Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, January 5, 2010

Kepincangan itu ketidak adilan

Sudah agak lama tidak mencoret, sudah agak lama menyepi dari dunia online, bukannya apa...sekadar mencari sedikit ruang bermuhasabah dan 'berbicara' dengan Sang Pencipta segala kejadian, bertafakur mencari fikrah yang sebenar-benar menepati kehendak-Nya. Bukan semata-mata menghalalkan semua cara untuk mencapai matlamat seperti puak2 Herald. Nampak sangat agama mereka boleh diubah2 dan dipinda2 sesuka hati. Perjuangan tetap perjuangan, walau nampak kelam dan berbalam, dibatasi oleh ruang waktu dan karenah manusia. Terkadang terasa sepi keseorangan, tanpa bantuan serta dorongan.....nyatanya dunia ini penuh dengan ketidak adilan, ketidak adilan yang dicipta oleh manusia.

Aku berjaya menjejaki dan menekan orang yang bertanggungjawab untuk membuat laporan polis, timbul persoalan, siapakah mereka dengan polis itu? sebab jika dalam masa 24 jam tidak tampil membuat laporan, tambahan pula melibatkan kematian, waran tangkap akan dikeluarkan! Keronikah di sana? Nak dapatkan maklumatpun bukan main susah, takkan semua benda nak rujuk Bukit Aman......marah pulak orang di sana! Secara tidak sengaja aku telah berikan satu bukti ketidak adilan yang berlaku. Depan mata, nak tangkap....tangkaplah, nak penjara....penjaralah......memang zaman ini orang yang ingin mencari keadilan seolah2 menggengam bara api, terlalu banyak 'fasaadah' dalam mu'amalat malaysian ini, yang celik membutakan mata, yang buta terus teraba2 tanpa usaha untuk mencari tongkat!

No comments:

PENAFIAN........

.....AWAS.....
Blog ini mungkin mengandungi entri2 berunsur provokatif, fakta2 sulit dan lain2. Blogmaster bertanggungjawab sepenuhnya ke atas blog ini TETAPI tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan harta dan nyawa atau ancaman undang2 jika entri2nya di'copy paste' oleh orang lain. Anda buat, anda tanggung! Blog ini juga bukan untuk berseronok2, tapi atas kesedaran bahawa kami TIDAK TAKUT kepada sebarang halangan untuk mencari keadilan........