Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, October 29, 2009

Ben Sedqi mendapat alamat geruh

Pukul 2.00 ptg, 14 Oktober itu.....seperti biasa berada di dalam kelas tahun 3Bestari, sedang mengajar, 5 minit terakhir duduk di meja untuk menyemak lembaran kerja murid. 2.35 ptg masa tamat.....kelas 3 Arif pula menanti. Di saat utk bangun dari meja itu, lutut terlanggar tiang .....serentak lembaran kerja murid terhambur ke atas lantai. Kebas rasanya lutut, hampir 30 saat duduk membongkok. Lembaran kerja cepat2 dikutip murid. Terdetik jauh di dalam hati, sesuatu yang kurang enak.......btul2 tak sedap hati. tapi sepantas mana ia datang, sepantas itu juga ia dibuang......mungkin sekadar perasaan, sebab sehari dua ni hati sentiasa berdebar2....mungkin badan yang penat atau otak yang letih.

3.35 ptg, rehat. Tapi tidak berselera untuk ke kantin, ntah kenapa rasa tidak sedap hati menjadi2.....cuba capai hp, nak tanya apa yg berlaku di kampung, tapi tak tahu macam mana nak mula, takut keluarga di kampung syak yang bukan2 pula. akhirnya aku cuba sms adik Ila, suruh dia ke pajabat daerah untuk ambil dokumen urusan yang baru selesai....sbenarnya bukan itu tujuan aku, sekadar nak tahu jawapan yang macam mana aku akan terima.

(tiiitt....tiiiiittt.....: mesej sampai) " takdan lagi nak g pejabat, nak g tgk zie eksiden"
itulah mesej balas yg aku terima. ooo.....aku teringat member aku...Zie Che' Leh....Ah....aku x syak apa2 sebab kalau Zie adikku, kenapa x telefon saja.......untuk lebih kepastian, aku mesej lagi...
"Zie Che' Leh ke?"
"Zie Che' Leh mendanya.....Zie kita ar"

Zaaaaaappppp.......bagai nak runtuh dada aku, terus aku tel adik aku tu, soalan diasak bertubi2: "bila? kat mana? teruk ke? eksiden dengan apa? naik kete dengan sapa? anak2 anak kat mana?"
"ntah x tau lagi.....baru dapat call dari abang long, dia suh siap cepat, nak ke Kota Bharu", jawapan yg sikitpun tidak memuaskan hati aku......terus aku skroll nama Zie dan dail.....
"nombor yg anda dail tidak dapat di......" tiiittt....aku cut off, cari lagi nama...Man.....
"Hello.....Man! Man.....Zie eksiden ker?"
"Ya abg Mie!" suara sebak
"teruk ker?"
"teruk abang mie....teruk!.....doktor masuk...doktor masuk.......tuuuuuutttt......." talian diputuskan"

baru naik rehat.......jam 3.55 ptg, hajat nak menukar baju mengajar ke baju PJ terpaksa ditangguh, aku panjat tangga ke pejabat, jumpa Guru Besar, kepadanya aku khabarkan berita tu serentak dengan hasrat nak minta cuti kecemasan......kemudian aku tel isteri kat rumah, suh dia packing apa2 yang patut....dalam hati dah serba tak kena......aku tahu di sana keadaan amat kritikal. Turun ke kantin tanpa menukar baju......budak2 masih di situ, kemas barang2......tapi hati masih tak puas sebab tak dapat dengar berita dari Zie, aku keluarkan lagi hp.......

"hello Man......."
"Hello abg Mie.....(suara adik ipar aku lain macam benar)"
"Zie macam mana?"
"Zie dah tak de abg Mie!........"

tak pasti bila aku matikan hp, yang aku tau aku masuk ke kereta dan menangis sepuas-puasnya. Orang lelaki memang jarang menangis, kalau dia menangis.....memang dia sedih yang amat sangat....dan pada hari itu aku memang sedih yang teramat sangat! kehilangan seorang adik yang aku sayang!

Petang itu aku drive kereta pulang ke kampung dengan perasaan yang terawang2.....terasa kehilangan, isteri setia menenagkan perasaan....Alhamdulillah, sampai juga ke kampung untuk menatap wajah terakhir adikku....

4 comments:

kembara™ said...

bergenang air mata disaat membaca artikel ini...T_T

Adreena Garden said...

klu kiter di keadaan tu pun... xtaula.. mayb pensan trus..

Allah menguji hamba-Nya mengikut keupayaan yang dapat ditanggung.. tak pernah lebih n tak pernah kurang..

bro mmg kuat n tabah..

fadzilah said...

org laki mmg susah nak nangis..tapi abg saya menangis juga masa arwah mak meninggal dunia..merah mukanya nak thn tangis..tapi akhirnya tak boleh jgk nak tahan. So saya faham nape bro menagis.

Ben Sedqi said...

Bujang susah: syukran atas pengiktirafan tu....yup kita akan sama2 menyampaikan....tapi dengan cara masing2...hehe

kembara: sesuatu yang perlu dikongsi!

Nurul: okep....tq!

fadzilah: tu la pasal! mahal tau!

PENAFIAN........

.....AWAS.....
Blog ini mungkin mengandungi entri2 berunsur provokatif, fakta2 sulit dan lain2. Blogmaster bertanggungjawab sepenuhnya ke atas blog ini TETAPI tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan harta dan nyawa atau ancaman undang2 jika entri2nya di'copy paste' oleh orang lain. Anda buat, anda tanggung! Blog ini juga bukan untuk berseronok2, tapi atas kesedaran bahawa kami TIDAK TAKUT kepada sebarang halangan untuk mencari keadilan........