Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, March 25, 2010

Oh Polis....Oh Mahkamah!

Hairan campur geram, macam mana mala'un macam ni boleh ada kat atas jalan, rekod saman lampau bersepah2, speeding saja ada empat! (pemberitahuan: saman ini belum dibayar, jika sudah dibayar, tiada rekod yang dipaparkan) . Sudah banyak kes yg kita dengar pemandu cuai terlibat dalam kemalangan ada rekod saman yg banyak, kalau kata polis tak buat kerja marah.....kalau kata mahkamah cap ayam, melenting! hina mahkamah! mana pergi perlindungan orang2 yang tidak berdosa di atas jalan? sesetengah mereka yang brutal ni tak bayar cukai jalanpun!

Speeding...kelajuan membunuh, parking suka2 hati mak bapak dia....x pakai sealt belt, ini samseng punya orang! kenapa masih dibenarkan berada di jalanan??? x cukup samseng lagi...dia juga belasah no entry!!! betapa kurang ajarnya dia ni!

Lepas ni siap ada lah polis yg call tanya macam2(seperti 2-3 malam lepas), tak report la....tak maklum la....tak salur maklumat kepada dia la......well hello! you all ada macam2 sumber, macam2 data, sikit2 nak minta bantuan orang ramai......sikit2 nak minta bantuan orang ramai.....try la proaktif sket! tegas la sket dengan mala'un2 yang macam ni! apa? timbang rasa? tolak ansur? zalim?.......aku ulang semula ayat aku.......kalau nak bercakap pasal timbang rasa, tolak ansur.....pergilah jumpa anak2 arwah! atau ahli keluarga yang jadi mangsa kat luar sana.......cakap kat dia mak dia mati kena langgar oleh mat rempit.......sabar ye! nak buat macam mana, mat rempitpun manusia juga, kita tak boleh ambil ambil tindakan berat2....kesiaaaannn dia.....

Maka aku mencongak semula, dalam setengah2 keadaan, undang2 rimba lagi baik.....langgar dengan cuai....pegang, belasah ramai2, mampuspun x pe.....sebab? undang2 akan menyebelahi dia kalau dibebaskan......ungkapan "sabar, kita serah saja pada undang-undang......" samalah kalau diterjemahkan akan berbunyi....."jangan buat apa2 kat dia......dia kawan aku......"

1 comment:

Maiyah said...

budak tu mcm tupai le pandai2 melompat jatuh jua ke tanah
sabar ye dik

PENAFIAN........

.....AWAS.....
Blog ini mungkin mengandungi entri2 berunsur provokatif, fakta2 sulit dan lain2. Blogmaster bertanggungjawab sepenuhnya ke atas blog ini TETAPI tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan harta dan nyawa atau ancaman undang2 jika entri2nya di'copy paste' oleh orang lain. Anda buat, anda tanggung! Blog ini juga bukan untuk berseronok2, tapi atas kesedaran bahawa kami TIDAK TAKUT kepada sebarang halangan untuk mencari keadilan........