Sumber2 yang boleh dipercayai mengatakan engkau masih berada di dalam keadaan koma, dari Hospital Raja Perempuan Zainab II sekarang telah dipindahkan ke KB Medical Centre……sebuah hospital swasta untuk golongan yang agak elit atau yang dilindungi insuran. Wah seronoknya dapat layanan first class, khabarnya ada sedikit pendarahan dalam otakmu, walaupun diberi sedatif yang kuat tetap meracau2 dan meraung2 hingga doktor terpaksa mengikatmu pada katil.....
Kenapa dik? Adakah kamu sedang diperlihatkan dengan ‘pembunuhan’ yang kamu lakukan? Atau adakah kamu tidak dapat membedung kesedihan lantaran lebih dari satu jiwa yang terkorban gara2 perbuatan ‘bodoh’mu itu? Atau kamu sedang diasak bertubi2 oleh soalan daripada Umiku...............
KENAPA?!!......MENGAPA?!!........KEMBALIKAN NYAWAKUUUU!!!......”AKU NAK JUMPA SUAMI AKU.....AKU NAK JUMPA ANAK2 AKU!!!” KAU PEMBUNUHHH!
Ah.....kau cuma seorang sahaja yang berdarah di otak, sedang kami semua berdarah di hati, deritamu cuma kau seorang sahaja yang rasa, tapi derita kami menjalar keseluruh jiwa sanak saudara serta rakan taulan kami.........tidak!....sesekali tidak mungkin akan sama, hatta rohmu dicabut sekalipun, kau tidak akan terlepas, bapamu juga tidak terlepas, abangmu juga yang memberi kamu pinjam keretanya juga tidak terlepas.....semuanya ada bahagian dalam ‘pembunuhan’ ini........harus kamu semua sedar hakikat itu!
3 comments:
maf ya
sy tumpang simpati dengan musibah ini
tp
sy sedikit terfiki
kamu terlalu menangisi musibah ini
seolah2 tidak merelakan pemergiannya
seolah2 tidak redha dengan ketentuan ilahi
mafkan sy
mgkn saya tidak layak untuk berkata mcm ni
kesedihan kehilangan orang y tersayang memg sngt menyakitkan
saya harap
kamu n keluarga tabah
n kuat dengan ujian ini
sm2 kita doakan rohnya ditmptkan dikalangan org y beriman
n doakan juga untuk lelaki y bertnggungjwb dlm insiden ini
mudah2an
dia insaf
n bertaubat
hasni: terima kasih atas komen tu, anda memang berani.....yup, memang diakui kami agak emo....tapi kami tanak hipokrit, kesedihan itu benar2 memenuhi diri, tambah2 bila melihat 2 orang anak arwah yg masih kecil, tapi kami cuba memisahkan antara meratapi pemergian dan pembelaan atas asbab yg mencetuskan musibah ini...insya-Allah
terima kasih juga atas doa itu....
insyaAllah
mafkan kelancangan saya
mgkin sy xdpt membezakan
lantaran membaca entry y terlalu beremosi n mnyayat hati
sy tahu kamu sekeluarga lebih memahami apa y berlaku
apa pon
sy doakan semuanya berjalan lancar:-)
amin
Post a Comment