Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, April 15, 2010

Yang sudah....mana boleh 'sudahlah'....

Dalam keheningan pagi Jumaat ini, aku dapat merasakan kekosongan pada si kecil itu, pada Abinya.....dunia mudah melupakan, tapi sukar bagi mereka....teramat sukar! seperti sukarnya bertompang bahu tanpa kaki. Kami memang tidak salahkan dunia yang sedia kejam. Kadang-kadang mangsa yang seolah-olah dipersalahkan, kezaliman dibela. Masih ada yang zalim berkata "yang sudah tu sudahlah.....", tidak....tidak akan sudah hingga kiamat. Dendam? bukan.....Perjuangan! perjuangan menegak keadilan. perjuangan membela nasib si kecil dan maruah si suami yang disiat-siat. Perjuangan untuk mengembalikan seorang mujahidah.

Aku amat sedih kehilangan seorang adik yang amat kuat membela agama Allah. Aku amat sedih kerana tidak ada lagi adik yang boleh menggantikan tempatnya. Aku amat sedih kerana tiada lagi ibu kepada anak2 saudaraku yang masih kecil itu. Aku amat sedih bila nyawanya seolah2 dipandang seperti kain buruk oleh pihak berkuasa dan pihak terlibat. Dan aku sedih dunia yang dalam keadaan sekarang....masing2 kau2 aku2....kezaliman di depan mata tapi tidak berupaya berbuat sesuatu. Tiada apa lagi yang boleh diharap, melainkan....bunuhlah kami semua!

Ibu arwah memendam rasa. Memendam perasaan dengan menganggap tiada siapa tampil membela nyawa anaknya.....Sekarang perasaan itu sedang memakan diri. Kesihatannya semakin terganggu. Baru keluar dari wad, tetapi kesihatan masih belum pulih. Menitis air mata bila teringat dia ingin menyusul anaknya mengadap ilahi. Ketentuan Illahi...andai ada yang berkata sebelum masa.....ingin kucincang hancur lumat orang itu. Tapi yang berkata2 ialah yang maha Khalid.....aku terduduk pasrah.

Ibu yang malang berduka cita
duduk berendam si air mata
fikirnya ibu tiada yang bela
hampir si ibu di hujung nyawanya

2 comments:

Maiyah said...

berat mata memandang berat lg bahu memikul

fadzilah said...

bersabarlah dgn ujian yg datang.

PENAFIAN........

.....AWAS.....
Blog ini mungkin mengandungi entri2 berunsur provokatif, fakta2 sulit dan lain2. Blogmaster bertanggungjawab sepenuhnya ke atas blog ini TETAPI tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan harta dan nyawa atau ancaman undang2 jika entri2nya di'copy paste' oleh orang lain. Anda buat, anda tanggung! Blog ini juga bukan untuk berseronok2, tapi atas kesedaran bahawa kami TIDAK TAKUT kepada sebarang halangan untuk mencari keadilan........