Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, May 27, 2010

Nabi tidak boleh ampunkan ummat....

salam said...

salam saudara, sesungguhnya setiap manusia tidak lepas dari melakukan kesalahan & kesilapan. begitu hal nya dengan adik & kami sekeluarga. Kami sentiasa mendoakan arwah ditempatkan di syurga. walau ape pun alasan semestinya kamu tak akan menerima.Allah menerima taubat hambanya. Sedangkan Nabi ampunkan umatnya. tetapi manusia tetap dgn amarahnya. saya skali lg meminta MAAF. kekesalan ini tidak terucap bagi pihak kami. Assalamualaikum.

May 26, 2010 1:12 AM


Syarat taubat....cuba cari dan baca dan faham betul2 jika melibatkan dosa dengan manusia. Kami memang tidak mahu alasan, tapi kami mahu pampasan dan hukuman.....Mana kamu jumpa nas atau dalil nabi boleh ampunkan ummat? Kalau nabi boleh ampunkan ummat, mana perginya sifat Al-'afwu wal Ghafur Allah S.W.T? Sudahlah dengan dosa membunuh, jangan ditambah pula dengan dosa mensyirikkan Allah!

Yang ada disebut, nabi memberi ampun dalam kontek pemerintah beri ampun kepada rakyat (hanya melibatkan mu'amalat) bukan ibadah....Rasul orang yg paling syadid dalam soal hukum hakam...."andai aku dapati puteriku Fatimah mencuri, nescaya akan kupotong tangannya", jadi jangan hina Rasulullah dengan sebaris lagu maafkan kami dari filem 'pendekar bujang lapok' itu.

Nabi hanya maafkan kesalahan yg melibatkan diri baginda sahaja, itupun disebabkan kejahilan penduduk pada masa itu, kes ejekan, hinaan, buli, dera...kes di thaif, ugut bunuh....dan macam2 lagi. Adakah kamu mahu menyamakan keluarga kamu dengan Arab jahiliah itu? Tidak malunya kamu....

Salah ke marah? Allah marah! Nabi marah! sahabat2 marah! mana ada salah....ada marah yg diharuskan syarak, malah ada yg diwajibkan syarak! Ayah tgk anak tak solat, wajib marah....suami tgk isteri buka aurat....wajib marah, malah boleh pukul lagi....sedap2 je kata 'manusia terus dengan amarahnya'.....tuan lembu pun marah kalau lembunya kena langgar....inikan pula MANUSIA!!!

Di akhirat pula, nabi hanya diberi syafaat dengan izin Allah, itupun syafaat supaya cepat2 dimasukkan ke syurga atau neraka.....jadi sebelum berkata apa2, pergilah dulu 'mengaji'...
jangan lupa, carikan maksud ayat.....'mang qatala mu'minam muta'aamidan fajazaa'u jahannam'



2 comments:

author faethal said...

Apa yang Ana nampak, pihak keluarga pembunuh tidak ikhlas dalam memohon maaf,
Masakan tidak, dah mohon maaf tspi boleh tuduh ahli keluarga yang dibunuhnya 'TETAP DENGAN AMARAHNYA??'..Masya'Allah.

Kalau Si Yusri seorang pelajar yang baik, memandu dengan berhemah dan terlanggar arwah. Kita boleh terima kemaafan beliau.Hendak menghukum pun tidaklah sekeras ini.

Tetapi HAKIKATNYA, si pembunuh memandu dengan bahaya, membawa kekasih di bawah umur, sebelum melanggar arwah dia sudahpun melanggar penunggang motosikal. Rekod samannya sudah cukup menunjukkan pemandu seperti apa YUSRI itu.

Jadi di sini, kita mahukan si Pembunuh diberikan hukuman yang SETIMPAL dengan perbuatan jenayahnya, dan keluarga mangsa diberikan PAMPASAN selayaknya, terutama anak-anak arwah yang masih kecil...Masya'Allah. Sebak Ana membayangkan bagaimanakan anak2 arwah tanpa ibunya.

JADI, kepada keluarga si pembunuh. Jangan anda berkata soal KEMAAFAN jika anda tidak faham apakah pengertian sebenar perkataan MAAF.

Kepada saudara Ben Sedqi,
Teruskan perjuangan Enta,Ana sentiasa doakan agar sahabat lama Ana ini berjaya Insya'Allah.

Jika tidak di dunia, kita berjaya di akhirat sana..

Ben Sedqi said...

Kalau keluarga mereka bersungguh2 ingin mohon maaf, kenapa Yushalimi atau ayahnya tidak tampil mengaku kesilapan, kekesalan dan dosa mereka. Kenapa dihantar perempuan yang tidak ada kena mengena dalam soal ini merayu bagi pihak, seolah2 tiada apa2 bagi Yushalimi dan ayahnya, sebagaimana 'Abang' mereka mati kena langgar dulu....begitulah anggapan mereka terhadap arwah barangkali....nothing! tiada apa2....adakah itu maksud mereka?

PENAFIAN........

.....AWAS.....
Blog ini mungkin mengandungi entri2 berunsur provokatif, fakta2 sulit dan lain2. Blogmaster bertanggungjawab sepenuhnya ke atas blog ini TETAPI tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan harta dan nyawa atau ancaman undang2 jika entri2nya di'copy paste' oleh orang lain. Anda buat, anda tanggung! Blog ini juga bukan untuk berseronok2, tapi atas kesedaran bahawa kami TIDAK TAKUT kepada sebarang halangan untuk mencari keadilan........