Janji aku pada anak2 arwah, aku akan lakukan apa cara sekalipun sehingga nyawa arwah terbela. Ini bukan kematian biasa, bukan jatuh dari tempat tinggi yang dia sendiri panjat, bukan lemas di sungai atau laut yang dia sendiri renang, bukan sakit disebab dia sendiri yang makan.....bukan semua tu. Dia mati sebab seorang budak yang bangang, aku berhak marah, tak payah nak hipokrik, menangis di belakang di depan nampak tenang....bodoh! Aku akan buat lebih dari itu, biarpun kadang2 bercanggah pendapat dengan ahli keluarga atau suami arwah, derita dia sebagai suami, derita aku sebagai abang.....lain! Aku berhak sebagai seorang abang.....29 tahun hidup bersaudara! adik yang membesar di atas dukung aku, yang aku mandikan dan aku suapkan, aku boncengkan ke sekolah dan aku lindung dia dari budak2 nakal, beberapa kali aku bertumbuk kerana nak lindung dia....
Syarikat South East Insurance gagal melantik peguam untuk sebutan kes, tunda ke bulan depan, sudahlah kami terpaksa memendam rasa selama lima bulan lebih, baru nak sebut kes dah kena tunda....itu baru nak buat sebutan, belum perbicaraan! agaknya kalau perbicaraan, berapa kali kena tunda? Sambil lewa betullah syarikat ni, agaknya kalau isteri CEO dia yg kena macam tu baru 2-3 peguam dilantik! Orang nak berniaga, diapun nak berniaga, Syarikat besar tapi otak pengurusan dia kecik.....kata nak sediakan 'payung'lah apalah....macam2 kemudahan ditawarkan, bila timbul kes?
Ah, insuran.......bila nak duit orang, lembut gigi dari lidah, lembut tangan lebih dari mak nyah, tak payah susah2, sain je yang lain diorang buat sendiri.......tapi bila nak cover klien, 2-3 prosedur kena ikut, soal siasat sudah tentu, gambar itu, gambar ini, laporan itu laporan ini, dia buat duit tu macam duit mak bapak dia pulak........Aku akan telefon atau emel syarikat ni!
Qori Pandeglang
5 years ago
No comments:
Post a Comment