Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, February 21, 2010

Pejuang masih berjuang......

Salam perjuangan buat suami dan anak-anak arwah, keluarga dan sahabat handai arwah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung......

telah agak lama blog ini menyepi, sepi dari entri tetapi tidak pernah sepi dari perjuangan, perjuangan dunia offline lebih hebat dari perjuangan dunia online, ramai yang bertanya adakah blog ini sudah didelete baru2 ini, jawabnya bukan didelete....cuma di'tidur'kan sementara untuk mencari bukti dan kekuatan, agar perjuangan online selari dengan perjuangan offline.

sekarang segala maklumat yang dikehendaki sudah berada di tangan, rasanya tak sabar untuk expose di sini agar seluruh dunia tahu apa yang didakwa oleh 'penyangak' itu, biar seluruh dunia mengadili betapa kecuaian itu kepincangan dan kepincangan itu ketidak adilan. cuma aku boleh simpulkan bahawa, arwah berada di tempat dan masa yang salah, sepatutnya lori yang selalu di'parking' di tepi jalan atau pokok akasia atau tiang simen yang berada di situ. tapi Mahasuci Allah, yang menjadikan sesuatu ajal itu dengan bersebab.....

tapi aku harus memikirkan natijahnya dulu, aku tidak mahu diburu seperti raja petra dengan berbagai2 tuduhan mahkamah, aku tahu siasatan polis masih belum selesai dan mahkamah masih belum bersidang, aku takut ia akan mengusutkan keadaan, menambahkan penderitaan suami dan anak2 arwah yang masih hebat.

minggu lepas aku berpeluang menjenguk anak2 arwah, nampak kedua2nya pucat dan agak susut badannya, aku diberitahu mereka baru sembuh dari demam, tiada selera makan, hanya memakan biskut dan beberapa makanan ringan. nampak benar tiada selera untuk makan nasi.

perubahan ketara pada si kakak, walaupun mudah mesra dengan orang lain, tapi cepat berubah anginnya, mudah merengus dan cepat marah....tanda2 anak yang tertekan.......kesian budak itu...
tekanan apakah yang lebih hebat lagi selain dari kehilangan ibu tersayang? jangankan seusia 2 tahun, anak yang berusia 20 tahunpun masih dahagakan kasih-sayang ibunya....

1 comment:

Maiyah said...

Allah memberi ujian dr kehilangan itu.. bagaimana cara kita akan kemudikannya

harap adik sbr.. al fatihah wat arwah moga rohnya ducucuri rahmat

PENAFIAN........

.....AWAS.....
Blog ini mungkin mengandungi entri2 berunsur provokatif, fakta2 sulit dan lain2. Blogmaster bertanggungjawab sepenuhnya ke atas blog ini TETAPI tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan harta dan nyawa atau ancaman undang2 jika entri2nya di'copy paste' oleh orang lain. Anda buat, anda tanggung! Blog ini juga bukan untuk berseronok2, tapi atas kesedaran bahawa kami TIDAK TAKUT kepada sebarang halangan untuk mencari keadilan........