Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, November 20, 2009

Kehilangan yang tak hilang

Bagai ombak yang membadai pantai di musim tengkujuh
datang dan datang lagi, tenangnya cuma seketika
situbuh berdiam namun minda bercerita
pendengarnya hati yang setia, sekali-sekala dikongsi dengan anak yang belum
mengerti tutur bicara, yang saban masa bertanya soalan yang sama,
Abi......di mana Ummi?

Yang hilang hanya jasad, yang hilang hanya bayang,
yang hilang hanya kelibat, yang hilang hanya firasat.
namun nama tetap terpahat, semangat tetap mengetap,
jasa tetap meresap, keringat tetap dilihat,
itulah kehilangan yang tak hilang.



3 comments:

Maiyah said...

Ya Allah adik, bagi kita yg besar ni mngkin bleh terima dan kawal perasaan tapi camnalah bebudak tu yg dah kehilangan yg masih tertanya2 ttg uminya

tapi pahala yg besar buat adik krn mnghulurkan tgn pd mrk

Ben Sedqi said...

Macam mana lah yg kena bom kat palestin tu ek? mak ayah mati, tinggal anak kecil.....hish sedih nak fikir

ZOOL@TOD said...

Bro Mie, saya ketinggalan mengikuti blog-blog rakan maya hampir 1 bulan (saya masuk IJN).

Saya membaca dari pula kisah pemergian Allahyarmah Nazirah dan saya merasa sebak. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana anak2 dan suaminya menghadapi situasi ini.

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan hamba-hamba Allah yang solehah. Al-Fatihah.

PENAFIAN........

.....AWAS.....
Blog ini mungkin mengandungi entri2 berunsur provokatif, fakta2 sulit dan lain2. Blogmaster bertanggungjawab sepenuhnya ke atas blog ini TETAPI tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan harta dan nyawa atau ancaman undang2 jika entri2nya di'copy paste' oleh orang lain. Anda buat, anda tanggung! Blog ini juga bukan untuk berseronok2, tapi atas kesedaran bahawa kami TIDAK TAKUT kepada sebarang halangan untuk mencari keadilan........