Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, May 26, 2010

Salam Perkenalan: JANGAN DITANYA NILAI JIKA TIDAK MAMPU UNTUK MEMBAYARNYA!!!

Blogger salam said...

assalamualaikum, salam saudara ben sedqi. pertama, saya mintak maaf utk sgala apa yg berlaku. sbg kakak yusri saya tpanggil utk kite berbincang. sesungguhnya perkara ini mmg tidak disengajakan. Takziah untuk keluarga arwah. mmg keluarga saya sgt bersedih sejak perkara ini berlaku. cmne cara untuk memuaskan hati saudara sekeluarga.cmne saya nk menebus balik nyawa allahyarham. adakah dgn nyawa saya? x percayakah saudara dgn qada' & qadar? utk makluman, abg saya juga meninggal 17thn lpas disebabkan kemalangan. tp keluarga tabah mghadapinya. x ada sekelumit pn dendam pd keluarga yg melanggar abg kami. tidak ada ape2 pembelaan utk arwah disebabkan kami bpegang pada takdir. ALLAH lebih sayangkan arwah. semua ini Qada & Qadar.

May 25, 2010 7:17 PM


Akhirnya, menjenguk juga wakil dari keluarga 'pem****h' ni. Itupun lepas 'dijemput'.....kalau nak harapkan dia, x de usaha langsung untuk mengetahui nasib sebelah sini......Wa'alaikum salam, aku jwb as a muslim. minta maaf? aku x layak cakap......1) Arwah, 2) Suami arwah, 3)Anak2 arwah, 4)Wali arwah......aku sbg abg sahaja, wali yg jauh, maka aku akan jawab bahagian aku okay!

Tidak sengaja?....mcm ni la aku bg cth yg simple: ambik meriam, masukkan peluru, hadap ke muka awak, tp blum sempat cucuh dah meletup.......ooooppppsss! I'm sorry!....tak sengaja...boleh ker?

Nak bincang? bukan berbincang....tapi jawab soalan ini:

"Kamu tahu adik kamu tiada lesen, baru berusia 17 tahun, tiada pengalaman memandu, selalu memandu dgn laju di atas jalan raya....kenapa kamu biarkan? kenapa kamu beri izin dia gunakan kereta kamu?"

Mungkin kemalangan itu tidak disengajakan, tapi adakah kereta itu dipandu secara tidak disengajakan? Ketiadaan lesen itu tidak sengaja? lari selepas kemalangan yg pertama tidak sengaja? pandu dengan laju beberapa kolometer di jalan yang sibuk tidak sengaja? bawa teman wanita di bawah umur dan bahayakan nyawanya tidak sengaja? ......sila jawab!

Keluarga anda sangat sedih? Jangan nak bohong! orang sedih tiada masa pergi makan angin....ke langkawi, ke cameron highlands.....orang sedih tiada masa bersuka ria di tepi pantai, orang sedih tiada masa berpesta dengan kawan2....kami akan anggap itu sebagai satu penghinaan terhadap keluarga kami!

Amboi sedapnya tawaran....dgn nyawa sendiri? kalau aku mintak....agak2 nak bagi ke? Jangan ditanya nilai jika tak mampu bayar! aku bukanlah zalim sangat, kalau aku alirkan darah seluruh ahli keluarga kamu, adik aku tetap juga tidak hidup kembali. Jangan dipersoal qada' dan qadar...aku bukan setakat percaya, tapi aku beriman. qada'nya adik aku terlibat dengan kemalangan, qadarnya ajal adik aku telah sampai jam 4.15 ptg, Rabu, 14 Okt 2009.....siapa aku untuk mempersoalkan Yang Maha Khaliq! Kalaupun dia bukan berada di atas jalan, mungkin dia akan habis ajal di tempat lain, kerana jika telah sampai ajal, tidak akan diawal atau dilewatkan walau satu saat.

Aku sekarang perjuangkan asbab dan musabab....asbabnya ialah yang melanggarnya seorang budak lelaki yang teramat beng**g! musabbabnya ialah kereta itu dipinjamkan oleh abangnya yg teramat bang**g!....jangan dibawa kisah silam abg kamu ke sini untuk meminta simpati, beza sama sekali....ntah2 abg kamu mati merempit, dia tidak ada isteri, x ada anak2 kecil, dia belum ada keluarga......keluarga kamu bukan tabah, tapi pengecut....kematian boleh dituntut balas bo**h! dalam Quran ada sebutkan....'kutibal qisaasu fil qatl'....napok cerdik mung pulok pada tuhan.

Kalau sengaja....hukumnya boleh bunuh balas! kalau tak sengaja....diyat(denda) dengan nilai 100 ekor unta!...kalau keluarga kamu memberi maaf sekalipun kepada 'pembunuh' abang kamu itu, diyat wajib juga dibayar......kalau tidak tuntut apa2, itu kerana kejahilan keluarga kamu, itulah takdir keluarga kamu....jahil....jangan tunjukkan kejahilan itu di sini ya....nanti diketawakan orang....


4 comments:

author faethal said...

Begitulah indahnya hukum Islam,
Segala hukuman terhadap sesuatu jenayah itu sangat ADIL,
Tapi sayangnya ia tiada di Negara Islam Malaysia,
Mudah-mudahan perjuanganmu menuntut Hak bagi anak2 arwah mendapat balasan dariNya.

Ben Sedqi said...

TAKBIIIRRR!!!!!

Nadri Mohd said...

salam bro me. lama rasanya tak ikuti perkembangan blog ini..

saya pn rasa mcm nak marah jugak bila baca statement drp wakil keluarga yg melanggar allahyarhamah.

bknnya kita tak boleh terima qada & qadar Allah. tp kena bila lepas langgar tu tak nak berhenti & tolong hantar ke hospital @ klinik yg berdekatan. mgkn tindakan itu boleh menyelamatkan nyawa...

sya juga turut simpati dgn nasib afaf & khaulah kerana tak dpt merasai lg belaian kasih insan yg bernama ibu / ummi..

http://mohdnadro.com

Ben Sedqi said...

Terima kasih Bro Nadri kerana sudi berkunjung, sayapun jarang blog walking sekarang, maaflah bebanyak....ye, dalam statement kepada peguam ada dimasukkan 11 pertuduhan, antaranya gagal membantu arwah semasa kejadian, kita boleh terima kalau Yusri pengsan ketika itu (tapi menurut saksi dia tak pengsan, hanya berbaring mengurut2 dada), tapi dalam keretanya ada seorang remaja perempuan yg hanya cedera ringan, dia terlibat secara langsung, kenapa dia membiarkan adik saya tersepit sorang2? dia orang pertama berada di tempat kejadian, kalau boleh saya nak tanya dia....adakah dia ternampak Hand Phone adik saya? Atau adakah dia yang mengambilnya???

PENAFIAN........

.....AWAS.....
Blog ini mungkin mengandungi entri2 berunsur provokatif, fakta2 sulit dan lain2. Blogmaster bertanggungjawab sepenuhnya ke atas blog ini TETAPI tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan harta dan nyawa atau ancaman undang2 jika entri2nya di'copy paste' oleh orang lain. Anda buat, anda tanggung! Blog ini juga bukan untuk berseronok2, tapi atas kesedaran bahawa kami TIDAK TAKUT kepada sebarang halangan untuk mencari keadilan........