Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, October 27, 2009

Redhakah dengan kematian Nazirah?

Kenapa dipersoal?.......siapa kami untuk tidak meredhakan pemergiannya! kematian itu pasti, tiada siapa dapat menghalang! apabila sampai masa, tidak akan dipercepat atau dilewatkan walau sesaat. tidak ada sesiapa boleh menyangkal dan menghalang........kami redha! Namun yang dipersoalkan ialah......asbab kematiannya adalah bersangkutan dengan orang lain, anak remaja yang berdarah muda, yang gagal mengawal perangainya, yang melakukan sesuatu bukan dalam kawalannya! kami tidak kisah kalau 'budak pelesit' itu menjadikan pokok, tebing, tiang, longkang atau gaung sebagai lempias jiwa rempitnya.......dia sorang, biarlah! tapi masalahnya dia melibatkan orang lain........tanyalah siapa2 sahaja....adakah mereka sanggup anak kecil mereka, ibu mereka, bapa mereka, suami atau isteri mereka, adik-beradik mereka atau orang yang mereka sayang dilanggar oleh budak hingusan yang suka memandu laju?

Jangan kata langgar orang........langgar anak kucing atau anak kerapun kita akan jatuh kasihan kepada haiwan itu.......seiring dengan rasa geram kepada mat pelesit tadi........bayangkan anda berdiri di tepi jalan, tiba2 anda nampak kereta yang dipandu selaju 100-130km/j di kawasan yang sibuk, kereta dan motorsikal bersimpang-siur, memandu secara zig-zag, memotong dekat sesuka hati........dan apa yang anda takut rupanya terjadi......kereta tu telah melanggar sebuah daripada motor yang banyak itu tanpa belas kasihan, terus memecut lagi.....dan di hadapan dia melanggar pula orang lain!.......apakah penilaian anda terhadap pemandu itu?

Harus diingat....ini bukan PS games.....bukan PC games......bukan juga dalam filem, dalam games kita boleh undo, kita boleh reset, kita boleh pause dan rewind atau foward sesuka hati.......dalam games kita tidak akan hilang nyawa yang sebenar.......dalam filem kita ditipu dengan kamera trip.......paling tidak sukapun kita boleh tutup tv dan pergi bancuh milo, sebab hakikatnya kita tidak mati! tapi dalam dunia sebenar lain.......orang melintas di tepi jalan adalah benar......kanak2 yang bawa basikal di tepi jalan adalah benar.......kereta2 dan motor yang bergerak berselisih itu dipandu oleh orang hidup yang benar.......satu kesilapan yang maha besar jika tidak boleh beza antara realiti dan fantasi! itulah yang terjadi di sini.........bila yang bodoh diberi stereng. dan kotak besi....dia akan jadi sombong, angkuh dan 'gila'..........'gila' untuk memandu pada kelajuan membunuh! ye la....isteri belum ada, rumahtangga belum ada, anak kecil belum ada, kerjaya belum ada.......nak fikir panjang buat apa.......yang penting bagi dia......."rasa teruja".......rasa happy go lucky yang ntah hape kejadah! kita tengoklah pula siapa yang jadi mangsa selepas ini....




4 comments:

Maiyah said...

sbrlah dik, Allah maha ketahui dan yg bersalah akan menerima hukuman.. akak pun prnah laluinya dan akak paham kedukaan tu

Ben Sedqi said...

T-T

hasni said...

selalu terfiki
kekdang kita da cukup berhemat di jalan raya
tp org lain pulak y mebuat onar
Allah itu maha adil kan
doa org y teraniaya pasti termakbul
bersabarla dengan ujian ini ya
sy setuju y bersalah pasti akan menerima hukuman y setimpal
insyaALLAH

Ben Sedqi said...

hasni: itulah matlamat blog ni dicipta, harap2 sedikit sebanyak boleh menggoyahkan ego mereka yg suka menjadikan jalan raya sebagai hak milik mereka, tanpa memikirkan orang lain dan keluarga orang lain....

PENAFIAN........

.....AWAS.....
Blog ini mungkin mengandungi entri2 berunsur provokatif, fakta2 sulit dan lain2. Blogmaster bertanggungjawab sepenuhnya ke atas blog ini TETAPI tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan harta dan nyawa atau ancaman undang2 jika entri2nya di'copy paste' oleh orang lain. Anda buat, anda tanggung! Blog ini juga bukan untuk berseronok2, tapi atas kesedaran bahawa kami TIDAK TAKUT kepada sebarang halangan untuk mencari keadilan........