Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, October 31, 2009

LAPAN BULAN!!!???

L.A.P.A.N B.U.L.A.N........yup 8 bulan masa yang diberi oleh pendakwaraya untuk membawa kes ini ke mahkamah! 8 bulan.....kalau perempuan yang lekat perut, dah hampir nak bersalin! dalam masa 8 bulan, macam2 penderitaan anak2 saudara aku tanggung.....perlu dijelaskan, Abinya hanya guru kontrak, tinggal menyewa.....'Afaf dan Khaulah perlu susu, perlu nestum dan pempers! memang bapa2 dan ibu2 saudara serta kawan2 Abi x kan biarkan Abi merempat.....tapi mana tanggungjawab keluarga 'pembunuh jalanan itu'? jangan kerana dia, orang lain kene tanggung!

Aku hairan, macam mana masa selama itu yang diperlukan.......sedang bukti dah jelas, saksi dah cukup! nak tunggu apa lagi? nak tunggu bukti2 dah tercemar? nak tunggu saksi2 dah jadi 'blur' nak ingat peristiwa tu? sudahnya yang salah akan terlepas gitu ajer.....

Mat Sudan yang bunuh anak kekasih dia dah jatuh hukum.......majikan yang bunuh indon tu pun dah putus kes.......tak sampai 2 minggu! Apa? nyawa rakyat Malaysia kita ni low standard ke? ada double standard ke dalam mahkamah kita? kes yang masuk tv didahulukan......kes yang melibatkan negara luar kena ambil serius!

Wahai sang pendakwaraya....please! give me some explaination!

Hanya Sekelumit Rasa....

Sesiapa jua berhak bercakap, pendapat orang masing2.....ada yang setuju, ada yang tidak, ada yang menyokong, ada yang tidak.......Ini Hidup Kami.....blog ini adalah luahan hati keluarga kami......keluarga yang belum bersedia dengan kehilangan.....ditambah pula dia menjadi mangsa kepada manusia yang gagal dididik...... seperti yg diberitahu, kami bukan mencari2 kesalahan orang, ibarat kawan jangan ditolak, musuh jangan dicari.....tapi musuh datang tanpa ada tempat untuk kami melarikan diri......DAN INILAH TINDAK BALAS KAMI!

Apa yang dipaparkan cuma sekelumit sahaja.....penderitaan mangsa didunia offline lebih dahsyat daripada ini, anda yang menyokong....teruskan bersama kami, anda yang tidak.....silakan ke blog2 lain yang lebih menarik, kami juga ada alasan untuk berkongsi cerita di sini....motif kami ialah supaya anda dapat mengukur sejauh mana penderitaan keluarga mangsa 'pembunuh di jalanan' ini......kalau ada kekuatan dan peluang, kita sama2 berjuang untuk menghapuskan keadaan ini.......TAKBIIIRRR...!!!!

Friday, October 30, 2009

Membina bahagia di bawah runtuhan semangat....

Demi Khaulah dan 'Afaf, Abi terpaksa juga tersenyum...terpaksa juga mengagah mengacah....Khaulah rindukan gurau senda sewaktu mereka berkumpul bersama. 'Afaf juga tumpang tersenyum walau tidak mengerti apa2.....sesuatu yang amat sukar untuk Abi lakukan di saat ini, tapi Abi terpaksa juga. Terpaksa membahagiakan anak2 walau hakikat diri sendiri menderita.

Tengah hari semalam adalah merupakan Jumaat yang pertama buat mereka bertiga di rumah itu. kalau minggu lepas, anak2 masih di Pasir Puteh.....Kak Ila, Kak Jah, Adik Za dan Nurul ada bertamu....tapi kali ini hanya mereka bertiga.....kalau sebelum ini, pada hari Jumaat (hari cuti minggu bagi negeri Kelantan) Ummilah yang paling sibuk,.....memasak, membasuh, menggosok baju dan melayan kerenah 'Afaf dan Khaulah. Selepas solat Jumaat mereka berkumpul untuk makan tengah hari bersama. Ummi juga yang mengejar Khaulah ke sana ke mari kerana tidak mahu makan nasi, tapi kini semuanya tinggal kenangan....kenangan yang tidak boleh dirasai oleh sesiapa kecuali Abi.

Semalam Abi cuba untuk menurunkan pakaian Ummi yang tergantung di dalam almari....kerana pada pendapat Abi selagi pakaian itu ada, selagi itu kesedihan mengambil ruang......sesuatu yang tidak elok untuk Khaulah dan 'Afaf...sesuatu yang boleh menyebabkan mereka berdua terabai, mungkin Ummi juga tidak mahu hal itu berterusan......Khaulah lihat Abi hanya menurunkan satu atau dua pakaian sahaja.....selepas itu Abi berhenti, khaulah lihat air mata Abi berlinangan....bagi Abi, Ummi mungkin menganggap Abi dah tak sayangkan Ummi lagi.....semua barang2 Ummi ingin dibungkus kemas.....seperti mana Ummi dibungkus dengan kain kapan dan didakap tanah kuburan.......demi Allah, Abi masih sayangkan Ummi seperti sebelum ini!

p/s....jangankan kata Adik ipar aku, aku sendiripun tak sanggup nak delete nombor telefon arwah.....itu baru nombor telefon! huhuhu....




Thursday, October 29, 2009

Ben Sedqi mendapat alamat geruh

Pukul 2.00 ptg, 14 Oktober itu.....seperti biasa berada di dalam kelas tahun 3Bestari, sedang mengajar, 5 minit terakhir duduk di meja untuk menyemak lembaran kerja murid. 2.35 ptg masa tamat.....kelas 3 Arif pula menanti. Di saat utk bangun dari meja itu, lutut terlanggar tiang .....serentak lembaran kerja murid terhambur ke atas lantai. Kebas rasanya lutut, hampir 30 saat duduk membongkok. Lembaran kerja cepat2 dikutip murid. Terdetik jauh di dalam hati, sesuatu yang kurang enak.......btul2 tak sedap hati. tapi sepantas mana ia datang, sepantas itu juga ia dibuang......mungkin sekadar perasaan, sebab sehari dua ni hati sentiasa berdebar2....mungkin badan yang penat atau otak yang letih.

3.35 ptg, rehat. Tapi tidak berselera untuk ke kantin, ntah kenapa rasa tidak sedap hati menjadi2.....cuba capai hp, nak tanya apa yg berlaku di kampung, tapi tak tahu macam mana nak mula, takut keluarga di kampung syak yang bukan2 pula. akhirnya aku cuba sms adik Ila, suruh dia ke pajabat daerah untuk ambil dokumen urusan yang baru selesai....sbenarnya bukan itu tujuan aku, sekadar nak tahu jawapan yang macam mana aku akan terima.

(tiiitt....tiiiiittt.....: mesej sampai) " takdan lagi nak g pejabat, nak g tgk zie eksiden"
itulah mesej balas yg aku terima. ooo.....aku teringat member aku...Zie Che' Leh....Ah....aku x syak apa2 sebab kalau Zie adikku, kenapa x telefon saja.......untuk lebih kepastian, aku mesej lagi...
"Zie Che' Leh ke?"
"Zie Che' Leh mendanya.....Zie kita ar"

Zaaaaaappppp.......bagai nak runtuh dada aku, terus aku tel adik aku tu, soalan diasak bertubi2: "bila? kat mana? teruk ke? eksiden dengan apa? naik kete dengan sapa? anak2 anak kat mana?"
"ntah x tau lagi.....baru dapat call dari abang long, dia suh siap cepat, nak ke Kota Bharu", jawapan yg sikitpun tidak memuaskan hati aku......terus aku skroll nama Zie dan dail.....
"nombor yg anda dail tidak dapat di......" tiiittt....aku cut off, cari lagi nama...Man.....
"Hello.....Man! Man.....Zie eksiden ker?"
"Ya abg Mie!" suara sebak
"teruk ker?"
"teruk abang mie....teruk!.....doktor masuk...doktor masuk.......tuuuuuutttt......." talian diputuskan"

baru naik rehat.......jam 3.55 ptg, hajat nak menukar baju mengajar ke baju PJ terpaksa ditangguh, aku panjat tangga ke pejabat, jumpa Guru Besar, kepadanya aku khabarkan berita tu serentak dengan hasrat nak minta cuti kecemasan......kemudian aku tel isteri kat rumah, suh dia packing apa2 yang patut....dalam hati dah serba tak kena......aku tahu di sana keadaan amat kritikal. Turun ke kantin tanpa menukar baju......budak2 masih di situ, kemas barang2......tapi hati masih tak puas sebab tak dapat dengar berita dari Zie, aku keluarkan lagi hp.......

"hello Man......."
"Hello abg Mie.....(suara adik ipar aku lain macam benar)"
"Zie macam mana?"
"Zie dah tak de abg Mie!........"

tak pasti bila aku matikan hp, yang aku tau aku masuk ke kereta dan menangis sepuas-puasnya. Orang lelaki memang jarang menangis, kalau dia menangis.....memang dia sedih yang amat sangat....dan pada hari itu aku memang sedih yang teramat sangat! kehilangan seorang adik yang aku sayang!

Petang itu aku drive kereta pulang ke kampung dengan perasaan yang terawang2.....terasa kehilangan, isteri setia menenagkan perasaan....Alhamdulillah, sampai juga ke kampung untuk menatap wajah terakhir adikku....

Wednesday, October 28, 2009

Memori semalam (versi Ben Sedqi)

Takku sangka perangai yang ditunjuk sehari sebelum raya sudah ada tanda2 yang dia akan pergi. Itulah kali terakhir kami berjumpa. Masih segar diingatan....bila dia turun dari kereta sekembalinya ke kampung dari Kota Bharu, sebelah seliparnya hilang.....puas mencari, baru dia ingat.....rupanya dia tertinggal semasa singgah solat di masjid. Ntah macam mana semasa masuk ke kereta, sebelah seliparnya tertinggal di luar. Disebabkan itu dia mati2 x nak beraya, bila disuruh beli yang lain....dia macam merajuk, walhal kedai dekat je.....x la jauh sangat, hingga aku tersebut kata2...."mung doh buang tebiat ker zie?"

Tapi selipar ganti tetap dibeli oleh suaminya. Namun merajuknya sampai sudah.....akhirnya selipar tu disimpan dalam kereta je. Sebab tu hati ini sebak sewaktu pergi ambil barang2 di kereta dekat balai polis tu, selipar yang diberi masih di simpan dalam kereta, masih baru......tidak ada tanda2 ia dipakai.......

Sempat berbalas2 mesej, bergurau senda adik-beradik dan lagi tak boleh lupa bila dia bercerita bahawa dia bermimpi, adik Za (adik sikit dari dia) yang nak kahwin 24 nov ni x jemputpun dia, tapi dia tetap balik sebab nak tengok orang ramai......rupa2nya memang betul zie kau balik juga, tapi bukan nak makan kenduri atau tengok orang ramai, tapi orang yang berkumpul khas untuk melihat kau, orang makan tahlil khas buat kau......sungguh takku sangka aku akan memangku adikku yang dah kaku.......mengucup dahinya yang dingin.....Zie sampai hati kau pergi dulu!

dan lagi hasrat kau nak sponsor kek atas 'par' untuk perkahwinan Za pada 9.56 pagi 14 Okt 2009, betul2 pada pagi kejadian tidak kesampaian.......mesejnya ada hingga kini, tidak sanggup untuk didelete......itulah mesej terakhir yang Kak Ila kau terima sebelum dimaklumkan engkau kemalangan tengah hari tu..........dan terasa seperti mimpi bila dimaklumkan yang kau sudah tiada.....meninggalkan kami semua. Sedikitpun tidak beri peluang untuk aku mohon ampun dan maaf......juga sekadar untuk mengucapkan selamat tinggal........sungguh aku terkilan hingga ke saat ini......

selamat tinggal Zie.......beradulah sepuasnya, insya-Allah kita akan dipertemukan dalam satu raudhah.....

Setiap Hari Adalah Seperti Semalam

perjalanan terakhir Ummi di sini..........(T-T)

Di sinilah lokasi kejadian malang tersebut. Kutan, Tumpat, Kelantan.......sisa2 hentaman masih kelihatan. tiang2 itu adalah saksi Ummi dibalut maut.......noktah perjalanan terakhir Ummi. Seperti baru semalam berlaku.....seperti baru semalam Ummi meninggalkan kami.....seolah2 baru semalam terasa kehangatan pelukan Ummi.......betapa kami rindu! Makin cuba dilawan....makin kuat pula ingatan bersama Ummi datang bertalu2. Abi juga seolah2 tidak mahu melangkah di dalam rumah.....setiap langkah adalah memori....setiap langkah adalah ingatan......siksanya ya Allah...

Kain baju Ummi masih bersangkutan, tudung Ummi, kain sarung Ummi, alat2 harian Ummi, malah kain sembahyang Ummi juga masih di situ......tidak berdaya untuk kami menyimpannya, walhal benda2 itu jugalah yang menyeksa kami, tapi kadang2 menjadi ubat. Sejak pemergian Ummi, Abi jarang ke dapur...semua barang2 'Afaf diangkut ke ruang tamu, bagi Abi untuk ke dapur itu amat menyeksakan.....melihat barang2 di dapur seolah2 melihat Ummi ada di mana2!

Kesian Khaulah.....selera makannya hilang. hanya minum susu dan sedikit roti atau biskut. biasanya Ummi yang suapkan dia nasi, tapi kini seleranya hilang bersama hilangnya Ummi. 'Afaf pula menambah kesengsaraan Abi, itu dan ini serba tak kena.......kesabaran Abi amat teruji.....ya Allah, hebatnya dugaan-Mu!

Ketakutan kami apabila ingin memejamkan mata......betapa tidak, wajah Ummi akan menerpa.....cerita2 sewaktu Ummi ada akan terputar secara tak sengaja......seperti disebut tadi, makin dicuba untuk dilupakan.....makin kuat pula dia mengasak.....akhirnya kami pasrah, sepasrah aliran air mata membasahi pipi Abi.....buat yang kesekian kalinya.....

Tuesday, October 27, 2009

Redhakah dengan kematian Nazirah?

Kenapa dipersoal?.......siapa kami untuk tidak meredhakan pemergiannya! kematian itu pasti, tiada siapa dapat menghalang! apabila sampai masa, tidak akan dipercepat atau dilewatkan walau sesaat. tidak ada sesiapa boleh menyangkal dan menghalang........kami redha! Namun yang dipersoalkan ialah......asbab kematiannya adalah bersangkutan dengan orang lain, anak remaja yang berdarah muda, yang gagal mengawal perangainya, yang melakukan sesuatu bukan dalam kawalannya! kami tidak kisah kalau 'budak pelesit' itu menjadikan pokok, tebing, tiang, longkang atau gaung sebagai lempias jiwa rempitnya.......dia sorang, biarlah! tapi masalahnya dia melibatkan orang lain........tanyalah siapa2 sahaja....adakah mereka sanggup anak kecil mereka, ibu mereka, bapa mereka, suami atau isteri mereka, adik-beradik mereka atau orang yang mereka sayang dilanggar oleh budak hingusan yang suka memandu laju?

Jangan kata langgar orang........langgar anak kucing atau anak kerapun kita akan jatuh kasihan kepada haiwan itu.......seiring dengan rasa geram kepada mat pelesit tadi........bayangkan anda berdiri di tepi jalan, tiba2 anda nampak kereta yang dipandu selaju 100-130km/j di kawasan yang sibuk, kereta dan motorsikal bersimpang-siur, memandu secara zig-zag, memotong dekat sesuka hati........dan apa yang anda takut rupanya terjadi......kereta tu telah melanggar sebuah daripada motor yang banyak itu tanpa belas kasihan, terus memecut lagi.....dan di hadapan dia melanggar pula orang lain!.......apakah penilaian anda terhadap pemandu itu?

Harus diingat....ini bukan PS games.....bukan PC games......bukan juga dalam filem, dalam games kita boleh undo, kita boleh reset, kita boleh pause dan rewind atau foward sesuka hati.......dalam games kita tidak akan hilang nyawa yang sebenar.......dalam filem kita ditipu dengan kamera trip.......paling tidak sukapun kita boleh tutup tv dan pergi bancuh milo, sebab hakikatnya kita tidak mati! tapi dalam dunia sebenar lain.......orang melintas di tepi jalan adalah benar......kanak2 yang bawa basikal di tepi jalan adalah benar.......kereta2 dan motor yang bergerak berselisih itu dipandu oleh orang hidup yang benar.......satu kesilapan yang maha besar jika tidak boleh beza antara realiti dan fantasi! itulah yang terjadi di sini.........bila yang bodoh diberi stereng. dan kotak besi....dia akan jadi sombong, angkuh dan 'gila'..........'gila' untuk memandu pada kelajuan membunuh! ye la....isteri belum ada, rumahtangga belum ada, anak kecil belum ada, kerjaya belum ada.......nak fikir panjang buat apa.......yang penting bagi dia......."rasa teruja".......rasa happy go lucky yang ntah hape kejadah! kita tengoklah pula siapa yang jadi mangsa selepas ini....




Today is The day......

Hari yang mencatat peristiwa hitam dalam hidup kami, hari yang tidak akan dilupa seumur hidup. Jangan kau kata kami telah lupakan hari ini....tidak sekali2. Dengan lafaz bismillaahi.....walloohi.......wabillaahi.....watalloohi......demi Khaulah dan demi 'Afaf.......kami mengulangi sumpah kami untuk membela nasib dua anak kecil ini, moga kami tidak dipersoal di hadapan Allah kelak....."KAMU DIBERI AMANAH, KENAPA KAMU TIDAK LAKSANAKANNYA!!!???" ataupun dipersoal oleh anak2 ini apabila dewasa kelak......."HAK KAMI TELAH DIRAMPAS, APAKAH TINDAKAN KAMU SEMUA???"........sekarang amanah kami adalah untuk membela nasib kedua anak ini. Agar kesedihan mereka sedikit terubat.....agar beban mereka sedikit terangkat......agar kerinduan mereka terhadap ummi mereka sedikit terpadam, kerana rindu itu amat menyakitkan disaat ini.

Ketika menghubungi Abi mereka, keadaan anak ini masih trauma.........murung, emosi terganggu, merasa kehilangan dan sering meracau dalam tidur........sanak saudara ada melawat, tapi 'Afaf seperti tidak mahu pergi dengan orang lain.......barangkali 'instinct'nya kuat mengatakan, kalau dia pergi dengan orang lain, kemungkinan dia akan kehilangan Abinya pula........."Ya Allah, engkau bantulah tenteramkan anak2 ini, engkau sisipkanlah sedikit ketenangan kepada suami arwah, tanpaMu kami tidak terdaya apa2......"

Saturday, October 24, 2009

Bukan Satu....tapi dua....

Bukan satu, tapi dua. Bukan seorang, tapi dua orang......dua orang Abi kena urus, dua orang Abi kena suap, dua orang Abi kena dodoi, dua orang Abi kena basuh jika berak atau kencing......kadang2 Abi tidak sempat nak mengurus diri sendiri. Khaulah tidak perasan, kadang2 baju Abi yang dipakai sebelah pagi, itu jugalah yang dipakai sehingga petang. Sebelum ini Ummi buat separuh, Abi buat separuh......sekarang segala2nya Abi yang kena buat. Kadang2 Abi tidak sempat makan, Abi mandipun tidak sempurna. 'budak pelesit' tu bukan saja mengambil Ummi dari kami, tapi menyentapnya sekali dengan kesempurnaan dalam rumah kami.......kebahagiaan dalam hidup kami. Segala2nya begitu sukar setelah ketiadaan Ummi. Abi seperti hilang sebelah tangan dan kaki.....tiada lagi insan yang boleh digantung harap.


'Afaf nak tidur berbuai, mungkin baginya terasa seperti didakap Ummi. Sehelai kain yang selalu Ummi guna untuk dipeluk, menghisap ibu jari seolah2 Ummi sedang memberinya susu. begitulah keinginannya setiap kali tidur, setiap hari....keinginan yang pastinya sama sekali tidak akan menjadi kenyataan. Buaiannya sentiasa perlu diayun, suara Abi berzikir wajib ada sebelum terlena, malah jika terbangun suara itu perlu didengarnya, seolah2 tidak mahu kehilangan Abi pula. Abi menangis, tapi bukan di mata.....air matanya sudah kering. Kering seperti pokok bunga cempaka di atas pusara Ummi pada hari yang ke-12.


Hari Kesebelas Selepas Pemergian


Ini adalah foto terbaru anak2 Allahyarhamah. diambil pada hari ke-11. Kedua2nya agak pucat dan lesu, lebih2 lagi sikecil......derita menanggung kerinduan yang tidak terungkap dengan kata2.

Kepulangan Yang Hampa


Jumaat 23 Okt 2009. 09.00 p.m: malam ini Abi membawa kami pulang ke rumah sewa di Pasir Pekan selepas 10 hari meninggalkannya. Sebelum ini Abi cuma menumpangkan kami di rumah kawan Abi kat Pasir Puteh, entah kenapa, cuma Abi sahaja yang tahu jawapannya, kami masih kecil untuk bertanya itu dan ini. Rasa rindu untuk pulang ke rumah. Sedari pagi hari Rabu, selepas Umi menghantar kami ke Taska, kami langsung tidak nampak muka Umi. Hari Rabu itu juga Umi membiarkan kami sehingga malam di Taska, cuma Abi sahaja datang jemput. Mata Abi merah....pun kami tidak pandai untuk bertanya itu dan ini. Yang pasti, kami rindu untuk berjumpa dengan Umi. Umi di mana Umi? Sampai hati Umi tidak jemput kami di Taska!

Malam itu juga kami dibawa berjalan dengan kereta.....jauh sekali, Abi bawa beg dan kelengkapan susu 'Afaf, tapi banyak yang Abi lupa, sampai bekas termos 'Afaf pun Abi Lupa. Kami tertidur hingga subuh. Bila terjaga, orang ramai......tapi Umi tidak ada, Khaulah cari Umi.....'Afaf pun cari Umi, habis setiap wajah Khaulah dan 'Afaf perhati, tapi wajah yang dicari tidak muncul2.......kami nak bertanya Abi, tapi kami tak pandai. Khaulah kesiankan 'Afaf, dia terus-terusan menangis......lapar. Tak nak susu botol.

Tapi hari ini Abi bawa kami balik ke rumah. Terasa rindu sangat2 untuk berjumpa Umi. Melihat pintu rumah, Khaulah sudah memanjangkan leher untuk mencari Umi. 'Afaf juga melihat kiri dan kanan.......ah, mungkin Umi berada di dalam rumah sedang melipat kain. Pintu dibuka, Khaulah meluru masuk....Ummmiiii..! mata liar mencari, tapi kelibat Umi tiada. meluru ke dalam bilik, Umi tiada. Barangkali di dapur....Umi tiada juga! bilik air....juga tiada! Ummiii......balik lah....Khaulah nakkan Umi.....'Afaf juga rindu Umii......mana Umi pergi? Umi tak kesian kami ke? Sampai hati Umi tinggalkan kami............


(malam itu Khaulah dan 'Afaf menangis sampai tertidur. Seperti malam2 sebelumnya, mereka bermimpi, di dalam mimpi mereka melihat Umi berada di atas puncak sebuah gunung. Khaulah, 'Afaf dan Abi juga berada di puncak yang tinggi. tapi tempat Umi berdiri amat jauh.......jauh sekali, nampak balam2, dia kaku berdiri.......tapi Khaulah pasti itu adalah Umi.......Khaulah menangis dalam tidur hingga terjaga, Abi terpaksa memujuk, adik juga tidak dapat tidur dengan sempurna.....)



Thursday, October 22, 2009

Kepayahan.....

Abi bukan setakat hilang Umi, tapi satu2nya kereta yang kami guna untuk ke sana-ke mari telah tiada...total lost! kereta yang belum habis bayar itu jika dapat klaim insuranpun hanya cukup2 untuk setle bank.....kami?...nothing! tiada apa2 cuma kepayahan, secara logiknya memang boleh klaim dari insuran kereta wira yang melanggar itu, tapi bila? tunggu kputusan kes.....1 bulan? 1 tahun?...sedang esok Abi perlu bekerja, Abi perlu ke mana2 membeli barang keperluan kami, Abi perlu membawa 'Afaf ke klinik sebab dia masih dalam tempoh lawatan.

Agak pelik, hingga ke hari ini tidak nampak kelibat wakil dari keluarga 'pembunuh' tu datang menunjukkan simpati atau meringankan sedikit beban kami, jauh sekali nak mohon maaf walau kemaafan itu sukar diberi di saat ini. Padahal bukan jauh manapun Pasir Pekan dengan Kuntan tu....Ah!....dasar keluarga 'sazali'....mungkin bagi mereka kami ini tidak ada nilai apa2, atau mereka tetap menyebelahi 'Sazali' mereka dan tetap berkata 'anakku Sazali tidak bersalah', segala2nya tak mustahil dalam negara yang banyak kezaliman ini...

Kenapa perlu kereta? sebab tempat Abi kerja jauh, kenapa perlu kereta? sebab sekarang musim hujan sudah bermula, Abi mungkin sanggup meredah hujan berbasah kuyup, tapi Abi sesekali takkan biar kami kehujanan, kami yang masih kecil ini mudah sahaja demam kerana daya tahan kami masih lemah, kesian 'Afaf.....dia baru saja nak kebah dari demam sebab rindukan susu ibunya, Dalam kepayahan, mujurlah ada Mak Nik, dia sanggup pinjamkan keretanya untuk membantu kami meneruskan hidup.......terima kasih Mak Nik dan Pak Nik!

Umiku Belum Mati.......

Biar orang semua cakap Umiku dah tak ada, Umiku dah mati.......tidak....Umiku belum mati, Umiku masih hidup, aku dapat rasakan dia ada dalam diri aku, aku dapat rasakan dia masih ada dalam diri ‘Afaf, aku dapat rasakan dia ada dalam diri Abi, selagi nyawanya tidak dituntut seadil2nya, selagi itu semangat Umi hidup dalam diri kami semua! Dalam diri adik2 Umi (Achik, Ayah Da dan Ayah Su) dalam diri Abang dan Kakak Umi (Mak Nik, Ayah Teh, Mak Ngah dan Ayah Long) dalam diri Ayah Wa dan Mak Wa ......malah dalam diri seluruh sahabat2 Umi, semangat Umi sentiasa hidup bersama mereka, selagi mana mereka bersama untuk mencari kebenaran dan keadilan......Ummiiiiiiii.....kami rindukanmuuuu.......!!!!



Antara Otak Dan Hati Yang Berdarah……



Sumber2 yang boleh dipercayai mengatakan engkau masih berada di dalam keadaan koma, dari Hospital Raja Perempuan Zainab II sekarang telah dipindahkan ke KB Medical Centre……sebuah hospital swasta untuk golongan yang agak elit atau yang dilindungi insuran. Wah seronoknya dapat layanan first class, khabarnya ada sedikit pendarahan dalam otakmu, walaupun diberi sedatif yang kuat tetap meracau2 dan meraung2 hingga doktor terpaksa mengikatmu pada katil.....

Kenapa dik? Adakah kamu sedang diperlihatkan dengan ‘pembunuhan’ yang kamu lakukan? Atau adakah kamu tidak dapat membedung kesedihan lantaran lebih dari satu jiwa yang terkorban gara2 perbuatan ‘bodoh’mu itu? Atau kamu sedang diasak bertubi2 oleh soalan daripada Umiku...............
KENAPA?!!......MENGAPA?!!........KEMBALIKAN NYAWAKUUUU!!!......”AKU NAK JUMPA SUAMI AKU.....AKU NAK JUMPA ANAK2 AKU!!!” KAU PEMBUNUHHH!


Ah.....kau cuma seorang sahaja yang berdarah di otak, sedang kami semua berdarah di hati, deritamu cuma kau seorang sahaja yang rasa, tapi derita kami menjalar keseluruh jiwa sanak saudara serta rakan taulan kami.........tidak!....sesekali tidak mungkin akan sama, hatta rohmu dicabut sekalipun, kau tidak akan terlepas, bapamu juga tidak terlepas, abangmu juga yang memberi kamu pinjam keretanya juga tidak terlepas.....semuanya ada bahagian dalam ‘pembunuhan’ ini........harus kamu semua sedar hakikat itu!

Wednesday, October 21, 2009

Jangan kau lupa pada hari ini....




Jangan kau lupa pada hari ini, hari yang sama, waktu yang sama, minggu lepas.....(14 oktober 2009)

1.50 ptg - Loceng akhir sekolah Umi berbunyi

2.00 ptg - Umi menghidupkan keretanya untuk pulang, dengannya membawa bungkusan laksa untuk Khaulah, dia tahu Khaulah sangat suka memakan laksa

2.05 ptg - memandu keluar dari SMU (A) As-sa'adah tanpa mengetahui bahawa perjalanan itu adalah yang terakhir buatnya di muka bumi ini

2.30 ptg - tiba di tempat kejadian, melihat sebuah kereta wira hitam meluru ke arahnya, cuba mengelak ke tepi, namun kelajuan kereta yang datang tidak sempat dielak!

rempuhan yang kuat secara 'face to sight' itu amat menyakitkan.....kereta Umi melambung 2 meter ke belakang, Umi tersepit, namun umi masih sedar, handphone cuba dicapainya untuk menelefon Abi, tapi kesakitan yang amat sangat menjalar ke seluruh anggota......handphone terlepas, apa yang umi mampu sebut hanyalah..."Allah...'Azim....sakit....Allah...'Azim....sakit....la ila ha'illallahhh"

orang ramai cuba membantu, namun tiada upaya mereka untuk menarik 'bungkusan' besi itu, hanya telefon bersimpang siur memanggil ambulan, polis dan bomba......selang beberapa minit ambulan tiba, namun kelewatan bomba amat dikesali.....polis sudah sedia mengawal lalu lintas

satu jam...ya...satu jam umi tersepit, diseksa oleh bungkusan besi itu

3.30 ptg - Umi dapat dikeluarkan lalu dibawa ke hospital

Umi bertarung untuk hidup! demi Abi...demi 'Afaf yang kepingin menyusu dan demi Khaulah yang meminta hari jadi keduanya di sambut 3 hari lagi, tapi Allah lebih mengetahui segala-galanya.......

4.25 ptg - Umi pergi buat selama-lamanya..........T-T

(Diagnose: patah lengan, tulang rusuk dan paha, pendarahan usus dan paru2....C.O.D: pendarahan pada jantung disebabkan hentakan yang kuat...)
PENAFIAN........

.....AWAS.....
Blog ini mungkin mengandungi entri2 berunsur provokatif, fakta2 sulit dan lain2. Blogmaster bertanggungjawab sepenuhnya ke atas blog ini TETAPI tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan harta dan nyawa atau ancaman undang2 jika entri2nya di'copy paste' oleh orang lain. Anda buat, anda tanggung! Blog ini juga bukan untuk berseronok2, tapi atas kesedaran bahawa kami TIDAK TAKUT kepada sebarang halangan untuk mencari keadilan........