Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, November 20, 2009

YA ALLAH, TENANGKANLAH JIWA INI....

Aku suka pinjam kata-kata dari blog cikgu Adham :

"Jika kejahatan dibalas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji".....

Marah aku diharuskan syarak, membalaspun kukira diharuskan syarak, dan aku rasa cukup mampu untuk itu.......tapi aku takut jadi toghut! kerana toghut itu zalim dan zalim itu di dasar neraka!!!

BERSABARLAH WAHAI DIRI YANG TERPUJI...!!!! kerana musuh itu bukan sebenarnya musuh, nafsu amarah dan syaitan yang sebenar2 musuh! Dendam ini dibaja disimbahi minyak oleh syaitan iblis laknatullah......

Mengapa aku tidak setabah Muhammad? diancam disakiti dihina oleh Thooifiin....jibril yang sudah sedia untuk menghempaskan gunung jika Muhammad kata jadi? Tapi kalimat mulia juga yang keluar dari bibir........"maafkanlah mereka, mereka masih jahil....."Ya Allah, engkau berilah hidayah dan petunjukMu kepada mereka Ya Allah", seru Muhammad tanpa sekelumit dendam, kenapa aku tidak sehebat itu?

4 comments:

Maiyah said...

kita manusia biasa dan nabi Allah tu pun manusia biasa tapi telah diberi keistimewaan.. kita tak lari dari pelbagai situasi juga cara utk membendung perasaan

yang pasti kita ada iman yg akan menjadi benteng agar situasi itu berada pada tahap yg dpt diatasi :)

kembara™ said...

cukuplah dengan ayat ini.."ittaQullah dan Yakin serta husnu zonlah dengan Allah"..insyaAllah kesedaran dan kesabaran akan menyusul dalam diri kita...

Muallim Adham said...

salam ziarah..
sebaik-baik kita merancang, Allah SWT yg tentukan segala2nya...

Ben Sedqi said...

yup, semua di atas betul....nilaian org yang kuat itu bukanlah banyak mana dia membunuh musuh di medan perang, tapi orang yang paling kuat itu ialah yg dapat mengawal nafsu amarahnya.....al-hadis

PENAFIAN........

.....AWAS.....
Blog ini mungkin mengandungi entri2 berunsur provokatif, fakta2 sulit dan lain2. Blogmaster bertanggungjawab sepenuhnya ke atas blog ini TETAPI tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan harta dan nyawa atau ancaman undang2 jika entri2nya di'copy paste' oleh orang lain. Anda buat, anda tanggung! Blog ini juga bukan untuk berseronok2, tapi atas kesedaran bahawa kami TIDAK TAKUT kepada sebarang halangan untuk mencari keadilan........