Di dalam video ini, pelaku ditangkap serta-merta, dibicara dan dipenjarakan, tapi dalam kes adik aku, Mohd Yusri Khairi Bin Mohd Noor masih bebas dan boleh ketawa riang, masih boleh membunuh orang, masih boleh merampas sesiapa sahaja yang orang sayang, merempit di jalan pada malam bulan ramadhan, jalan yang lengang kerana orang ramai bertarawih. Boleh bahagia berhari raya bersama kawan2 samsengnya serta abang dan ayah kesayangan atau kakak2nya yang sentiasa mengia segala gaya dan cara.
10 bulan telah berlalu, parut yang masih berdarah dan bernanah. Persoalan yang tidak pernah terjawab. Derita yang tidak pernah surut pada anak2 arwah. Simpati orang ramai yang semakin berkurang. Di mana penguasa undang2? Di mana mereka yang sering melaungkan keadilan? Di mana mereka yang lantang bersuara? Aku lihat proses keadilan yang beku. Masa terhenti buat pihak mahkamah dan insuran. Sebulan sekali alasan baru akan diberi untuk melengah2kan pampasan, belum puas lagi mereka menambah penderitaan hidup adik iparku dan anak2.
Qori Pandeglang
5 years ago
No comments:
Post a Comment