Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, November 17, 2009

Bukan meratapi, sekadar memperingati.....

Semalam, pengumuman aidiladha.....kebiasaannya waktu2 beginilah Khaulah melihat Ummi sibuk menyiapkan persediaan raya. Raya Haji di Kelantan selalunya lebih hebat berbanding raya puasa, tak tahulah mengapa...mungkin tempoh takbir yang agak lama menghidupkan suasana raya, atau lambang hebatnya lambaian Ka'bah sebagai simbol kejayaan yang sebenar. Khaulah dan 'Afaf mesti dipastikan pakaian apa yang perlu dipakai untuk balik beraya ke kampung nanti. kadang2 akan mengajak Abi ke kedai berhampiran untuk membeli barang2 keperluan yang belum ada. Pilunya hati bila memikirkan Abi terpaksa urus seorang diri persiapan anak2nya. Namun apa yang pasti, Aidiladha pertama ini akan disambut ala kadar sahaja, atau mungkin tidak disambut langsung.....sekadar pergi solat sunat berjemaah dan ziarah kubur arwah sahaja.

Ayah Teh, Mak Nik dan Achikpun dah ambik keputusan tidak akan beraya ke mana2, sekadar ambil yang sunat sahaja dan berkumpul bersama ahli keluarga. Walimatul urus 24 hb ni pun rasanya tidak semeriah mana, hari itu tepat pada hari yang ke-40 pemergian. Malamnya akan dibuat majlis tahlil. Dari awal lagi kami sudah merancang berkumpul semua adik-beradik, tapi sekarang satu ruang sudah tidak terisi, dia hanya wujud dalam minda kami sahaja. Raya kami hanya akan bermakna jika dapat mengembirakan anak2 arwah, atau sekadar menceriakan sedikit kesepian Abi Khaulah dan 'Afaf.

Balik dari KL, aku lihat gambar arwah dalam pakaian konvonya masih tergantung di dinding, bila aku minta diturunkan, takut akan menambah kesedihan si Abi bila balik beraya nanti, ayah tidak izinkan, nampak sangat ayah belum menerima hakikat anaknya sudah tiada, malah dua tiga hari selepas pemergian, dia pernah menengking 'mat rempit' di pasar kerana menganggap perangai jenis merekalah yang telah membunuh anaknya.....sayu pula hati aku bila melihat ayah berkeadaan begitu, walhal dialah orang yang paling tabah aku tengok, setitikpun air matanya tidak jatuh semasa jenazah tiba ke rumah.......tapi sekarang baru kami tahu hakikatnya.


YA ALLAH, DARIMU KAMI DATANG DAN KEPADAMU JUALAH KAMI KEMBALI...YA ALLAH, TETAPKANLAH HATI2 KAMI DALAM MENGHADAPI SEGALA UJIAN DAN DUGAANMU YA ALLAH...PERMUDAHKAN DAN BANTULAH DIRI KAMI DALAM SEGALA URUSAN DAN PERJALAN HIDUP KAMI...ENGKAULAH SAHAJA YANG TAHU KEMAMPUAN KAMI SEMUA...

YA ALLAH...AMPUNKAN DAN LIMPAHKANLAH MAGHFIRAHMU KEPADA ALLAHYARHAMAH NAZIRAH...TEMPATKANNYA BERSAMA GOLONGAN SOLEHAH...YA ALLAH..JADIKANLAH KAMI SEMUA UMMATMU YANG REDHA DAN BERSYUKUR DENGAN NIKMAT DAN CUBAAN YANG ENGKAU BERIKAN...JADIKANLAH KAMI SEMUA INSAN YANG BERTAQWA DAN MEMBUAT SESUATU PERKARA DENGAN LANDASAN IMAN DAN BUKANNYA EMOSI MENJADI KEPALA SEGALA PERBUATAN DAN LIMPAHKANLAH RAHMAT DAN KURNIA BUAT KAMI SEMUA YANG HINA LAGI DHAIF INI...YA ALLAH..HANYALAH DIKAU TEMPAT KAMI SEMUA MEMINTA PERTOLONGAN DAN MEMOHON PETUNJUK..PERKENANKANLAH DOA KAMI INI YA ALLAH...YA ALLAH..YA ALLAH..YA ARHAMARRAHIMIN...AMIN YA ROBBAL A'LAMIN....




4 comments:

maiyah said...

mmg sukar bila kehilangan, pernah rasa sbb tu fhm.. lama2 dah kurang kit rasa sedih cuma rndu ttp ada dan krn itulah slalu baca yaasin

Ben Sedqi said...

Hmm...btul tu, hanya yaasin dan ayat2 quran jadi penawar di saat ini, rasa tenang je

Nik Tasnim said...

sy juga pernah khilangan nenek yg dikasihi..cukup terasa sampai skrg.. walaupun km tahu dia sakit tp km masih terkejut dgn pemergian dia.. yg plg sy tak lupa sy dengan spupu je ada masa nenek nk pergi..ajar mengucap sambil air mata x berhenti2 mngalir..
*rupanya mlm itu adlh mlm terakhir km menemaninya*
Masyallah terasa dekat malaikat dgn kita..tp itu sja masa dia bsama kita..mereka mneruskan perjalanan utk bertemu pencipta..
hanya doa yg mampu km hantar stiap masa.mg pnerus generasi inilah yg mnolong mereka d barzakh.

kembara™ said...

Allahu Musta'aan....amin ya robbal a'lamin...

PENAFIAN........

.....AWAS.....
Blog ini mungkin mengandungi entri2 berunsur provokatif, fakta2 sulit dan lain2. Blogmaster bertanggungjawab sepenuhnya ke atas blog ini TETAPI tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan harta dan nyawa atau ancaman undang2 jika entri2nya di'copy paste' oleh orang lain. Anda buat, anda tanggung! Blog ini juga bukan untuk berseronok2, tapi atas kesedaran bahawa kami TIDAK TAKUT kepada sebarang halangan untuk mencari keadilan........