Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, March 2, 2010

Kenapa Sukar Melafazkan Maaf?

Ramai yang bertanya....ramai juga yang meminta......ada juga yang mencemuh....tidak kurang yang merungut......

Kenapa diri sukar melafazkan maaf? Mengapa tidak pernah terpadam marah yang menyala?.......maka akan terpancul kata-kata...."sedangkan nabi ampunkan ummat".....dan "Allah maha menerima dan maha mengampun hambanya yang bertaubat"......

Maka aku jawab, "Nabi boleh ampunkan ummat?"...."Apa syarat2 taubat yang Allah terima?"......nabi sebenarnya tidak boleh mengampunkan ummat, puas aku cari nas2 Al-quran dan hadis-hadis sahih yang menyokong kenyataan itu......tak ada, yang ada.....nabi bermunajat kepada Allah s.w.t agar dosa ummatnya diampunkan....itupun hanya dosa2 kecil, tidak termasuk dosa2 besar seperti membunuh orang. DAN itupun dosa2 yang tidak melibatkan orang lain....

Bida'ah yang amat nyata jika berkata nabi boleh ampunkan ummat. bukan boleh mengampun, sebenarnya hanya memberi syafa'at(pertolongan)...itupun untuk orang2 tertentu sahaja dengan izin Allah s.w.t. Nabi juga makhluq, mana mungkin makhluk boleh bersifat dengan sifat mukammalat al-khaliq....maha pengampun......

Kita boleh pakai kisah nabi memaafkan kaum musyrikin yang menzalimi baginda, tapi tidak kepada orang lain, kecuali diri yang teraniaya itu sendiri memaafkannya. Dalam kes ini, kemaafan kami bergantung kepada arwah, jika arwah memaafkan......kami juga boleh berkira2 memaafkan, kenapa perlu minta maaf dari arwah?.....sebab itu bukan kemalangan biasa, kemalangan yang boleh dielak jika si Yusri diasuh dengan betul, boleh dielak jika Mohd Nor (si ayah) tidak memanjakan anaknya, boleh dielak jika Yushalimi (si abang) tidak meminjamkan keretanya kepada adiknya yang tidak reti bawa kereta, tiada lesen dan tiada pengalaman, boleh dielak jika dia berhenti pada kemalangan yang pertama....bukan dengan cara melarikan diri.....

Kenapa perlu minta maaf pada arwah?....Ya, memang sangat2 perlu.....arwah bukan sekadar memandu pulang dari tempat kerja mengajar, mendidik, mengasuh, membina akhlak shakhsiah peribadi....arwah pulang dengan harapan untuk bertemu dengan anak2.....menjemput mereka dari taska setelah lebih separuh hari tidak berjumpa anak2 dan suami. Ibu mana yang tidak rindukan anak lebih2 lagi anak yang masih menyusu dada, berdenyut2 susu si ibu setelah lebih dari separuh hari si anak tidak menyusu.....

Keduanya kamu juga harus meminta maaf kepada anak2 arwah....mereka tidak berpeluang berjumpa dengan ibunya setelah ditinggal dari pagi di taska hingga sekarang. Anak mana yang tidak rindukan ibu yang biasanya setiap petang menjemput mereka dari taska....lebih2 lagi si 'Afaf yang kepingin sangat untuk menyusu.....

TAHUKAH KAMU, PADA WAKTU KEJADIAN, 'ANAK YANG MENYUSU DIBERITAHU OLEH PENGASUH TIDAK HENTI2 MENANGIS TANPA SEBAB!!!.....bagi ibu2 pasti akan merasai apa yang arwah rasa dan anak2 arwah rasa....keluarga itu bukan sekadar membunuh satu nyawa....malah membunuh seorang ibu....seorang isteri....dan membunuh perasaan anak2 yang tak berdosa......

Terima kasih kepada keluarga Mohd Nor....terima kasih.......


2 comments:

Maiyah said...

mungkin perlu bik masa.. insyaAllah satu hr nnti akan reda

Ben Sedqi said...

kami mahu mereka ingat sampai mati....

PENAFIAN........

.....AWAS.....
Blog ini mungkin mengandungi entri2 berunsur provokatif, fakta2 sulit dan lain2. Blogmaster bertanggungjawab sepenuhnya ke atas blog ini TETAPI tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan harta dan nyawa atau ancaman undang2 jika entri2nya di'copy paste' oleh orang lain. Anda buat, anda tanggung! Blog ini juga bukan untuk berseronok2, tapi atas kesedaran bahawa kami TIDAK TAKUT kepada sebarang halangan untuk mencari keadilan........