Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, March 2, 2010

Kenapa Sukar Melafazkan Maaf?

Ramai yang bertanya....ramai juga yang meminta......ada juga yang mencemuh....tidak kurang yang merungut......

Kenapa diri sukar melafazkan maaf? Mengapa tidak pernah terpadam marah yang menyala?.......maka akan terpancul kata-kata...."sedangkan nabi ampunkan ummat".....dan "Allah maha menerima dan maha mengampun hambanya yang bertaubat"......

Maka aku jawab, "Nabi boleh ampunkan ummat?"...."Apa syarat2 taubat yang Allah terima?"......nabi sebenarnya tidak boleh mengampunkan ummat, puas aku cari nas2 Al-quran dan hadis-hadis sahih yang menyokong kenyataan itu......tak ada, yang ada.....nabi bermunajat kepada Allah s.w.t agar dosa ummatnya diampunkan....itupun hanya dosa2 kecil, tidak termasuk dosa2 besar seperti membunuh orang. DAN itupun dosa2 yang tidak melibatkan orang lain....

Bida'ah yang amat nyata jika berkata nabi boleh ampunkan ummat. bukan boleh mengampun, sebenarnya hanya memberi syafa'at(pertolongan)...itupun untuk orang2 tertentu sahaja dengan izin Allah s.w.t. Nabi juga makhluq, mana mungkin makhluk boleh bersifat dengan sifat mukammalat al-khaliq....maha pengampun......

Kita boleh pakai kisah nabi memaafkan kaum musyrikin yang menzalimi baginda, tapi tidak kepada orang lain, kecuali diri yang teraniaya itu sendiri memaafkannya. Dalam kes ini, kemaafan kami bergantung kepada arwah, jika arwah memaafkan......kami juga boleh berkira2 memaafkan, kenapa perlu minta maaf dari arwah?.....sebab itu bukan kemalangan biasa, kemalangan yang boleh dielak jika si Yusri diasuh dengan betul, boleh dielak jika Mohd Nor (si ayah) tidak memanjakan anaknya, boleh dielak jika Yushalimi (si abang) tidak meminjamkan keretanya kepada adiknya yang tidak reti bawa kereta, tiada lesen dan tiada pengalaman, boleh dielak jika dia berhenti pada kemalangan yang pertama....bukan dengan cara melarikan diri.....

Kenapa perlu minta maaf pada arwah?....Ya, memang sangat2 perlu.....arwah bukan sekadar memandu pulang dari tempat kerja mengajar, mendidik, mengasuh, membina akhlak shakhsiah peribadi....arwah pulang dengan harapan untuk bertemu dengan anak2.....menjemput mereka dari taska setelah lebih separuh hari tidak berjumpa anak2 dan suami. Ibu mana yang tidak rindukan anak lebih2 lagi anak yang masih menyusu dada, berdenyut2 susu si ibu setelah lebih dari separuh hari si anak tidak menyusu.....

Keduanya kamu juga harus meminta maaf kepada anak2 arwah....mereka tidak berpeluang berjumpa dengan ibunya setelah ditinggal dari pagi di taska hingga sekarang. Anak mana yang tidak rindukan ibu yang biasanya setiap petang menjemput mereka dari taska....lebih2 lagi si 'Afaf yang kepingin sangat untuk menyusu.....

TAHUKAH KAMU, PADA WAKTU KEJADIAN, 'ANAK YANG MENYUSU DIBERITAHU OLEH PENGASUH TIDAK HENTI2 MENANGIS TANPA SEBAB!!!.....bagi ibu2 pasti akan merasai apa yang arwah rasa dan anak2 arwah rasa....keluarga itu bukan sekadar membunuh satu nyawa....malah membunuh seorang ibu....seorang isteri....dan membunuh perasaan anak2 yang tak berdosa......

Terima kasih kepada keluarga Mohd Nor....terima kasih.......


Tuesday, February 23, 2010

Ber'temu mata'? Untuk apa?......

Ben Sedqi dimaklumkan bahawa semalam wakil dari pihak mereka ingin 'bertemu mata' dengan suami dan anak2 arwah.....TAK PAYAH!!! Untuk apa? setelah lebih 4 bulan berlalu, semalam baru menyatakan hajat untuk berjumpa, dah tak ada gunanya, dah terlambat, apakah sekadar untuk memberitahu yang si 'Sazali' terpekik terlolong separuh gila kerana menderita trauma dari peristiwa itu? Tak payah dan tak perlu, kami tak mahu dengar apa2 pun kisah sedih dia, kisah kami jauh lebih payah dan sengsara, seksa kami lebih dahsyat dari segala-galanya, kepayahan yang tidak pernah berkurang. kerinduan yang tidak pernah terpadam!

Ayah Wa...(Ayah Arwah): "nak jumpa? nak buat apa? tak payah la......rasakanlah sedikit pengajaran dari 40 hari solat hajat dan 30 juzuk al-Quran, Allah maha adil, atas dunia lagi Dia dah tunjuk, rasakanlah....."

Mak (Ibu Arwah) :"Kalu nak jumpa, biar dia jumpa mak ni, perut ni yang mngandung, tangan ni yang susah payah membesarkan dia, senang-senang je orang nak bunuh anak aku!".....jatuh lagi air matanya........AKU TAK AKAN MAAFKAN ORANG YANG BUAT IBU AKU MENANGIS!!!

Kak Ila :"Tak Payah, kita jumpa je di Mahkamah......memang akupun nak kenal sangat-sangat, tapi setelah lebih 4 bulan, segala-galanya dah terlambat...."

Man (Suami Arwah): "Perasaan ini baru saja mahu reda, tapi bila diminta begitu, luka berdarah kembali, serasa baru semalam peristiwa itu berlaku, lebih baik jangan, sisa-sisa geram ini masih membara......"

Ok, kau sudah baca petikan kata2 dari kami kan? Nyata engkau semua amat tidak dialu-alukan, tiada ruang lagi untuk berunding, prosiding mahkamah telah dibuat, tunggu sajalah......

Anakku sazali tidak boleh kurang siuman!
Anakku sazali tidak boleh gila!
Kalau Anakku sazali kurang siuman atau gila,
Bapa dan Abang harus bertanggungjawab dan memikul
segala hukuman yang akan dijatuhkan......
Tidakkk.....tidak semudah itu engkau akan terlepas.....
Tidaaakkk......

Sunday, February 21, 2010

Pejuang masih berjuang......

Salam perjuangan buat suami dan anak-anak arwah, keluarga dan sahabat handai arwah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung......

telah agak lama blog ini menyepi, sepi dari entri tetapi tidak pernah sepi dari perjuangan, perjuangan dunia offline lebih hebat dari perjuangan dunia online, ramai yang bertanya adakah blog ini sudah didelete baru2 ini, jawabnya bukan didelete....cuma di'tidur'kan sementara untuk mencari bukti dan kekuatan, agar perjuangan online selari dengan perjuangan offline.

sekarang segala maklumat yang dikehendaki sudah berada di tangan, rasanya tak sabar untuk expose di sini agar seluruh dunia tahu apa yang didakwa oleh 'penyangak' itu, biar seluruh dunia mengadili betapa kecuaian itu kepincangan dan kepincangan itu ketidak adilan. cuma aku boleh simpulkan bahawa, arwah berada di tempat dan masa yang salah, sepatutnya lori yang selalu di'parking' di tepi jalan atau pokok akasia atau tiang simen yang berada di situ. tapi Mahasuci Allah, yang menjadikan sesuatu ajal itu dengan bersebab.....

tapi aku harus memikirkan natijahnya dulu, aku tidak mahu diburu seperti raja petra dengan berbagai2 tuduhan mahkamah, aku tahu siasatan polis masih belum selesai dan mahkamah masih belum bersidang, aku takut ia akan mengusutkan keadaan, menambahkan penderitaan suami dan anak2 arwah yang masih hebat.

minggu lepas aku berpeluang menjenguk anak2 arwah, nampak kedua2nya pucat dan agak susut badannya, aku diberitahu mereka baru sembuh dari demam, tiada selera makan, hanya memakan biskut dan beberapa makanan ringan. nampak benar tiada selera untuk makan nasi.

perubahan ketara pada si kakak, walaupun mudah mesra dengan orang lain, tapi cepat berubah anginnya, mudah merengus dan cepat marah....tanda2 anak yang tertekan.......kesian budak itu...
tekanan apakah yang lebih hebat lagi selain dari kehilangan ibu tersayang? jangankan seusia 2 tahun, anak yang berusia 20 tahunpun masih dahagakan kasih-sayang ibunya....

Saturday, January 9, 2010

Hebatnya dugaan dunia ini
Oh… Tuhan padamu ku pohon
Lindungilah kehidupanku
Dari kacamata aku melihat
Berbagai watak yang dilakonkan oleh manusia
yang berperanan di pentas dunia sandiwara
Walau apa dilakonkan oleh setiap manusia
Pasti mendapat balasan Dari yang maha esa
Menusuk tubuh berdarah…
Sakitnya tiada terkira
Tempat kita pasti
Tak tersedar meresapi ke pusar keinsanan
Membibitkan titis-titis sepekat warna darah dan dosa
Tak tersedar meresapi ke pusar ke insanan Menguntum gerigis besi kaca dan pawakaDi dalam gerimis penuh rahmat Dia tersentuh Cendawan akrab Sesegar pagiNan permai damaikanPedoman Ikhtiar dan arah pejuangan

Thursday, January 7, 2010

Dulu, aku bukan begini!

yg telah pergi redhalah akan pemergiannya..dan buangkan perasaan dendammu, dan berserahlah kpd Allah akan hukumannya jika dia bnr2 bersalah, bkn begini crnya..menanam segenap perasa dendam untuk melepaskdan nafsu amarah dan pujukkan dendam. bila ianya disemarakkan..peribadi menjadi tajam,liar..dan penuh dngn hasat kedendaman..apa dpt? bknkah memakan peribadi dan iman sndri pula.. maka redha shja..berdoa muga allah berikan keadillan yg seadilnya..mulakan hdp baru.hentikan dendam demi kehidupan yg lbh sihat, ya,ckp mmg senang.bukan aku yg merasa..namun ingt la,ini cuma kemalangan..namun sejauh mana cuma nya..biar Allah yg menentukan.. kte redha shja akan keputusan Allah..jika demikian kita..maka hati lbh bersih,jiwa lbh tenang,dan hpd lbh bahagia..insyarallah dunia akhirat, maka hentikan memprotes akan kisah lalu..seolah-olah tidak mahu menerima takdir pula..mula redha dan mula hapuskn dendammu, dan biar Allah shja yg mengadilinya..itu lbh adil untuk semua..dan hentikan kesedihanmu,dendammu,protesmu,spya akhlakmu lebih halus dan digemari rmi, digemari rmi krna mendekati sifat2 sunnah yg diajar oleh rasulullah..muga engkau tabah akan dugaan ini..Aku tau engkau kecewa..aku jg kecewa.."

Mesej yg tertera pada shoutbox oleh saudara/i yg menggelarkan diri sebagai 'Insaf', tiada link atau nama sebenar, sekali tengok ingatkan spam, tapi bila di teliti....memang ada kebenarannya,
terima kasih saudara/i 'Insaf'......dan memang itulah yg cuba aku buat untuk menukar marah dan dendam itu kepada sifat yang positif......mungkin kepada berani dan tegas!... bukan tidak ada musibah datang sebelum ini, tapi ujian yang satu ini amat besar impaknya. Memang benar kata nabi, "marah itu boleh memakan amalan seperti api membakar kapas"......dendam itu jauh daripada hidayah Allah....aku takut kalau mati dalam keadaan tercabut hidayah, bagaimana keadaannya?

Anggaplah entri2 aku sbelum ini dari orang yg terganggu perasaannya. Aku harus mengaku, itu bukan ajaran Islam yg sebenar. Islam itu sejahtera, Islam itu rahmat, Islam itu suci, cuma jiwa ini sahaja yg memberontak. Berperang antara redha dan dendam, kecewa dan insaf. Redha tanpa bertindak apa2, melontar jauh2 perasaan ego.......dendam ingin membalas, membenam segala rasional, tidak pernah memikirkan orang lain hatta rayuan isteri sendiri.....kecewa apabila kuasa tidak sejauh impian.....insaf kerana bermain dengan akidah.

Aku tahu, aku tidak mampu mengubah kejadian tapi mungkin boleh mengubah keadaan. Aku tidak tahu di mana ingin bermula, sebab keadaan dibentuk oleh sistem, sistem yg amat kompleks dan besar.....dari bawah hingga atas. Aku tidak tahu 'menari', aku cuma tahu kata hati......dan itu perlu aku ubah kerana kata hati tak akan ke mana, bukan sahaja merosak diri dan mengundang kebencian orang, keluarga sendiri juga hampir diabai....malah diri sendiri turut dibenci, kerana dulu....aku bukan begini!


Tuesday, January 5, 2010

Kepincangan itu ketidak adilan

Sudah agak lama tidak mencoret, sudah agak lama menyepi dari dunia online, bukannya apa...sekadar mencari sedikit ruang bermuhasabah dan 'berbicara' dengan Sang Pencipta segala kejadian, bertafakur mencari fikrah yang sebenar-benar menepati kehendak-Nya. Bukan semata-mata menghalalkan semua cara untuk mencapai matlamat seperti puak2 Herald. Nampak sangat agama mereka boleh diubah2 dan dipinda2 sesuka hati. Perjuangan tetap perjuangan, walau nampak kelam dan berbalam, dibatasi oleh ruang waktu dan karenah manusia. Terkadang terasa sepi keseorangan, tanpa bantuan serta dorongan.....nyatanya dunia ini penuh dengan ketidak adilan, ketidak adilan yang dicipta oleh manusia.

Aku berjaya menjejaki dan menekan orang yang bertanggungjawab untuk membuat laporan polis, timbul persoalan, siapakah mereka dengan polis itu? sebab jika dalam masa 24 jam tidak tampil membuat laporan, tambahan pula melibatkan kematian, waran tangkap akan dikeluarkan! Keronikah di sana? Nak dapatkan maklumatpun bukan main susah, takkan semua benda nak rujuk Bukit Aman......marah pulak orang di sana! Secara tidak sengaja aku telah berikan satu bukti ketidak adilan yang berlaku. Depan mata, nak tangkap....tangkaplah, nak penjara....penjaralah......memang zaman ini orang yang ingin mencari keadilan seolah2 menggengam bara api, terlalu banyak 'fasaadah' dalam mu'amalat malaysian ini, yang celik membutakan mata, yang buta terus teraba2 tanpa usaha untuk mencari tongkat!

Friday, January 1, 2010

Ooooo.....dah masuk tahun baru eaa...

Tahun sahaja berganti baru tapi azam masih yang dulu. Azam untuk mencari siapa
PENAFIAN........

.....AWAS.....
Blog ini mungkin mengandungi entri2 berunsur provokatif, fakta2 sulit dan lain2. Blogmaster bertanggungjawab sepenuhnya ke atas blog ini TETAPI tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan harta dan nyawa atau ancaman undang2 jika entri2nya di'copy paste' oleh orang lain. Anda buat, anda tanggung! Blog ini juga bukan untuk berseronok2, tapi atas kesedaran bahawa kami TIDAK TAKUT kepada sebarang halangan untuk mencari keadilan........