Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, October 22, 2009

Kepayahan.....

Abi bukan setakat hilang Umi, tapi satu2nya kereta yang kami guna untuk ke sana-ke mari telah tiada...total lost! kereta yang belum habis bayar itu jika dapat klaim insuranpun hanya cukup2 untuk setle bank.....kami?...nothing! tiada apa2 cuma kepayahan, secara logiknya memang boleh klaim dari insuran kereta wira yang melanggar itu, tapi bila? tunggu kputusan kes.....1 bulan? 1 tahun?...sedang esok Abi perlu bekerja, Abi perlu ke mana2 membeli barang keperluan kami, Abi perlu membawa 'Afaf ke klinik sebab dia masih dalam tempoh lawatan.

Agak pelik, hingga ke hari ini tidak nampak kelibat wakil dari keluarga 'pembunuh' tu datang menunjukkan simpati atau meringankan sedikit beban kami, jauh sekali nak mohon maaf walau kemaafan itu sukar diberi di saat ini. Padahal bukan jauh manapun Pasir Pekan dengan Kuntan tu....Ah!....dasar keluarga 'sazali'....mungkin bagi mereka kami ini tidak ada nilai apa2, atau mereka tetap menyebelahi 'Sazali' mereka dan tetap berkata 'anakku Sazali tidak bersalah', segala2nya tak mustahil dalam negara yang banyak kezaliman ini...

Kenapa perlu kereta? sebab tempat Abi kerja jauh, kenapa perlu kereta? sebab sekarang musim hujan sudah bermula, Abi mungkin sanggup meredah hujan berbasah kuyup, tapi Abi sesekali takkan biar kami kehujanan, kami yang masih kecil ini mudah sahaja demam kerana daya tahan kami masih lemah, kesian 'Afaf.....dia baru saja nak kebah dari demam sebab rindukan susu ibunya, Dalam kepayahan, mujurlah ada Mak Nik, dia sanggup pinjamkan keretanya untuk membantu kami meneruskan hidup.......terima kasih Mak Nik dan Pak Nik!

5 comments:

fadzilah said...

bersabarlah disebalik dugaan yg melanda..
semuanya datang dari Allah.

Maiyah said...

salam bro mie.. akak baru dpt lawat blog kekawan ni sbb tenet wat hal.. rasa sayu baca n3 nih, hrp byk sabar dan Insyaallah akan ada jalan penyelesaian nya

Ben Sedqi said...

fadzilah: t.kasih.....

kak maiyah: salam, hehe.....x pe line clear boleh lawat bila2 masa....harap2 ada pyelesaian yang membela nasib anak2 itu

hasni said...

xpatut btl mereka xdtg melawat
agaknya mereka bizi mnjaga 'sazali' mereka
apapun
kuatkan smngt ya

Ben Sedqi said...

hasni: itulah, kadang2 yang menyebabkan dunia ini bertambah zalim adalah penghuninya....ada orang yang telah membuat salah, tapi tetap tidak menyedari kesalahannya.....kami bukan ingin mencari2 kesalahan sesiapa, sekadar berkongsi kisah pengajaran yg benar2 terjadi ke atas kami...

PENAFIAN........

.....AWAS.....
Blog ini mungkin mengandungi entri2 berunsur provokatif, fakta2 sulit dan lain2. Blogmaster bertanggungjawab sepenuhnya ke atas blog ini TETAPI tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan harta dan nyawa atau ancaman undang2 jika entri2nya di'copy paste' oleh orang lain. Anda buat, anda tanggung! Blog ini juga bukan untuk berseronok2, tapi atas kesedaran bahawa kami TIDAK TAKUT kepada sebarang halangan untuk mencari keadilan........