Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, March 3, 2010

Meninggalkan tempat kejadian: Antara Langgar Lari dan Menyelamatkan Diri

Jangan berkata tidak berhenti itu untuk menyelamatkan diri di sini....yang berada di belakang cuma motorsikal, bukan kereta kebal atau lori balak, kenapa perlu memecut untuk selamatkan diri? Panik?.....orang panik boleh memandu sehingga lebih 3 km dan memotong beberapa kenderaan di jalan yang sibuk? Boleh buat pusingan U? Kalau untuk selamatkan diri, kenapa tidak lari ke arah balai polis? Kenapa lari ke arah rumah sendiri? Takut?....alasan tidak diterima akal....anda seorang yang handal, seorang yang samseng, seorang yang 'gedeber' orang tempatan kata.....pantang ditegur jika merempit, maka keluarlah kamu anak beranak membawa parang dan kelewang.....mencari siapa yang membawa mulut....

Faktanya....kamu ada 11 rekod saman yang belum dibayar, 4 daripadanya speeding, 2 kurang ajar blasah no entry, selebihnya suka2 hati mak bapak engkau parking dan tak pakai seat belt.....mana dapat maklumat? huhuhu.....kamu bunuh manusia yang ada akal, bukan langgar ayam kambing......ingat, pelanduk sering melupakan jerat tetapi jerat tidak begitu, jerat tidak akan melupakan pelanduk sehingga akhir hayatnya......jerat akan sentiasa mencari jalan untuk menyusahkan pelanduk.......jerat akan mengintai pelanduk hingga ke lubang cacing.....jerat akan memastikan pelanduk akan menyesal kerana berurusan dengan jerat ini.....

Jangan kamu berkata tidak berhenti itu untuk menyelamatkan diri.....yang mengetuk cermin kereta itu cuma seorang, mengetuk dengan satu jari......bukan dengan muncung pistol, bukan dengan pedang samurai.....

Jangan kamu berkata tidak berhenti itu untuk menyelamatkan diri.....yang mengikut di belakang itu cuma 2 buah motor, bukan 20 atau 200......yang mengikut di belakang itu cuma 3 orang, bukan 30 atau 300 atau seisi kampung......

Yang sebenarnya kamu bukan untuk menyelamatkan diri, kamu sengaja tidak mahu berhenti kerana kamu memang seorang yang samseng.......kamu melarikan diri ke arah rumah agar kamu dapat mencapai parang atau kelewang, meminta bantuan abang yang 'gedeber' dan bapa yang kepala angin......

Kamu memang seorang yang samseng dengan membawa kereta dengan laju.....
Kamu memang seorang yang samseng bawa 'teman wanita' yang baru berusia 15 tahun untuk keluar bersiar2....
Kamu memang seorang yang samseng bawa kereta tanpa lesen
Kamu memang seorang yang samseng bawa kereta dengan rekod saman yang cukup banyak.......



2 comments:

Maiyah said...

moga dia akan dpt balasan yg setimpal, mcmana anak2 arwah.. hrp semakin baik skrg

Ben Sedqi said...

anak2 arwah baru kebah dari demam, batuk dan muntah2....kurang selera makan, berat badan agak susut....kalau dukung, tak terasa lenguhnya...muka agak pucat dan kulit sedikit lesu....agaknya tak terdaya si bapa mengurus sorang2...harap2 tidak berpanjangan

PENAFIAN........

.....AWAS.....
Blog ini mungkin mengandungi entri2 berunsur provokatif, fakta2 sulit dan lain2. Blogmaster bertanggungjawab sepenuhnya ke atas blog ini TETAPI tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan harta dan nyawa atau ancaman undang2 jika entri2nya di'copy paste' oleh orang lain. Anda buat, anda tanggung! Blog ini juga bukan untuk berseronok2, tapi atas kesedaran bahawa kami TIDAK TAKUT kepada sebarang halangan untuk mencari keadilan........