Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, March 25, 2010

Oh Polis....Oh Mahkamah!

Hairan campur geram, macam mana mala'un macam ni boleh ada kat atas jalan, rekod saman lampau bersepah2, speeding saja ada empat! (pemberitahuan: saman ini belum dibayar, jika sudah dibayar, tiada rekod yang dipaparkan) . Sudah banyak kes yg kita dengar pemandu cuai terlibat dalam kemalangan ada rekod saman yg banyak, kalau kata polis tak buat kerja marah.....kalau kata mahkamah cap ayam, melenting! hina mahkamah! mana pergi perlindungan orang2 yang tidak berdosa di atas jalan? sesetengah mereka yang brutal ni tak bayar cukai jalanpun!

Speeding...kelajuan membunuh, parking suka2 hati mak bapak dia....x pakai sealt belt, ini samseng punya orang! kenapa masih dibenarkan berada di jalanan??? x cukup samseng lagi...dia juga belasah no entry!!! betapa kurang ajarnya dia ni!

Lepas ni siap ada lah polis yg call tanya macam2(seperti 2-3 malam lepas), tak report la....tak maklum la....tak salur maklumat kepada dia la......well hello! you all ada macam2 sumber, macam2 data, sikit2 nak minta bantuan orang ramai......sikit2 nak minta bantuan orang ramai.....try la proaktif sket! tegas la sket dengan mala'un2 yang macam ni! apa? timbang rasa? tolak ansur? zalim?.......aku ulang semula ayat aku.......kalau nak bercakap pasal timbang rasa, tolak ansur.....pergilah jumpa anak2 arwah! atau ahli keluarga yang jadi mangsa kat luar sana.......cakap kat dia mak dia mati kena langgar oleh mat rempit.......sabar ye! nak buat macam mana, mat rempitpun manusia juga, kita tak boleh ambil ambil tindakan berat2....kesiaaaannn dia.....

Maka aku mencongak semula, dalam setengah2 keadaan, undang2 rimba lagi baik.....langgar dengan cuai....pegang, belasah ramai2, mampuspun x pe.....sebab? undang2 akan menyebelahi dia kalau dibebaskan......ungkapan "sabar, kita serah saja pada undang-undang......" samalah kalau diterjemahkan akan berbunyi....."jangan buat apa2 kat dia......dia kawan aku......"

Janji aku.....

Janji aku pada anak2 arwah, aku akan lakukan apa cara sekalipun sehingga nyawa arwah terbela. Ini bukan kematian biasa, bukan jatuh dari tempat tinggi yang dia sendiri panjat, bukan lemas di sungai atau laut yang dia sendiri renang, bukan sakit disebab dia sendiri yang makan.....bukan semua tu. Dia mati sebab seorang budak yang bangang, aku berhak marah, tak payah nak hipokrik, menangis di belakang di depan nampak tenang....bodoh! Aku akan buat lebih dari itu, biarpun kadang2 bercanggah pendapat dengan ahli keluarga atau suami arwah, derita dia sebagai suami, derita aku sebagai abang.....lain! Aku berhak sebagai seorang abang.....29 tahun hidup bersaudara! adik yang membesar di atas dukung aku, yang aku mandikan dan aku suapkan, aku boncengkan ke sekolah dan aku lindung dia dari budak2 nakal, beberapa kali aku bertumbuk kerana nak lindung dia....

Syarikat South East Insurance gagal melantik peguam untuk sebutan kes, tunda ke bulan depan, sudahlah kami terpaksa memendam rasa selama lima bulan lebih, baru nak sebut kes dah kena tunda....itu baru nak buat sebutan, belum perbicaraan! agaknya kalau perbicaraan, berapa kali kena tunda? Sambil lewa betullah syarikat ni, agaknya kalau isteri CEO dia yg kena macam tu baru 2-3 peguam dilantik! Orang nak berniaga, diapun nak berniaga, Syarikat besar tapi otak pengurusan dia kecik.....kata nak sediakan 'payung'lah apalah....macam2 kemudahan ditawarkan, bila timbul kes?

Ah, insuran.......bila nak duit orang, lembut gigi dari lidah, lembut tangan lebih dari mak nyah, tak payah susah2, sain je yang lain diorang buat sendiri.......tapi bila nak cover klien, 2-3 prosedur kena ikut, soal siasat sudah tentu, gambar itu, gambar ini, laporan itu laporan ini, dia buat duit tu macam duit mak bapak dia pulak........Aku akan telefon atau emel syarikat ni!




Sudah ku agak....

Tarikh sebutan kes ditunda ke 21 April 2010 gara2 syarikat insuran kereta wira gagal melantik seorang peguam untuk mewakili mereka. Mahkamah katanya akan mengambil tindakan atas kegagalan itu, tengok sajalah apa tindakan yang akan diambil, jangan takat cakap atau atas kertas sahaja, tapi laksananya tidak. Hairan juga, kenapa pihak insuran pula yang kena, kenapa tidak Yusri Khairi dan abangnya Yushalimi......kalau macam tu seronoklah mereka dapat goyang kaki, orang lain akan terbeban dengan kesalahan mereka.......siapa yang bodoh?

Nasib suami dan anak2 arwah tetap macam dulu, jauh lagi untuk dibela.

Monday, March 22, 2010

Nak suruh jadi macam ni ker?

Cerita ini didedahkan oleh rakan blogger yang pernah bertugas satu bumbung.....
Justin Williams a roadway Rambo who was destined to kill

JUSTIN Williams, the joyrider who killed a family of three and himself in a horror car crash at the weekend, had faced court at least once a year ever since he turned 18.

The violent 23-year-old, whose only post-school qualification was his driver's licence, had faced charges ranging from car theft, to multiple counts of disqualified driving, driving while suspended and unlicensed driving.

He repeatedly breached good behaviour bonds and had served two short stints in jail and he was on bail at the ACT Supreme Court at when he crashed at the weekend.

His Facebook page revealed what he thought of the law and the rules of the road.

He had joined groups such as "I hate cops" and "DUDE! We almost died!! Yea, but it was fun though", which carries photos of car wrecks.

Another was "Legg it", a group designed "For all of those who have done something they know they shouldn't . . . your last choice is to LEGG IT!!"

Start of sidebar. Skip to end of sidebar.
Related Coverage

* Bad dad: Left family in crash car

End of sidebar. Return to start of sidebar.

A crash in a stolen car that put him in a coma 10 months ago had also left him relying on a walking stick and with suspected brain damage.

"He was virtually incapacitated as a result of that accident," his solicitor Stephen Stubbs said yesterday. "I didn't think he even had the function to be able to drive a motor vehicle."

But on Saturday he was back driving a stolen car, girlfriend Skye Webbe in the passenger seat, as two policemen were conducting what were standard traffic duties in Queanbeyan.

The two constables, both aged about 30 and with barely six years in the force between them, were pulling over cars when the stolen Mazda 626 sped past at 10.16pm. Their training clicked in. They contacted police radio as they gave chase.

Two minutes later, both cars crossed out of NSW into the ACT, they were able to continue their chase because like all police in Queanbeyan, they were sworn in as special constables in the ACT.

Two minutes later they called off the chase, deeming it too dangerous. Williams had run a red light.

A minute later, the two officers came upon a scene of carnage.

The stolen car had ripped in half a family's Mazda 3 at the intersection of the Monaro Highway exit ramp and Canberra Ave, Narrabundah.

By the light of the street lamps and their headlights, the two constables could see the young couple was dead but there was a baby boy still strapped into the wreck. They lifted him out in the street and tried to revive him before realising he was also dead.

Then they walked over to the other car where they saw Williams and his girlfriend were still alive. Williams would later die in hospital where Webbe, 18, remains on life support.

Three-month-old Brody Oppelaar, his mum Samantha Ford, 29, and dad Scott Oppelaar, 33, died. They had been on their way to Mr Oppelaar's father Frank's home, just 200m away.

In another sad twist, they were all friends with Williams and his girlfriend's family.

Yesterday as their heartbroken relatives were blaming the police for the tragedy, the two constables had to relive an incident they'll never forget as part of the inquiries carried out by both the NSW and Australian Federal police.......

rujuk: http://www.news.com.au/national/justin-williams-a-roadway-rambo-who-was-destined-to-kill/story-e6frfkvr-1225844042240

sedikit berbeza, tapi peguam boleh rujuk kes ini untuk merayu agar dikenakan hukuman yang seberat2nya kepada remaja yang melanggar Ummi kerana jika dilepaskan dalam usia yang masih muda, kemungkinan untuk meneruskan 'hobi' membunuh orang yang tak bersalah amat tinggi. sanggupkah anda semua melihat adik atau kakak atau emak atau anak atau ahli keluarga anda dibunuh oleh remaja ini? fikir2kanlah.....

Sunday, March 21, 2010

21 Mac 2010 tarikh sebutan kes......


Hari ini kes disebut dimahkamah, hanya untuk menetapkan tarikh perbicaraan, plaintif tidak perlu hadir, hanya peguam yang ambil alih, tidak pasti pula dengan defendan, adakah mereka perlu hadir atau tidak....lega hati apabila perjuangan sudah mula memasuki mahkamah, akan kami berikan apa sahaja maklumat yang peguam kehendaki.

Bermula zaman gelisah dan menyusah buat defendan sekeluarga, jangan buat macam2 alasan, andai tidak mahu dibebani rasa bersalah yang lama, mengaku sajalah segala2nya adalah kerana sikap anda yang cuai hingga menyebabkan kematian ummi, kami akan menuntut ganti rugi yang seberat-beratnya dan hukuman penjara selama mungkin buat anda.

Berita yang kurang enak juga buat abang dan bapa anda, andai kami tidak berpuas hati dengan keputusan ini, bersedialah....keluarga simati pula akan memfailkan saman sivil kepada sibapa kerana gagal 'menternak' anak2 peliharaannya dengan baik hingga menyusahkan orang lain........tunggu dan bersedialah!

Wednesday, March 10, 2010

Ini Hidup Kami....


Atas pangkuan Mak Nik....pucat dan kurang selera makan. Selepas lebih empat bulan ditinggalkan ummi. Rindu yang tertahan tiada siapa yang boleh kira, datanglah walau seribu perempuanpun tidak akan dapat mengganti umminya, redha kami atas pemergian ummi tetapi nyawanya perlu dibela, bukan sekadar redha tetapi tidak berbuat apa2, itu bacul namannya.....

Ummi adalah segala2nya bagi mereka, mungkin boleh selamat kalau berhenti pada kemalangan yang pertama, ah! sekadar tulis siapa nak percaya, nah cuba kamu semua baca, dah tak boleh simpan di dada, biar semua orang tahu telus atau tidak undang2 kita, sama2 ikut sama2 buat banding beza....

apa salahnya kalau berhenti pada kemalangan pertama....apa salahnya jadi manusia, bukan lari membabi buta, dah tahu diri tak de apa2, apa kejadah kau pergi bawa kereta? nak eksen tunjuk kat makwe ya? dengan kelajuan yang luar biasa pula! ngeeee.....bagi kau ini kemalangan biasa, bagi kami kau sengaja mencari petaka, jalan yang sibuk kau pecut tak ingat dunia, ahhhh!!!......kau memang sengaja nak bunuh nyawa! Adik aku yang jadi mangsaaa!!!!

kalaupun alasan nak selamatkan diri sebab yang mengejar motorsikal bawa peluru nuklear, fikirlah juga di hadapan ada nyawa manusia juga, jangan nak selamatkan nyawa sendiri orang lain jadi mangsa, hishhhh.....memang kau dasar bengong punya remaja! kecik2 tanak mampus dah besar nyusahkan orang lain pula, kau tengok betul2 baby2 ni.....jangan sampai aku pegang kau punya kepala! cungkil kau punya biji mata! kau tengok betul2 muka dia, TENGOK!!! mereka ini tiada dosa apa2, apa salah anak2 ini hingga kau seksa mereka! kau rampas nyawa ummi mereka, kau bunuh nyawa orang yang tak berdosa, kau memang setan bertopeng manusia, dengan binatang yang tak ada akalpun kau lebih hina! kau dah bunuh ummi mereka!

Nasib baik la kalau kita tak bersemuka, aku takut terlepas sedas dua, jangan kau ingat benda itu dah lama kitorang boleh lupa, tidak Yusri Khairie kepala dongga! kau tunggu......di mahkamah kang kita jumpa!

Tuesday, March 9, 2010

Ke manakah dapat dicari keadilan?

Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan menyebut...seseorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan itu....

mengikut kes asal, Yusri hanya akan diklasifikasikan sebagai kes juvana yang mana dia tidak akan dipenjarakan sebaliknya dihantar ke pusat pemulihan Henry Gurney hingga berumur 21 tahun kemudian dibebaskan. Itupun jika dia pura2 berkelakuan baik, maka dia akan dibebaskan lebih awal. Atau jika dia berpura2 gila, maka tiada apa2 tindakan akan dikenakan, Mohd Nor (Bapa) tidak dikenakan apa2 tindakan kerana kereta itu bukan miliknya, sebaliknya Yushalimi (Abang) cuma dikenakan denda di bawah akta JPJ kerana membenarkan orang lain memandu keretanya tanpa lesen.

frasa itu telah menutup keadilan kepada si mati, mencabul keadilan dan hak anak2 arwah, menghancur lumat perasaan si suami mangsa, menghancur leburkan hati kami sekeluarga.......sekaligus menjaga kebajikan orang yang bersalah.....

memang ada bayaran ganti rugi, tapi kami semua tidak pandang semua itu, berapa sen sangat yang insuran boleh beri? itupun belum ditolak kos guaman yang meminta bayaran tinggi2 tapi kes lambat juga dibawa ke mahkamah....

keadilan......sesuatu yang amat suci, kami tidak sabar2 menunggu apa kata hakim nanti tentang keadilan itu....

memanglah mereka tidak akan terlepas dari balasan akhirat, tapi kami sedang hidup di dunia ini. mana bahagian kami di dunia ini, akhirat itu masih jauh lagi, anak2 arwah perlu membesar dan melalui dunia ini..... tanpa belaian, didikan, asuhan, jagaan ibu kandung!
PENAFIAN........

.....AWAS.....
Blog ini mungkin mengandungi entri2 berunsur provokatif, fakta2 sulit dan lain2. Blogmaster bertanggungjawab sepenuhnya ke atas blog ini TETAPI tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan harta dan nyawa atau ancaman undang2 jika entri2nya di'copy paste' oleh orang lain. Anda buat, anda tanggung! Blog ini juga bukan untuk berseronok2, tapi atas kesedaran bahawa kami TIDAK TAKUT kepada sebarang halangan untuk mencari keadilan........