesedaran bahawa kami TIDAK TAKUT kepada sebarang halangan untuk mencari keadilan........