Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, January 7, 2010

Dulu, aku bukan begini!

yg telah pergi redhalah akan pemergiannya..dan buangkan perasaan dendammu, dan berserahlah kpd Allah akan hukumannya jika dia bnr2 bersalah, bkn begini crnya..menanam segenap perasa dendam untuk melepaskdan nafsu amarah dan pujukkan dendam. bila ianya disemarakkan..peribadi menjadi tajam,liar..dan penuh dngn hasat kedendaman..apa dpt? bknkah memakan peribadi dan iman sndri pula.. maka redha shja..berdoa muga allah berikan keadillan yg seadilnya..mulakan hdp baru.hentikan dendam demi kehidupan yg lbh sihat, ya,ckp mmg senang.bukan aku yg merasa..namun ingt la,ini cuma kemalangan..namun sejauh mana cuma nya..biar Allah yg menentukan.. kte redha shja akan keputusan Allah..jika demikian kita..maka hati lbh bersih,jiwa lbh tenang,dan hpd lbh bahagia..insyarallah dunia akhirat, maka hentikan memprotes akan kisah lalu..seolah-olah tidak mahu menerima takdir pula..mula redha dan mula hapuskn dendammu, dan biar Allah shja yg mengadilinya..itu lbh adil untuk semua..dan hentikan kesedihanmu,dendammu,protesmu,spya akhlakmu lebih halus dan digemari rmi, digemari rmi krna mendekati sifat2 sunnah yg diajar oleh rasulullah..muga engkau tabah akan dugaan ini..Aku tau engkau kecewa..aku jg kecewa.."

Mesej yg tertera pada shoutbox oleh saudara/i yg menggelarkan diri sebagai 'Insaf', tiada link atau nama sebenar, sekali tengok ingatkan spam, tapi bila di teliti....memang ada kebenarannya,
terima kasih saudara/i 'Insaf'......dan memang itulah yg cuba aku buat untuk menukar marah dan dendam itu kepada sifat yang positif......mungkin kepada berani dan tegas!... bukan tidak ada musibah datang sebelum ini, tapi ujian yang satu ini amat besar impaknya. Memang benar kata nabi, "marah itu boleh memakan amalan seperti api membakar kapas"......dendam itu jauh daripada hidayah Allah....aku takut kalau mati dalam keadaan tercabut hidayah, bagaimana keadaannya?

Anggaplah entri2 aku sbelum ini dari orang yg terganggu perasaannya. Aku harus mengaku, itu bukan ajaran Islam yg sebenar. Islam itu sejahtera, Islam itu rahmat, Islam itu suci, cuma jiwa ini sahaja yg memberontak. Berperang antara redha dan dendam, kecewa dan insaf. Redha tanpa bertindak apa2, melontar jauh2 perasaan ego.......dendam ingin membalas, membenam segala rasional, tidak pernah memikirkan orang lain hatta rayuan isteri sendiri.....kecewa apabila kuasa tidak sejauh impian.....insaf kerana bermain dengan akidah.

Aku tahu, aku tidak mampu mengubah kejadian tapi mungkin boleh mengubah keadaan. Aku tidak tahu di mana ingin bermula, sebab keadaan dibentuk oleh sistem, sistem yg amat kompleks dan besar.....dari bawah hingga atas. Aku tidak tahu 'menari', aku cuma tahu kata hati......dan itu perlu aku ubah kerana kata hati tak akan ke mana, bukan sahaja merosak diri dan mengundang kebencian orang, keluarga sendiri juga hampir diabai....malah diri sendiri turut dibenci, kerana dulu....aku bukan begini!


6 comments:

Maiyah said...

erm.. betul tu.. sekurang2nya fikiran adik akan tenang

pecinta_Islam said...

tabahlah untuk memulakan hidup yg baru dngn lbh bahagia..demi untuk istri,keluarga dan orng disekeliling saudara yg masih syngkn dan perlukan saudara..

setiap takdir yg menimpa kpd kita itulah takdir yg terbaik untuk diri kita..krna ia merupakn takdir dr Allah.Maha pencipta kita.Dan Allah x prnh tersilap akan perkara2 ini.pasti ada hikmah yg ingin diberikn kpd setiap hambanya.

Saya doakan muga saudara ceria2 selalu..insyarallah

Adreena Garden said...

windu bro yg sy penah kenal dulu.. yg kuat n tabah.. smoga ceria kembali =)

yang pergi tetap pergi.. yang masih ada kena dihargai.. masih ramai yg sygkan bro_mie.. seperti mana bro syg adik yang telah pergi..

macam sy yg xsihat ni... nikmat kesihatan yg telah diambil.. mungkin sementara.. mungkin selamanya.. xsiapa tahu.. tapi mudah2an saya kuat utk terus tesenyum.. n tetap iman dalam Islam.. sbb nnt di sana.. akan disoal.. apakah sy rasa sedih dgn kehilangan nikmat dunia.. semuanya hanya pinjaman.. akhirat itu yang kekal abadi.. n semua yg terjadi.. ada hikmah disebaliknya..

Hilang dan berpisah di sini.. Pasti jumpa kembali disana andai kita beriman kepada Allah.. Hanya Allah.. =)

Cayo2!! Bekerja bagai hidup 1000 tahun.. beribadat bagai esok tiada lagi ^_^y

Nadri Mohd said...

mmg betul. dulu bro_me tak seperti nie. n3 n3 yg dipost di blog "aflahjadid" tentunya menggeletek hati sesiapa saja yg membacanya trmasuklah AA sendiri...

author faethal said...

Bro Mie,
Betul memang betul...tetapi hanya yang 'melalui'nya sahaja tahu bagaimana berat bahu memikul..

Yang berkata-kata hanya sekadar memandang...seberat manakah mata yang memandang??

Beginilah sahabat ku Bro Mie,
Teruskan perjuangan mu mencari kebenaran,
Moga-moga perjuangan mu ini membuka 'mata' pihak lain,
Agar perkara ini tidak dipandang ringan...
Agar perkara ini tidak berulang...
Agar tiada anak yang kehilangan ibu...

Bukankah ini satu pencegahan aga ia tidak berulang dimasa hadapan..

Percayalah sahabat ku,
Walaupun kita kalah di dunia,
Insya'Allah kemenangan tetap di akhirat sana..

Wallahua'lam..

Ben Sedqi said...

terima kasih semua, sudi komen dan sudi beri dorongan, insya-Allah perjuangan masih diteruskan

PENAFIAN........

.....AWAS.....
Blog ini mungkin mengandungi entri2 berunsur provokatif, fakta2 sulit dan lain2. Blogmaster bertanggungjawab sepenuhnya ke atas blog ini TETAPI tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan harta dan nyawa atau ancaman undang2 jika entri2nya di'copy paste' oleh orang lain. Anda buat, anda tanggung! Blog ini juga bukan untuk berseronok2, tapi atas kesedaran bahawa kami TIDAK TAKUT kepada sebarang halangan untuk mencari keadilan........