Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, May 24, 2010

Mana ada simpati dari dia???

ni blog salah seorang kakak Yusri:http://coretandarimama.blogspot.com , korang tengok la sendiri, berpuluh en3 pasal kesengsaraan kitorang aku attach, tapi satupun en3 ucap takziah dari keluarga diorang tak de....apa punya tuuuuuuuuttttt......minah ni, cakap pasal agama berkobar2, stakat cakap saja buat tak.....

ok la.....consider la sbb blog tu dia baru buat, tapi sekurang2nya dia ingat la walau sekelumit...

9 comments:

Maiyah said...

prkara yg x terjd pdnya tentu dia xkan cite dlm blog tu..

Ben Sedqi said...

Ya btul tu k.maiyah

Unknown said...

assalamualaikum, salam saudara ben sedqi. pertama, saya mintak maaf utk sgala apa yg berlaku. sbg kakak yusri saya tpanggil utk kite berbincang. sesungguhnya perkara ini mmg tidak disengajakan. Takziah untuk keluarga arwah. mmg keluarga saya sgt bersedih sejak perkara ini berlaku. cmne cara untuk memuaskan hati saudara sekeluarga.cmne saya nk menebus balik nyawa allahyarham. adakah dgn nyawa saya? x percayakah saudara dgn qada' & qadar? utk makluman, abg saya juga meninggal 17thn lpas disebabkan kemalangan. tp keluarga tabah mghadapinya. x ada sekelumit pn dendam pd keluarga yg melanggar abg kami. tidak ada ape2 pembelaan utk arwah disebabkan kami bpegang pada takdir. ALLAH lebih sayangkan arwah. semua ini Qada & Qadar.

Unknown said...

betul semua tu qada' dan qadar.. tp adakah adik mu jd bengong sgt kerana qada' qadar??

Dr. Fazilah pernah berkata berubah itu adalah sunnatullah.. kalau kita berubah, Allah akan merubah segala di sekeliling kita..

kalau adik kamu tak jd bengong hari tu, tentu arwah tak mati dalam keadaan macam tu.. tentu anak arwah tak jadi anak yatim..

kamu tahu tak hakikat seorang ibu?
kalau anak mati ada lagi anak lain atau melahirkan anak yang lain, dia tetap juga anak kita.. tapi kalu ibu mati, bolehkah diganti dengan ibu lain.. tidak!!!
ganti tu boleh, tp bukan lagi ibunya, itu adalah ibu tiri.. tak sama ibu sbnr dengan ibu tiri.. ibubapa hanya satu-satunya dalam dunia ini... kalau kamu kehilangan ibu atau bapa kamu, apa kamu akan cakap lagi? kamu kehilangan adik beradik kamu, tp masih lagi ada adik berdik lain.. dan mereka tetap darah daging kamu sendiri.. tp anak2 yang kehilangan ibu, dimana mereka akan cari penganti..

kamu tau tak, walaupun qada' dan qadar telah ditentukan, tp kamu sekeluarga tetap berdosa di atas segalanya... gagal mendidik anak. gagal menjaga amanah yang Allah berikan untuk menjadi saham kepada kamu di kubur dan akhirat kelak..

jadi sekarang kamu semua bertanggungjawab keatas arwah, anak2 arwah dan sebagainya.. sekarang arwah dah meninggal, jd bagaimana kamu semua akan meminta maaf dengan arwah sedangkan kamu semua berdosa kepadanya kerana menghalang segala hajatnya dimasa itu dan akan datang...

fikir2kan lah wahai manusia yang yang gagal mendidik anak, adik...

nyawa satu nikmat yang paling besar yang di kurniakan oleh Allah.. bolehkah kamu semua menebus dengan apa saja yang kamu ada sekarang...???

kalau boleh cubalah tebus, hatta sebijik mata pun kamu tak boleh nak tebus dengan amalan yang kamu lakukan sepanjang hidup kamu...

jadi fikirkanlah macam mana kamu nak tebus segala kesalahan kamu sebelum kamu semua menghembus nafas terakhir..

Unknown said...

salam saudara, sesungguhnya setiap manusia tidak lepas dari melakukan kesalahan & kesilapan. begitu hal nya dengan adik & kami sekeluarga. Kami sentiasa mendoakan arwah ditempatkan di syurga. walau ape pun alasan semestinya kamu tak akan menerima.Allah menerima taubat hambanya. Sedangkan Nabi ampunkan umatnya. tetapi manusia tetap dgn amarahnya. saya skali lg meminta MAAF. kekesalan ini tidak terucap bagi pihak kami. Assalamualaikum.

Unknown said...

kalau kita buat kesalahan dgn org lain, kot2 mana skalipun, tidak dapat tidak kita wajib terlebih dahulu meminta maaf dgn org lain dan orang itu dapat memaafkan, barulah Allah terima taubat hamba tersebut.
jadi sekarang macam mana Tuhan nak terima taubat kamu semua sedang kamu semua masih bersalah terhadap hambanya yang lain, apatah lagi hamba tu dah pun meninggal dunia dan tak sempat memaafkan kamu semua...
tambah pula anak arwah masih kecil dan belum mengerti hakikat sebenar. setelah mereka mengerti adakah mereka dapat memaafkan kamu semua.. dan ini mengambil masa lama untuk mereka mengerti hakikat sebenar, mungkin seorg dua dari kamu mungkin pun dah terlebih dahulu pergi mengadap Tuhan dan menerima balasan..
kamu cakap macam hebat agama, tuhan terima taubat hambanya, nabi ampunkan umatnya.. Tuhan boleh ampunkan hambanya sekiranya berdosa terhadapnya tapi bukan dengan hambanya.. kamu ada dalil yang mangatakan tuhan bolh ampunkan hambanya sekira hambanya yang lain tak memaafkan.. nabi ampunkan umatnya yang mengikut sunnahnya dan yang tidak tau, tp yang dah tau perang tetap perang, hudud tetap hudud... lagipun itu sebagai personaliti seorg nabi yang ma'sum.. jadi adakah kamu semua ikut sunnah nabi, nabi ajar supaya jaga dan pelihara anak dengan baik dan berikan didikan agama dgn secukupnya, bukan biarkan anak buat apa saja ikut nafsu, bawa perempuan bukan muhrim, naik kereta, langgar org kemudian lari dan langgar lagi sampai mati tak sempat jumpa anak dan suami. suami pula terpaksa menanggung beban seorang diri, kamu semua apa tau? kamu tau menyesal selepas berlaku, tp kamu semua tak fikir sebelum berlaku.. yang tahu manjakan anak dan adik, bagi bawa kereta tanpa lesen..
itu baru kesalahan dengan arwah dan keluarganya, belum lagi dengan orang awam, menyesakkan lalulintas, menganggu perjalanan org lain utk ke destinasi yang dituju.. jadi bagaimana kamu semua harus terlepas dengan mahkamah Allah yang maha mengetahui segalanya...

Ben Sedqi said...

'Salam' ni kakak Yusri yang mana satu ye? Tini? Lina atau Yusnira?....ah x kisah la mana2 pun....ni nak bg tau

JANGAN DITANYA NILAI HARGA JIKA TAK MAMPU UNTUK MEMBAYARNYA!!!

oh ya...sebagai salam perkenalan, saya akan adakan en3 khas untuk saudari....

p/s: jika kamu tahu...'kawe' itu ialah suami kepada arwah!!! DIULANGI.....SUAMI KEPADA ARWAH DAN BAPA KEPADA ANAK2 YANG KEHILANGAN IBUNYA....ini adalah blognya, saya biarkan dahulu dia melepaskan apa yg terbuku di hatinya selama ini, moga berkurang sedikit derita perasaannya selama ini.....

author faethal said...

Dah buat salah nak tolak 100% pada qada' & qadar pulak..
Senangnya hidup!
Dah mencuri, kenapa rumah itu kena curi...kerana qada' & qadar.
Dah membunuh, kenapa kamu bunuh dia?...kerana dah AJAL (qada' & qadar).
Dah merogol,kenapa kamu ROGOL dia?...kerana dah qada' & qadar dia
Dah berjudi,kenapa kamu judi?...sebab dah qada' & qadar KERAJAAN HALAL kan..
Setiap benda kalau guna alasan ni, memang sesuai la KAWE cakap si pembunuh tu bengong.
Aku doakan selagi dia tak berubah, biar dia ALAMI SENDIRI perkara yang SERUPA pada diri dia/ibu bapa dia/adik beradik dia/bini dia/anak dia/cucu dia/.
Baru dia FAHAM BENAR akibat daripada perbuatan BENGONG dia hari itu.

Ben Sedqi said...

faethal...di dalam ketegasan kata2 mu itu terkandung kebenaran, senang bagi pemangsa, tapi tidak kepada mangsa.....

PENAFIAN........

.....AWAS.....
Blog ini mungkin mengandungi entri2 berunsur provokatif, fakta2 sulit dan lain2. Blogmaster bertanggungjawab sepenuhnya ke atas blog ini TETAPI tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan harta dan nyawa atau ancaman undang2 jika entri2nya di'copy paste' oleh orang lain. Anda buat, anda tanggung! Blog ini juga bukan untuk berseronok2, tapi atas kesedaran bahawa kami TIDAK TAKUT kepada sebarang halangan untuk mencari keadilan........