Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, November 8, 2009

Aku yang berempati

Jarak yang jauh menyukarkan aku menziarahi anak2 sedara aku dan Abinya. Telefon dan mesejpun jarang2 diutus. bukan apa, aku tidak mahu menambahkan beban menjawab telefon dan membalas mesej sedang dia perlu tumpuan untuk mengurus anak2 kecil, rumah, dan kerja-kerjanya. tambahan pula kawasannya dilanda banjir sekarang, mesti lagi sukar pergerakan mereka. Tahun lepas, walaupun tidak sampai masuk ke dalam, tapi air mencecah anak tangga, rumah2 dan kedai di sekitar ada yang tenggelam. sukarnya bila nak bayangkan keluar rumah membawa dua anak kecil, bila dua2 meragam, nak memandupun tak dapat. Khaulah baru 2 tahun, apa sangatlah yang boleh diharap dengan budak 2 tahun? nak suruh jaga adik? nak suruh itu ini? dia sendiripun nak kena jaga......

Aku pula menghampiri
final exam pjj, baru semalam habis presentation subjek gerko utk sem ni, tajuk pertolongan cemas......presentation yang penuh emosi......aku bayangkan sedang berada di tempat kejadian, tunjuk demo dengan sepenuh hati, aku kongsi cerita kes adik aku dengan audien hingga ada yang menitiskan air mata, tepukan yang hebat.....aku bukan minta simpati, tapi berharap agar kami semua boleh menghulurkan bantuan jika berlaku kes-kes cemas seperti itu. apa yang aku pesan kat diorang....."ingat, hari ini kita selamatkan orang....esok orang mungkin akan selamatkan kita pula, tuhan tu maha adil"........"tapi kalau kita cuma perhatikan sahaja dan sibuk merakam gambar dengan hp.....tunggulah disaat kita bertukar tempat dengan mangsa, dan kita akan merasa betapa pahitnya orang buat begitu dekat kita"....

4 comments:

Maiyah said...

betul tu, hari ni hari mrk ntah esk hari siapa

Ben Sedqi said...

orang kita sangat kurang mahir dalam bantuan kcemasan....hingga dalam 100 kes kematian, 35 kes adalah disebabkan org first sampai di situ tidak tahu nak buat apa, malangnya nasib......

fadzilah said...

good luck utk final exam!
biasa la tu...kalau ader eksiden org mmg ramai...tapi ramai yg tengok je.

Ben Sedqi said...

fadzilah....t.kasih! dah jd mcm trend, nafsi2 tu sangat kuat masa ni, org nazakpun jadi bahan tontonan....ish2

PENAFIAN........

.....AWAS.....
Blog ini mungkin mengandungi entri2 berunsur provokatif, fakta2 sulit dan lain2. Blogmaster bertanggungjawab sepenuhnya ke atas blog ini TETAPI tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan harta dan nyawa atau ancaman undang2 jika entri2nya di'copy paste' oleh orang lain. Anda buat, anda tanggung! Blog ini juga bukan untuk berseronok2, tapi atas kesedaran bahawa kami TIDAK TAKUT kepada sebarang halangan untuk mencari keadilan........