Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, April 27, 2010

Hatinya setulus embun pagi.....

Maaf..andai mengganggu..tatkala menulis ni..air mata tak henti mengalir.. Semalam..Anak sulung ketika membaca.."Ibu, kesiannya ibu..Ummi dorg dah takde..macam mana keadaan dorang tanpa ummi dorang..? Ya Allah ibu..along sebak laa.." Anak yang kecil bila mendengar..mengalir air mata.."Adik tau..hidup dorang mesti seksa sangat..adik bila rindukan ibu..adik rasa seksa..mesti dorang pun sama.."....terkedu rasa bila mendengar luahan anak2 sy..yang lebih memilukan..terusan mereka mengambil wudhu' utk solat agar pakcik kawan ibu tu..kuat utk lawan org jahat yang langgar adik dia..itu kata mereka..sy mengintai..Subhanallah...mmg benar mereka berdoa sambil menangis...Subhanallah..sy bertanya.."kenapa adik dan along menangis..?"....."kita tak dapt nak bayang..kalau kita takde ibu..kalau ibu mati kena langgar..sebab ibu selalu bawa kete.." si adik berkata...membuat sy terus mengalir air mata..

Saudara ....di dalam hidup kita..adakala kita diuji dengan ujian yang maha hebat..Sy rasa bangga dan sy juga yakin..arwah juga sangat berbangga punya abg seperti saudara...Sukar utk mencari abg seperti saudara yang semangatnya kental dalam m'perjuangkan keadilan untuk adik yang 'pergi' dalam keadaan yang tragis...

"Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahiim..Sesungguhnya Kaulah yang Maha Pemurah..Penyayang..dan Maha segala-galanya...aku mohon pada-Mu Ya Allah...Kau lapangkanlah segala urusan temanku ini...Kau berilah kekuatan kepadanya agar bisa berhadapan dengan apa jua rintangan dengan tenang..Kau lindungilah setiap langkahnya...Kau jagailah setiap kata yang dilemparkannya..Kau tenangkanlah hatinya sentiasa..Kau tabahkanlah jiwa dan perasaannya...Kau berilah rahmat-Mu untuk dia dan keluarganya..Ya Allah...sesungguhnya aku serahkan dia kepada-Mu Ya Allah...Kau peliharalah dia dari segala yang buruk..Ya Allah..kumohon kepada-Mu..Kau tunjukkanlah kebenaran..bahawasanya Kau lah yang Maha Mengetahui segala-galanya..Kau bukakanlah pintu hati orang-orang yang terlibat...agar mereka bisa sedar dan cepat dalam melakukan tugas pekerjaan mereka..Ya Allah..hanya pada-Mu aku memohon..Sesungguhnya..Kau bantulah temanku ini Ya Allah..Kau bantulah dia Ya Rabb...Kau bantulah dia Ya Rahim...Kau bantulah dia Ya Adil...aku memohon pada-Mu Ya Allah...Amiin..Amiin..Amiin...Ya Rabbal 'Alamiin..."

Komentar dari salah seorang sahabat di dalam facebook.....moga memberi kekuatan kepada anak2 dan suami mangsa.....

Thursday, April 15, 2010

Yang sudah....mana boleh 'sudahlah'....

Dalam keheningan pagi Jumaat ini, aku dapat merasakan kekosongan pada si kecil itu, pada Abinya.....dunia mudah melupakan, tapi sukar bagi mereka....teramat sukar! seperti sukarnya bertompang bahu tanpa kaki. Kami memang tidak salahkan dunia yang sedia kejam. Kadang-kadang mangsa yang seolah-olah dipersalahkan, kezaliman dibela. Masih ada yang zalim berkata "yang sudah tu sudahlah.....", tidak....tidak akan sudah hingga kiamat. Dendam? bukan.....Perjuangan! perjuangan menegak keadilan. perjuangan membela nasib si kecil dan maruah si suami yang disiat-siat. Perjuangan untuk mengembalikan seorang mujahidah.

Aku amat sedih kehilangan seorang adik yang amat kuat membela agama Allah. Aku amat sedih kerana tidak ada lagi adik yang boleh menggantikan tempatnya. Aku amat sedih kerana tiada lagi ibu kepada anak2 saudaraku yang masih kecil itu. Aku amat sedih bila nyawanya seolah2 dipandang seperti kain buruk oleh pihak berkuasa dan pihak terlibat. Dan aku sedih dunia yang dalam keadaan sekarang....masing2 kau2 aku2....kezaliman di depan mata tapi tidak berupaya berbuat sesuatu. Tiada apa lagi yang boleh diharap, melainkan....bunuhlah kami semua!

Ibu arwah memendam rasa. Memendam perasaan dengan menganggap tiada siapa tampil membela nyawa anaknya.....Sekarang perasaan itu sedang memakan diri. Kesihatannya semakin terganggu. Baru keluar dari wad, tetapi kesihatan masih belum pulih. Menitis air mata bila teringat dia ingin menyusul anaknya mengadap ilahi. Ketentuan Illahi...andai ada yang berkata sebelum masa.....ingin kucincang hancur lumat orang itu. Tapi yang berkata2 ialah yang maha Khalid.....aku terduduk pasrah.

Ibu yang malang berduka cita
duduk berendam si air mata
fikirnya ibu tiada yang bela
hampir si ibu di hujung nyawanya

Tuesday, April 13, 2010

Keadilan yang berbalam

Sekarang: 2.50pm
Hari: Rabu
Tarikh: 14hb

Maka genaplah 6 bulan..........tapi keadilan masih jauh dan berbalam
PENAFIAN........

.....AWAS.....
Blog ini mungkin mengandungi entri2 berunsur provokatif, fakta2 sulit dan lain2. Blogmaster bertanggungjawab sepenuhnya ke atas blog ini TETAPI tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan harta dan nyawa atau ancaman undang2 jika entri2nya di'copy paste' oleh orang lain. Anda buat, anda tanggung! Blog ini juga bukan untuk berseronok2, tapi atas kesedaran bahawa kami TIDAK TAKUT kepada sebarang halangan untuk mencari keadilan........