Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, July 4, 2010

Mencari ketenangan.....

Sudah agak lama tidak membuat en3....pencarian ketenangan, untuk Abi, tapi hanya sedikit atau tiada langsung. Bagaimana hendak memasuki syurga-Nya andai jiwa tidak tenang? bagaimana untuk menghadap-Nya andai jiwa gundah gulana? orang yang menyebabkan perkara ini berlaku sudah pasti dijanjikan balasan. Tapi diri yang menanggung, perlu ditenangkan agar tidak memakan diri atau memusnahkan orang di sekeliling. Anak2 perlukan bantuan Abi, diri yang kecil itu tiada sesiapa lagi di dunia ini....

siapakah yang dapat lari dari perhitungan Allah? mereka sangka dengan senang mereka dapat bertaubat, dengan senang dosa boleh dihilangkan? sangkaan sendiri yang tiada asas dan mereka tenang buat seketika di dunia ini....

Adakah mereka tidak pernah diberitahu? Keredhaan Allah terletak kepada kemaafan ahli keluarga dan mangsa yang dibunuh?....pergilah ke hujung dunia sekalipun mencari hukum, jawapannya tetap sama selagi yang memutuskan hukum berpegang kepada ayat al-quran.

ke mana lagi ingin melarikan diri? ke mana lagi mahu bersembunyi? dosa kalian akan memburu kalian. Haram bagi orang lain, tapi halal bagi kami menuntut segala bayarannya, bukan selesai esok atau lusa, bukan bulan depan atau tahun depan, tapi berterusan hingga ke hari kiamat....kerana andai kami memaafkan, ada seorang lagi yang sedang menunggu di sana untuk mendapatkan penjelasan....


No comments:

PENAFIAN........

.....AWAS.....
Blog ini mungkin mengandungi entri2 berunsur provokatif, fakta2 sulit dan lain2. Blogmaster bertanggungjawab sepenuhnya ke atas blog ini TETAPI tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan harta dan nyawa atau ancaman undang2 jika entri2nya di'copy paste' oleh orang lain. Anda buat, anda tanggung! Blog ini juga bukan untuk berseronok2, tapi atas kesedaran bahawa kami TIDAK TAKUT kepada sebarang halangan untuk mencari keadilan........