Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, October 24, 2009

Bukan Satu....tapi dua....

Bukan satu, tapi dua. Bukan seorang, tapi dua orang......dua orang Abi kena urus, dua orang Abi kena suap, dua orang Abi kena dodoi, dua orang Abi kena basuh jika berak atau kencing......kadang2 Abi tidak sempat nak mengurus diri sendiri. Khaulah tidak perasan, kadang2 baju Abi yang dipakai sebelah pagi, itu jugalah yang dipakai sehingga petang. Sebelum ini Ummi buat separuh, Abi buat separuh......sekarang segala2nya Abi yang kena buat. Kadang2 Abi tidak sempat makan, Abi mandipun tidak sempurna. 'budak pelesit' tu bukan saja mengambil Ummi dari kami, tapi menyentapnya sekali dengan kesempurnaan dalam rumah kami.......kebahagiaan dalam hidup kami. Segala2nya begitu sukar setelah ketiadaan Ummi. Abi seperti hilang sebelah tangan dan kaki.....tiada lagi insan yang boleh digantung harap.


'Afaf nak tidur berbuai, mungkin baginya terasa seperti didakap Ummi. Sehelai kain yang selalu Ummi guna untuk dipeluk, menghisap ibu jari seolah2 Ummi sedang memberinya susu. begitulah keinginannya setiap kali tidur, setiap hari....keinginan yang pastinya sama sekali tidak akan menjadi kenyataan. Buaiannya sentiasa perlu diayun, suara Abi berzikir wajib ada sebelum terlena, malah jika terbangun suara itu perlu didengarnya, seolah2 tidak mahu kehilangan Abi pula. Abi menangis, tapi bukan di mata.....air matanya sudah kering. Kering seperti pokok bunga cempaka di atas pusara Ummi pada hari yang ke-12.


6 comments:

kembara™ said...

makin sedihla pulak bace entri2 kat blog ni..tapi itulah ujian yang Allah berikan dan tarbiyah daripada Allah untuk anak sedara kita yang besarnya kemungkinan mereka inilah yang akan menjadi generasi pelapis yang akan menjulang ISLAM dimata dunia...

kita singkap sejarah kehidupan Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam ketika kecil...baginda diuji dengan tidak sempat untuk menemui ayahanda baginda yang dikasihi...dan seterusnya ketika masih kecil baginda turut kehilangan ibundanya yang disayangi..

sememangnya ujian2 ini akan lebih mematangkan dan mentarbiyah anak2 kecil ini untuk menjadi lebih berani dalam mendepani segala macam tribulasi dan mehnah di dunia yang penuh pancaroba kini...

kita selaku bapa saudara mereka perlu memberikan mereka semangat untuk mereka teruskan hidup demi ISLAM tercinta dan agar mereka tabah dan sabar dalam menerima ujian dan tarbiyah Allah ini...

[sekadar memujuk hati yang bersedih]
-moga arwah kak zie tenang dan dilimpahi rahmat di'sana'...amin

Ben Sedqi said...

Ini kisah hidup kami(Khaulah, 'Afaf dan Abi).....hanya secebis kisah yang diambil untuk dikongsi bersama.....moga anak2 ini membesar menjadi penegak keadilan, bukan pasti....tapi tidak mustahil! Allah 'Aziim....

fadzilah said...

kasihan lihat baby tu...masih kecil lagi sudah kehilangan ibunya...moga anda sekeluarga dapat memberi kasih sayang kepadanya.

Ben Sedqi said...

fadzilah: mungkin payah, tapi kami akan cuba.....sebab masing2 tinggal berjauhan dan komitmen keluarga sendiri, tapi takkan sama dengan kasih sayang Ummi sejati....huhu

Maiyah said...

Inilah ujian Allah pd org2 yg trdekat, ada pahala yg menunggu

Ben Sedqi said...

kak maiyah: tidak suka meminta2....tapi penuh mengharap, pada yang menolong....jazakallahukhairan kathiira....

PENAFIAN........

.....AWAS.....
Blog ini mungkin mengandungi entri2 berunsur provokatif, fakta2 sulit dan lain2. Blogmaster bertanggungjawab sepenuhnya ke atas blog ini TETAPI tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan harta dan nyawa atau ancaman undang2 jika entri2nya di'copy paste' oleh orang lain. Anda buat, anda tanggung! Blog ini juga bukan untuk berseronok2, tapi atas kesedaran bahawa kami TIDAK TAKUT kepada sebarang halangan untuk mencari keadilan........